Apa akan jadi pada nasib Pasar Tamu dan masa depan peniaga kecil di Miri?

MIRI - "Pasar Tamu" adalah perkataan tempatan untuk penjaja tempatan yang berkumpul dari kampung datang ke bandar Miri untuk menjual produk mereka.Pelbagai barangan yang dijual di situ seperti beras, sayur-sayuran tempatan, ikan dan buah-buahan. Pasar Tamu telah menarik bukan sahaja penduduk tempatan, tetapi juga dari Brunei.

Pasar Tamu di pusat Bandaraya Miri perlu dinaik taraf supaya ia jadi lebih teratur dan indah, dan selaras dengan status Miri sebagai Bandaraya Pelancongan. Begitu juga, penjaja yang menjual sayur-sayuran sepanjang Tamu lama juga perlu diletakkan di kawasan khas yang kelihatan lebih bersih dan teratur tidak berselerak seperti sekarang,

Pada waktu puncak, tempat letak kereta adalah sukar kerana penjaja menggunakan tempat letak kereta untuk menjajakan produk mereka. Apabila terdapat ramai pengunjung yang datang ke tempat itu, kawasan itu menjadi sesak dan sebahagian daripada mereka letak kenderaan di tepi jalan dan ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Kita mencadangkan kepada pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) supaya meletakkan tempat khas untuk penjaja tersebut iaitu di tengah kawasan lapang di belakang HSBC Bank dimana di situ memang sesuai untuk menjual hasil mereka dan juga tidak menghalang lalu lintas dan mudah untuk letak kenderaan.

Semoga cadangan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari pihak MBM agar kita sama-sama dapat membangunkan Bandaraya Miri dengan lebih teratur dan indah di pandang oleh masyarakat tempatan dan juga para pelancong dari luar.

Sekiranya pihak pemerintah gagal untuk membangunkan Bandaraya Miri, PAS dan Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk mengambil alih Bandaraya Miri dengan melakukan lebih banyak lagi perubahan yang lebih sesuai untuk semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik kiranya diberi peluang mengambil alih kuasa dari parti pemerintah sekarang.

Masalah peniaga kecil
Kita yakin PAS bersama PR sudah bersedia membangunkan Miri kearah Bandaraya pelancongan yang lebih baik dan teratur untuk menarik lebih ramai lagi pelancong datang selain memberi banyak manafaat kepada semua golongan bukan setakat untuk pihak tertentu saja atau kroni seperti yang diamal sekarang. Peniaga kecil mendapati sukar untuk menjalankan perniagaan kerana hampir semua perniagaan di Sarawak telah dimonopoli atau dikawal oleh pihak kapitalis, terutamanya di Bandaraya Miri mengikut pandangan peniaga-peniaga kecil di Miri.

Kita bukan menentang pembangunan tetapi kalau hanya pihak tertentu saja yang menguasai ekonomi serta perniagaan dari yang besar sehingga kepada yang sekecil-kecilnya maka sukar sekali bagi para peniaga kecil untuk bersaing dengan syarikat yang besar ini terutama sekali para peniaga bumiputera dan juga para peniaga cina yang tidak mempunyai modal yang besar untuk bersaing dengan syarikat besar tersebut.

Mereka juga merungut tentang masalah ini sebab apabila syarikat besar yang mempunyai kepentingan dengan pihak pemerintah maka sukar untuk mereka bersaing untuk mendapat tempat peniagaan terutama dalam Bandaraya seperti Miri. Dimana harga kedai semakin tinggi dan sewa juga semakin meningkat terutama sekali dalam kawasan Bandar.

Jadi jika perkara ini berterusan sudah pasti ada para peniaga kecil akan golong tikar sebab sudah tidak mampu lagi bersaing dengan syarikat kroni yang mempunyai rangkaian dengan pihak yang berkuasa.

Inilah masanya rakyat perlu sedar sebelum semuanya terlambat sebab apa saja cadangan dan aduan yang dikemukakan oleh rakyat atau dari parti pembangkang jarang sekali mendapat perhatian oleh pihak pemerintah disebabkan mereka mempunyai kepentingan tertentu dan juga menjaga kepentingan kroni yang menguasai ekonomi mereka.

Inilah masanya penduduk Bandaraya Miri beri peluang kepada PAS dan PR untuk mengambil alih Miri dan juga Sarawak demi masa depan rakyat semua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee



English version
What will be the fate and the future of Pasar Tamu dan small traders in Miri?

MIRI - "Pasar Tamu" is a local word for a local hawkers gathering from the village came to the city of Miri to sell their products. Variety of goods sold there, such as rice, local vegetables, fish and fruits. Pasar Tamu has attracted not only locals, but also from Brunei.

Pasar Tamu in Miri town center should be upgraded so that it will be more organized and beautiful and in accordance with Miri status as Tourism City. Similarly, hawkers selling vegetables along the old Tamu also have to be placed in a special area that looks more clean and orderly not scattered as it is now.

At peak hours the parking is difficult because the hawkers use the car park for peddle their products. When there are many visitors come to that place, the area becomes crowded and some of them parking at the roadside and it will cause traffic congestion.
We propose to the Miri City Council (MCC) to put such a special place for hawkers i.e. in the middle of the open space behind the HSBC Bank where there is suitable to sell their produce and also not obstruct traffic and convenient for parking.

Hopefully, this proposal gets attention and consideration from the MCC so we all can develop Miri more organized and beautiful in the view of locals and tourists from outside.

If the government failed to develop Miri City, PAS and Pakatan Rakyat (PR) is willing to take over Miri City by doing a lot more changes that are better and suited to all without thought of the nation, religion and politics beliefs if given the opportunity to take over power from the ruling party now.



Small trader’s problem
We are confident that PAS with PR is ready to develop Miri as a tourism City towards a better and systematic to attract more tourists as well as provide many benefits to all people, not only for the specific party or crony as practiced now. Small traders find it difficult to do business as almost all businesses in Sarawak has been monopolized or control by the capitalists, especially in Miri City according to the views of small traders in Miri.

We are not against development but only if certain parties who control the economy and trade down to the smallest it is very difficult for small traders to compete with big companies, especially Bumiputera businessmen and Chinese traders who do not have a big capital to compete with big companies.

They also complained about this problem because when a big company with interests in the government it would be difficult for them to compete for a place of business, especially in a city likes Miri. Where the shop prices much higher and rents are increasing, especially in the City.

So if this keeps on going a small traders will out of business and will close shop because it was no longer able to compete with companies that have a network of cronies with the authorities.

This is time for the people to be aware before everything is too late since any suggestions and complaints made by the people or from the opposition rarely get the attention by the government because they have an interest and also protect the interests of their cronies who control the economy.

It is time for the people of Miri City give a chance to PAS and PR to take over Miri and Sarawak for the future of the people of all ethnic groups regardless of race, religion and political belief.