Pakatan Rakyat Sarawak Bersatu Untuk dirikan Kerajaan Baru
Gambar Datuk Mustapa Ali SU PAS Pusat bersama peminpin Pakatan Rakyat Sarawak
MIRI - Lawatan kerja Datuk Mustafa Ali atau 'Cikgu Pa' Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat yang julung kali ke Miri memberi semangat kepada PAS Miri serta Pakatan Rakyat di Miri agar terus bersatu dan bekerjasama untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang akan menjelang tiba nanti.
Sepanjang berada di Miri beliau sempat bertemu dengan semua pimpinan Pakatan Rakyat Miri terdiri dari DAP, PKR serta PAS. Beliau memberi nasihat kepada ahli PAS Miri agar terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk mencapai hasrat Pakatan mengambil alih kuasa dari BN dalam PRU 13 nanti.
Beliau juga mengingat semua ahli betapa pentingnya kerjasama semua pihak dalam Pakatan agar tidak berlaku pertandingan 3 penjuru dikalangan parti komponen Pakatan dalam PRU 13 nanti.
Sesiapa saja yang terpilih jadi calon nanti mestilah yang terbaik dari Pakatan dan seharusnya dapat di terima oleh semua pihak baik dari DAP, PKR dan PAS. Calon yang boleh di terima oleh setiap golongan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik sangat penting di tonjolkan kepada masyarakat umum. Ini akan memberi peluang yang cerah untuk Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 nanti. Ciri-ciri calon terbaik yang seharusnya ada pada Pakatan adalah mereka yang benar-benar jujur, ikhlas, berakhlak mulia serta mesra dengan semua lapisan masyarakat.
Semoga dengan kerjasama yang kukuh diantara parti kompenan dalam Pakatan akan memberi harapan baru kepada rakyat untuk bersama-sama menukar kerajaan BN sekarang kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat berjuang menuntut keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama bukan untuk kepentingan peribadi.
PAS Miri
English version
Sarawak Pakatan Rakyat Unite To Set Up New Government
MIRI -The first time working visit of Mustafa Ali or ‘Cikgu Pa' the Central Secretary-General of the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) to Miri encourage the PAS and Pakatan Rakyat Miri to remain united and work together to face the Barisan Nasional (BN) in the coming 13th general election (GE 13).
While in Miri he managed to meet with all the leadership of the People's Alliance Miri consists of DAP, PKR and PAS. He gives advice to PAS Miri members to continue working with the People's Alliance coalition to achieve PR desire to take over BN in GE 13 later. He also reminds all members of the importance of cooperation of all parties in the alliance that do not happen three-corner fight among Pakatan component parties in the 13th general election.
Whoever is selected to be the candidate later must be the best from Pakatan Rakyat(PR) and should be able to be accepted by all parties whether from DAP, PKR and PAS. Candidates who can be accepted by all the people regardless of race, religion and political affiliation are very important to be highlighted to the public. This will give a good chance for PR to win in PRU13 later.
The characteristics of the best candidates should be present in Pakatan are those who really honest, sincere, noble and affectionate with all levels of society.
Hopefully, with the strong cooperation between the components parties in the coalition will give new hope to the people to work together to change the current BN government to People's Alliance. The Pakatan Rakyat fight for justice for all regardless of race and religion, not for personal gain.
PRU 13: PR Sarawak Berikrar Tumbangkan BN
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
November
(16)
- Pasar Tamu Dan Peniaga Kecil Akan Terpinggir Di Ba...
- Tahun Baru Maal Hijrah 1433 Masa untuk mengubah Ma...
- Penduduk Baram Tidak Memerlukan Padang Golf Tapi K...
- MCA Hina Islam, UMNO/Perkasa Buat Apa???
- 1 Meter Air Untuk 1 Kampung Sungai Dalam Di Miri
- Pengguna Marah Bayar Air Percuma Pada LAKU!!!
- Wakil Rakyat BN Sarawak Ramai Tapi Takut Bersuara ...
- SUPP Tiru PAS Untuk Tarik Pemuda!!!
- Apa Peranan Menteri Agama Islam Terhadap Umat Isla...
- Guru Semakin Stress Akibat Kerja Terlebih Masa !!!
- Jambatan Piasau Baru Perlu Bagi Laluan Alternatif ...
- PRU 13: PR Sarawak Berikrar Tumbangkan BN
- Tiang Lampu Jalan Ada Tapi Tidak Menyala !!!
- Ada Gelanggang Serba Guna Tapi Tidak Berguna.
- Ke Mana Perginya Peruntukkan Berbillion Ringgit Un...
- Rakyat Sedia Bersama PAS Menuju Negara Malaysia Se...
-
▼
November
(16)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment