InnaliLLAH Wainna Ilaihi Rajiun....
MIRI: Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya remuk dirempuh sebuah lori pembancuh simen berdekatan simpang lampu isyarat Lutong pagi semalam.
Mangsa, Sim Soon Kian, 54, yang tersepit di dalam keretanya yang remuk teruk, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di seluruh badan dan kepalanya.
Lori berkenaan turut melanggar sebuah bas awam yang mengekori kereta Vios yang dipandu mangsa.Pemandu bas dan seorang penumpang turut mengalami kecederaan di bahagian muka akibat kemalangan itu.Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, sebuah lori pembancuh simen secara tiba-tiba merempuh bahagian tepi kereta Toyota Vios dan bahagian depan bas awam yang ketika itu mengekori kenderaan mangsa.
“Kereta Vios di depan saya secara tiba-tiba dilanggar lori pembancuh simen terbabit dan melanggar bahagian depan bas yang saya pandu. Kepala saya cedera dan beberapa tingkap bas pecah,” jelas pemandu bas, Salim Ngau, 43.
Penumpang bas, Nicholas Langgi, 23, mengalami kecederaan di bahagian dahi. Mereka dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.Lori terbabit sedang dalam perjalanan ke Pasar Lutong sementara kereta Vios dan bas terbabit datang dari Lutong ke Miri menghala ke simpang lampu isyarat itu.
Menurut sumber, brek lori terbabit tidak berfungsi menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan. Anggota bomba dan penyelamat mengambil tempoh 15 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa.Pemandu lori yang dalam lingkungan usia 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan. Polis Trafik masih menyiasat punca sebenar kejadian.
Kemalangan Ngeri di Simpang Lutong
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
June
(21)
- 20 tahun tanpa elektrik,air bersih
- Latihan Polling Agent Counting Agent(PACA) Siri 1 ...
- Pertahan Tanah adat,penduduk Penan diserang
- In defense of Tuan Guru...PAS for ALL
- Presiden PAS beri sumbangan Sekolah Tamil
- SNAP is Back
- Pilihanraya Sarawak Kian Hampir?
- Penduduk bantah kerajaan BN rampas tanah
- RMK10 Pinggirkan Pembangunan Akhlak:Ustaz Taib
- 3 blok kuarters ranap di Niah
- Kerajaan Taib Kerajaan Yang Baik?
- Kalau Istana Baru Kos Naik,Inikan Pula Bangunan Ba...
- Al-Fatihah buat Ustaz Hassan Shukri
- BN..Politik PEMBANGUNAN atau SEMBANGUNAN?
- Lengkapkan Diri,Sedia Capai Kemenangan - Tuan Guru...
- Sarawak BN painted PR as hooligans
- Muktamar ke 56 PAS : Berbahas sebagai Kerajaan Men...
- Kemalangan Ngeri di Simpang Lutong
- YA untuk Bolasepak,TIDAK untuk JUDI
- Hancur Israel!Hancur US!Hancur APCO/BN
- Doa Qunut Nazilah
-
▼
June
(21)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment