Kerajaan Sarawak Perlu Bina Jalan Alternatif Mengelak Tragedi Bot Karam
Kita amat simpati dengan nasib yang menimpa para penumpang dan mangsa tragedi bot ekspres karam baru-baru ini di Tanjung Tukok Punyang Gian, Batang Rajang.
Antara punca tragedi bot ekspres karam adalah disebabkan terlalu ramai penumpang sehingga melebihi had yang dibenarkan. Menurut Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Datuk Roland Sagah Wee Inn mendedahkan bahawa siasatan awal mendapati nahas bot ekspres karam di Tanjung Tukok Punyang Gian, Batang Rajang kelmarin, berpunca daripada kegagalan enjin.
Kejadian seperti ini boleh dielakkan sekiranya semua pihak yang terbabit mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan dan juga pihak yang berkenaan.
Walaubagaimana pun pihak kerajaan jangan mengambil mudah dengan perkara ini dengan hanya bertindak apabila sesuatu kejadian berlaku sedangkan selama ini mereka yang terbabit terpaksa memenuhi pemintaan para penumpang yang berebut-rebut hendak pulang ke kampung masing-masing terutama sekali semasa musim perayaan.
Jalan sungai adalah satu-satunya cara untuk mereka pulang atau cara pengangkutan untuk mereka sampai ke destinasi. Maka pihak kerajaan juga perlu mencari jalan alternatif untuk kemudahan penduduk yang tinggal di luar bandar yang terpaksa menggunakan sungai. Selain menggunakan jalan sungai sepatutnya jalan darat juga perlu disediakan untuk kemudahan penduduk di kawasan luar bandar. Ini akan memberi mereka pilihan dan kemudahan selain menggunakan sungai sebagai jalan alternatif untuk mereka pulang ke kampung.
Kita mengesa pihak kerajaan agar segera membina jalan alternatif untuk menyelasaikan masalah ini supaya penduduk tidak berebut-rebut untuk sampai ke destinasi masing-masing semasa musim perayaan yang terpaksa menggunakan jalan sungai.
Kepada mereka yang merayakan Hari Gawai terutama kaum Dayak, kita mengucapkan selamat bergawai dan berhati-hati ketika pulang ke tempat destinasi masing-masing. Hati-hati di sungai dan di darat sebab jalan sungai dan jalan darat di Sarawak amat merbahaya kalau kita cuai dan tidak berhati-hati ketika memandu. Jangan memandu dalam keadaan mengantuk dan mabuk sebab ini boleh menyebabkan kemalangan. Selamat Gawai kepada kaum Dayak.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Sarawak Government Should Build Alternative Routes Avoiding capsized boat tragedy
We are very sympathetic to the plight of passengers and tragedy victims of express boat capsized recently in Tanjung Tukok Punyang Gian, Batang Rajang.
Among the causes of tragedy express boat sank is due to too many passengers until exceeding the limits. According to the Chairman of the Sarawak Rivers Board (LSS) Datuk Roland Sagah Wee Inn revealed that the initial investigation found sank express boat accident in Tanjung Tukok Punyang Gian, Batang Rajang yesterday, due to engine failure.
Incidents like this can be avoided if all the parties involved comply with the regulations set by the security and relevant authorities.
However, the government should not take it easy with this and only act when an event occurs whereas all this while those involved had to meet passenger demand that rush want to return to their villages, especially during the festive season.
The river is the only way for them to return or means of transport for them to reach the destination. Thus the government should also look for an alternative route for the convenience of the people living in rural areas who have to use the river. Besides using the river supposed to the land route should also be provided for convenience of the residents in rural areas. This will give them the options and conveniences apart from using the river as an alternative route for them to return home.
We urge the government to immediately build alternative route to solve this problem so that the people do not rush to get to their destinations during the festive season which had to use the river.
To those who celebrate Gawai especially Dayak community, we wish ‘bergawai’ and be careful when go home to their respective destinations. Be careful on the river and on land because river and land route in Sarawak is very dangerous if we are negligent and do be careful when driving. Do not drive in a state of drowsiness and intoxication because this can cause accidents. Happy Gawai to the Dayak community
0 Comments Received
Post a Comment