Miri, 29 Jun 2010 – Disaat berkali kali pengumuman gula gula politik Barisan Nasional;bermula 3.6 Billion semasa kehadiran Najib di Sarawak;kemudian TPM minggu lalu,namun hakikatnya rakyat masih terus menderita di bumi kenyalang yang penuh rezeki Ilahi ini. Petang tadi;kepimpinan PAS Kawasan Miri diketuai Tn. Hj. Jofri dan Setiausaha PAS Kawasan Miri M Arifiriazul B Paijo bergegas ke Kampung Batu Satu untuk berjumpa dengan wakil penduduk tersebut setelah menerima maklumat isu bekalan asas yang meruncing disitu. Kampung Batu Satu ini terletak lebih kurang 17 KM daripada pusat Bandaraya Miri dan terletak di dalam DUN N65 Senadin.

Berdasarkan makluman yang disampaikan oleh wakil penduduk iaitu Saudara Roslan dan Saudara Omar, sebnayak 15 buah rumah penduduk yang masih lagi belum mendapat kemudahan elektrik dan air bersih. Penduduk-penduduk terbabit telah menetap di kampong tersubut lebih kurang 15 ke 20 tahun. Oleh yang demikian, penduduk yang terbabit terpaksa menggunakan generator yang terpaksa dibeli sendiri dengan kos RM1500 ke RM2000.

“Generator yang digunakan penduduk kelihatan telah lama”

Penduduk yang terbabit terpaksa hanya menggunakan generator bermula jam 6 petang sehingga 10 malam akibat daripada kos penggunaannya yang tinggi. Purata kos harian penggunaan generator bagi setiap isi rumah adalah RM6.00 bagi setiap 4 jam dan lebih kuran RM180 setiap bulan. Kos ini jauh lebih mahal berbanding jumlah bil yang perlu dibayar bagi pengguna elektrik bermeter. Dalam pada masa yang sama, penduduk terpaksa menggunakan saluran paip air dari penduduk kampung yang lain. Untuk rekod permasalahan tersebut telah beberapa kali diajukan kepada pihak yang berwajib dan kali terakhir diajukan kepada ADUN N65 Senadi YB Lee Kim Shin pada 18 April 2010 ketika lawatan rasmi beliau ke sana. Namun masih belum ada tindakan positif dilakukan.

“Sistem peparitan yang tidak sempurna turut menyebabkan banjir di kawasan kampong”

Tn. Hj. Jofri yang ditemui merasa kesal dengan apa yang berlaku dan merasakan penduduk tersebut berhak untuk mendapat segala kemudahan yang sepatutnya memandangkan kampong tersebut masih lagi terletak di dalam lingkungan Bandaraya Miri. Beliau turut memaklumkan yang pihak PAS Kawasan Miri mendesak agar pihak yang berwajib untuk mengambil berat permasalahan rakyat dan bukan hanya pandai menabur janji-janji kosong ketika pilihanraya.

“Tn. Hj. Jofri bersama-sama wakil penduduk”