Penduduk tanah NCR hilang keyakinan terhadap hakim

MIRI - Kes tanah adat atau NCR kampung Haji Wahed mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan menyebabkan penduduk kampung dan orang-orang yang menuntut hak tanah nenek moyang mereka memutuskan bahawa hakim yang mengendalikan kes itu perlu ditukar.

Alasan mereka kerana peguam yang mereka lantik sukar untuk mengemukakan bahan bukti yang mereka telah kemukakan. Setiap kali ada persidangan mahkamah hakim seolah-olah lebih memihak kepada peguam bela pihak pemaju dan pihak jabatan tanah dan ukur.

Ini menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap hakim yang mengendalikan kes tanah tersebut dan akhirnya mereka mengumpulkan lebih dari seribu tandatangan petisyen dari penduduk kampung yang hilang keyakinan terhadap hakim itu. Petisyen itu telah diserahkan kepada pejabat Ketua Hakim Sabah dan Sarawak untuk tindakan lanjut. 


Esok Selasa (07/03/2017) hakim yang mengendalikan kes tanah tersebut akan memberi keputusan samaada untuk meneruskan atau memberi peluang kepada hakim lain untuk mendengar kes tersebut.

Masalah tanah yang dihadapi oleh penduduk Melayu dan penduduk asal Bumiputera Sarawak memang sudah lama berlaku. Ramai yang mengadu masalah tanah mereka telah diceroboh oleh pihak pemaju tanpa pengetahuan mereka. Mereka juga sudah banyak kali menuntut hak tanah mereka agar pihak kerajaan memberi mereka geran tanah tetapi sukar untuk mendapatkannya. Penduduk asal yang sudah lama menetap di tanah datuk moyang mereka sebelum kedatangan penjajah British lagi sepatutnya diberi keutamaan untuk mendapatkan gran tanah.

Kita mengesa pihak kerajaan memberi perhatian serius terhadap isu yang dihadapi oleh penduduk asal Sarawak ini dengan memberi keutamaan kepada mereka dari pemaju kerana tanpa tanah maka sukar bagi mereka untuk bercucuk tanam dan membina tempat tinggal.

Jangan biarkan penduduk asal kehilangan tanah tempat mereka tinggal dan menjadikan mereka setinggan dan menjadi pelarian di tanah air sendiri. Utamakan penduduk asal dari orang yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS, Sarawak

English version

The NCR land residents lose confidence in the judge

MIRI - Indigenous or NCR land cases of Haji Wahed village took many years to be resolved causes the villagers and those who demand the right to their ancestral lands ruled that the judge handling the case should be changed.

Their reasons because lawyers that their appointed difficult to produce evidence that they have been submitted. Whenever there is a trial court a judge of seems more favorable to advocate of the developer and the land and survey department.

This causes them to lose confidence in a judge of dealing with the case of the land and finally they collected more than a thousand signatures on a petition from residents who lose confidence in that judge. The petition was submitted to the office of the Chief Judge of Sabah and Sarawak for further action.

Tomorrow, Tuesday (07/03/2017), the judge handling the case of the land will decide whether to continue or give the opportunity to another judge to hear the case.

A land issue faced by the Malay and Bumiputera Sarawak natives has long been occurred. Many who complain of their land had been encroached upon by the developer without their knowledge. They also have plenty of time to claim their land rights so that the government gave them the land grant but hard to get it. The original inhabitants who had long lived in the land of their forefathers before the arrival of the British colonists should be given priority for land grants.

We urge the government to give serious attention to the issues faced by indigenous people in Sarawak by giving priority to them from developers because without land it is difficult for them to farm and build a shelter.

Do not let the native’s loss of land where they live and making them squatters and become refugees in their own land. Prioritize the original inhabitants of those who pursue profits alone.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief