Senario mutakhir mencerminkan peluang Pakatan Rakyat begitu terbuka untuk mengambil alih tampuk kuasa daripada kerajaan BN melalui PRU13 nanti. Demikianlah rumusan daripada analisis dan pendapat yang dilakukan oleh para cendekiawan sains politik, politikus dan para blogger.
Sekiranya tendensi politik kaum Cina dan India kekal sehingga pilihanraya akan datang ditambah hayunan 5% sahaja sokongan Melayu dan tsunami politik benar telah dan sedang mengubah landskap politik di Sabah dan Sarawak, maka Muktamar PAS yang menjelang tiba tidak beberapa hari lagi sewajarnya membicarakan dua persediaan besar.Persediaan pertama ialah gerakerja dan perancangan strategik untuk meletakkan PAS dalam keadaan terbaik untuk menghasilkan pencapaian paling cemerlang pernah disaksikan dalam siri pilihanraya umum. Kedua ialah persediaan untuk menerima amanah dan harapan rakyat dalam memimpin perubahan ke arah Malaysia yang lebih adil, maju dan harmonis. Para pembicara dan perwakilan hendaklah berfikiran projektif di samping tolehan ke belakang yang sentiasa sarat dengan pengalaman dan pengajaran.
Kita bimbang seandainya perbahasan berlegar kepada isu yang remeh-temeh, lampias emosi dan agenda peribadi. Tidak mustahil ada perwakilan yang tersasul dan tersasar kerana syaitan tidak pernah duduk diam selagi manusia berpadu dan bersatu dalam misi mendaulatkan Islam. Syaitan akan mencucuk di sana dan di sini untuk menimbulkan rasa tidak berpuas hati, marah dan kecewa. Tujuannya ialah agar Islam tidak mendapat tempatnya yang hak atau sekurang-kurang kemaraan Islam itu berjaya dilengah-lengahkan. Sekiranya masa banyak terbuang atas perkara yang tidak sepatutnya, maka muktamar akan kehilangan masa bermanfaat yang terangkum dalam masa beberapa hari bermuktamar.
Selamat bermuktamar kita ucapkan kepada perwakilan daripada Dewan Himpunan Penyong Pas (DHPP). Semoga kehadiran mereka dapat menyemarakkan lagi semangat kita untuk menembusi tembok palsu ciptaan BN. Kita telah berjaya mengubah persepsi masyarakat bukan Islam setelah sekian lama kita dimomokkan oleh UMNO bahawa kita adalah golongan ekstremis Islam ala-Taliban. Kaum Cina dan India telah mengenali kebenaran dan keikhlasan hati budi kita. Di samping itu, kita percaya bahawa pemimpin kita sedar keperluan untuk memperkenalkan PAS kepada masyarakat di setiap pelusuk Sabah dan Sarawak sebelum tahun 2012 di mana pilihanraya umum dijangka berlaku. Sekiranya kita berjaya menubuhkan DHPP dalam kalangan kaum Iban, Kadazan dan kaum Bumiputera lain di di sana, itulah petanda tali hayat BN semakin genting dan hampir benar dengan sakaratul maut.
Dengan adanya kaum Cina, India dan Siam`dalam muktamar kali ini, para perwakilan mestilah menunjukkan imej dan akhlak Islam yang lebih terpuji. Mutu perbahasan hendaklah dipertingkatkan dengan bahan-bahan kajian dan rujukan; bukan sekadar berlegar secara umum. Saudara baru dalam perjuangan ini akan memerhatikan gelagat dan telatah para pejuang yang membawa label Islam. Antara perkara yang kita kalah dengan kaum lain ialah pengurusan masa. Sebarang kealpaan kita dalam menepati masa dan tutur kata akan memberi persepsi yang berlainan kepada mereka. Jangan nanti mereka beranggapan PAS hanya indah khabar dari rupa. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Akhirnya, bermuktamarlah dengan ukhuwah Islamiyyah yang tinggi dan mulia. Rapatkan saf kepimpinan di semua peringkat sehingga tiada ruang-ruang untuk musuh mengadu domba. Semoga muktamar dapat menghasilkan satu natijah yang meyakinkan kerana kita tidak mahu lagi terlepas peluang untuk beroperasi dari Putrajaya. Di luar sana, rakyat menanti dan mengharapkan mereka dan negara tercinta diselamatkan oleh gagasan baru Pakatan Rakyat. Kejayaan atau kegagalan kita akan menentukan kedudukan kita dalam kerajaan Pakatan nant
Muktamar ke 56 PAS : Berbahas sebagai Kerajaan Menanti
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
June
(21)
- 20 tahun tanpa elektrik,air bersih
- Latihan Polling Agent Counting Agent(PACA) Siri 1 ...
- Pertahan Tanah adat,penduduk Penan diserang
- In defense of Tuan Guru...PAS for ALL
- Presiden PAS beri sumbangan Sekolah Tamil
- SNAP is Back
- Pilihanraya Sarawak Kian Hampir?
- Penduduk bantah kerajaan BN rampas tanah
- RMK10 Pinggirkan Pembangunan Akhlak:Ustaz Taib
- 3 blok kuarters ranap di Niah
- Kerajaan Taib Kerajaan Yang Baik?
- Kalau Istana Baru Kos Naik,Inikan Pula Bangunan Ba...
- Al-Fatihah buat Ustaz Hassan Shukri
- BN..Politik PEMBANGUNAN atau SEMBANGUNAN?
- Lengkapkan Diri,Sedia Capai Kemenangan - Tuan Guru...
- Sarawak BN painted PR as hooligans
- Muktamar ke 56 PAS : Berbahas sebagai Kerajaan Men...
- Kemalangan Ngeri di Simpang Lutong
- YA untuk Bolasepak,TIDAK untuk JUDI
- Hancur Israel!Hancur US!Hancur APCO/BN
- Doa Qunut Nazilah
-
▼
June
(21)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment