Guru Dan Pelajar Jadi Bahan Uji kaji Sistem Waktu Kerja 9 Jam













Laporan dari Malaysian Insider mengatakan bahawa hampir separuh pekerja Malaysia bekerja lebih lapan jam sehari dan membawa pulang kerja secara tetap untuk diselesaikan pada sebelah malam, demikian menurut kajian global terbaru dari Regus. Sekarang ini kerajaan sedang membuat percubaan selama enam bulan kepada kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara dan empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan atau National Union of Teaching Profession (NUTP).
Kalau lapan jam bekerja pun sudah membebankan tugas para pekerja inikan pula kesan jangka panjang terlebih kerja ini boleh merosakkan kesihatan pekerja dan produktiviti keseluruhan apabila para pekerja memaksa diri mereka bekerja teruk dan menjadi melawan, murung dan malah tidak sihat di segi fizikal menurut Naib Presiden Regus Australia, New Zealand dan Asia Tenggara William Willems.
Kita cadangkan adalah lebih baik pihak kerajaan melaksanakan sistem waktu kerja guru sama macam pekerja biasa di mana mereka boleh mula bekerja jam 8 pagi sampai 5 petang dan pelajar-pelajar sekolah pun dapat balik sekolah bersama dengan kedua ibubapa mereka yang bekerja pada waktu tersebut.
Kerja 5 hari seminggu dan 2 hari cuti seperti biasa akan lebih memberi masa untuk mereka melakukan tugas mereka di pejabat dan tidak perlu di bawa ke rumah. Tugas harian boleh diselesaikan di pejabat sepanjang 8 jam dan pelajar juga akan terus diberi tugasan dan latihan mereka di sekolah tanpa perlu berulang alik ke rumah
Para guru dan pelajar boleh mengulang-kaji atau menyiapkan tugasan mereka pada sebelah petang tanpa perlu buat kerja rumah atau tambahan seperti sekarang.
Kerajaan patut kaji semula sistem pelajaran sekarang kepada satu sesi saja dan tidak perlu ada 2 sesi pagi dan petang seperti yang masih diamalkan di Sarawak. Dengan hanya 1 sesi maka pelajar tidak perlu pulang makan waktu tengahari kecuali rumah mereka berdekatan dengan sekolah dan terus sampai ke petang dan mereka boleh pulang bersama keluarga mereka selepas waktu pejabat
Kerajaan juga perlu sediakan kelas tambahan untuk memenuhi kepadatan pelajar sesi petang dan juga menyediakan keperluan asas pelajar yang semakin bertambah kalau mahu mengubah system tersebut kecuali kawasan tersebut tidak mempunyai pelajar yang ramai. Begitu juga tempat berihat dan tempat penyediaan makanan yang bersih dan selamat untuk para guru dan pelajar makan tengahari juga perlu diambil kira. Para guru juga perlu sediakan jadual waktu yang sesuai dengan masa 8 jam yang diperuntukan agar tidak menjadi bebanan dan meletihkan para pelajar yang belajar sampai ke petang.
Walaubagaimana pun ini adalah tugas kementerian pelajaran untuk membuat kajian sepenuhnya agar semua pihak berpuas hati terhadap sebarang cadangan yang telah dikemukakan. Kita hanya memberi cadangan agar semua perkara yang akan dilaksanakan nanti akan berjalan dengan lancar dan akan memberi kemudahan serta keselesaan kepada para guru dan juga pelajar sekolah yang terlibat.
Kita juga mendesak agar pihak kerajaan serius dalam apa juga perkara yang hendak dilaksanakan dan jangan menggunakan rakyat sebagai alat atau bahan uji kaji system yang belum pasti akan memberi menafaat kepada rakyat. Kita sudah melihat banyak projek kerajaan atau sistem kerajaan yang gagal dilaksanakan dengan baik akhirnya yang jadi mangsa adalah rakyat yang terpaksa menanggungnya.
Kita berharap pihak kerajaan juga bersedia menerima cadangan yang boleh memberi manafaat untuk semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politikPAS Miri
Jofri Jaraiee

English version
Teachers and Students Victims of trial 9-Hours Working System
Reports from the Malaysian Insider says that nearly half the workers in Malaysia work more than eight hours a day and take home to complete work on a regular basis at night, according to a recent global study from Regus. Now the government is making the trial for six months to about 5,000 teachers from nearly 104 schools throughout the country and four states, namely Pahang, Malacca, Johor and Sarawak will be the precursor to the nine-hours working system from January next year, said National Union of Teaching Profession (NUTP).
If eight hours of work has already been burdensome task for the workers much less are long-term effects of this overload can damage the health of employees and overall productivity when workers force themselves to work badly and a fight, depressed and not even physically healthy according to vice president of Regus Australia, New Zealand and Southeast Asia William Willems.
We suggest it is better for the government to implement the working time of teachers the same as regular employees where they can start work at 8 am to 5 pm and the school students also can get back from school together with their parents those working at the time.
Working 5 days a week and two days off as usual will provide even more time for them to do their work in the office and need not be brought to the house. Daily tasks can be completed in the office during the 8 hours and the students will be given assignments and tuition in school without having to commute to home. The teachers and the students can revise their studies or to complete their assignments in the evening without having to do homework or additions as they do now.
The government should review the current education system to one session only and does not need to have 2 sessions, morning and afternoon, as is still practiced in Sarawak. With just one session then the students are not necessary to return lunchtime except for their home near the school and continued until the evening and they can go home with their families after office hours.
The government should also provide additional classes for density of the afternoon session students and also provides basic needs of an increasing student if they really want to change the system unless the area does not have many students. Similarly, resting places and food preparation clean and safe for both teachers and students to eat lunch should also be taken into account. The teachers also need to provide a suitable timetable with a time of 8 hours provided so as not to be a burden and tiresome the students who studied until the evening.
However, this is the task of ministry of education to make a full study so that all parties are satisfied for any proposal submitted. We can only make recommendations to all matters so that will be implemented smoothly and will provide convenience and comfort to the teachers and the students involved later.
We also urge the government to be serious in any matter to be implemented and do not use people as a tools or materials for the system that have not been experimentally identified and will provide benefits to the people. We have seen a lot of government projects or system that fail to be implemented with high-quality so finally the victims were the people who had to endure.We hope that the government is prepared to accept any proposals that can provide benefit to all people regardless of race, religion and political belief.