Masalah Masjid Di Miri, Kemana Pergi Menteri Agama Hal Ehwal Islam Sarawak?
Masjid Al Taqwa terletak di tengah bandaraya Miri dan sering menghadapi masalah kebocoran apabila musim hujan lebat. Baru-baru ini Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui melawat masjid besar Miri yang sedang dalam proses pembaik-pulih. PAS Miri pernah menyuarakan masalah masjid di Miri dan jawapan yang di terima agak mengecewakan dimana menteri yang menjaga hal ehwal Islam berkata “.. tiada kebocoran atap berlaku di Masjid Miri dan ianya masih dalam keadaan baik..”. Rujuk di sini [ YB Daud Melenting]. Kalau alasan masjid Miri masih lagi dalam keadaan baik bukan bererti tiada masalah lain yang perlu di ambil perhatian seperti kebocoran atap yang sering berlaku apabila musim hujan lebat dan ini akan merosak imej masjid Bandar Miri apabila mereka yang datang dari luar datang solat dan melawat masjid tersebut.
Kita bangkitkan isu masjid ini bukan untuk tujuan politik tetapi lebih kepada keselesaan dan keselamatan mereka yang menggunakan masjid tersebut. Dari dulu lagi kita minta menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam Sarawak agar datang sendiri melawat masjid di Miri yang menghadapi kerosakan tetapi yang peliknya sekarang adalah menteri yang bukan menjaga hal ehwal agama Islam pula sering datang melawat masjid di Miri.
Kunjungan Datuk Peter Chin Fah Kui Ke masjid Miri sekurang-kurangnya melihat sendiri kerosakan dan proses memperbaik-pulih masjid tersebut serta ingin tahu berapa kos kerosakan masjid tersebut sekiranya tidak mencukupi. Walaupun disebalik kedatangan beliau mungkin ada agenda tertentu kerana Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) sudah hampir tapi yang sepatutnya datang dan memeriksa keadaan masjid di seluruh Sarawak adalah menteri yang menjaga hal ehwal Islam bukannya mereka yang tidak berkenaan.
Begitu juga dengan masalah pembinaan masjid baru di Senadin yang sampai sekarang pun belum ada perkembangan setelah hampir setahun berlalu. Rujuk di sini [Penduduk Muslim Tuntut Masjid] Sepatutnya mereka yang bertanggungjawab menjaga hal Ehwal Islam dan kebajikan umat Islam di Sarawak kena prihatin masalah umat Islam di Sarawak bukannya hanya sibuk apabila tiba musim pilihanraya saja.
Kita mendesak agar Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman dapat menjalankan tugas dengan amanah dan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira golongan dan fahaman politik. PAS sentiasa ingin bekerjasama dengan semua pihak demi kebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Rujuk di sini [Pemuda PAS Bersedia Memberi Kerjasama]
PAS Miri
Jofri Jaraiee
English version
Problem Mosque in Miri, Where Goes the Minister of Religious (Islamic Affairs) of Sarawak?
Masjid Al Taqwa is located in the middle of Miri city and often leak problems when heavy rainy season.
Recently, the Minister of Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Peter Chin Fah Kui visited the great mosque of Miri in the process of renovation.
PAS Miri had voiced the problems of mosque in Miri and receive an answer in a bit frustrating when the minister in charge of Islamic affairs, said "... No roof leaks occur at the mosque of Miri and it is still in good condition.. ". If the Miri mosque is still in good condition it does not mean that no other problems that need to take note as the roof leaks that often occur when heavy rainy season and this will damage the image of Miri City mosque when they were visitor coming from outside to come for prayers and visit the mosque.
We raised the issue of this mosque is not for political purposes but more on comfort and safety of those who use the mosque. We have raise this issue from the beginning to the minister in charge of Islamic affairs of Sarawak to come in person to visit mosque in Miri that have a damage problem, but the strange thing now is the minister who is not in charge of religion affairs is often came to visit to Miri mosque.
The visit of Datuk Peter Chin Fah Kui to the Miri mosque at least to see the damage and the progress of the rehabilitation of the mosque and would like to know how much the cost of the damage to the mosque if it is not enough.
Although his visit despite of possible specific agenda for the coming of 13th General Election (GE13) , but the person who should come and check the mosques throughout Sarawak was the minister in charge of Islamic affairs rather than those who do not relevant.
Similarly, the problem of the construction of the new mosques in Senadin that until now been no progress after almost one year. They should be taking charge of the Islamic Affairs and the welfare of Muslims in Sarawak to be concerned with the problems of Muslims in Sarawak and not only just busy when the election season came.
We urge the Assistant Minister in the Chief Minister’s Department (Islamic Affairs) Datuk Daud Abdul Rahman to carry out the trust to be fair to all people regardless of group of pupils and political affiliation. PAS has always wanted to work with all parties for the welfare of all people regardless of race, religion and political belief.
Apa Peranan Menteri Agama Islam Terhadap Umat Islam Di Sarawak?
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
November
(16)
- Pasar Tamu Dan Peniaga Kecil Akan Terpinggir Di Ba...
- Tahun Baru Maal Hijrah 1433 Masa untuk mengubah Ma...
- Penduduk Baram Tidak Memerlukan Padang Golf Tapi K...
- MCA Hina Islam, UMNO/Perkasa Buat Apa???
- 1 Meter Air Untuk 1 Kampung Sungai Dalam Di Miri
- Pengguna Marah Bayar Air Percuma Pada LAKU!!!
- Wakil Rakyat BN Sarawak Ramai Tapi Takut Bersuara ...
- SUPP Tiru PAS Untuk Tarik Pemuda!!!
- Apa Peranan Menteri Agama Islam Terhadap Umat Isla...
- Guru Semakin Stress Akibat Kerja Terlebih Masa !!!
- Jambatan Piasau Baru Perlu Bagi Laluan Alternatif ...
- PRU 13: PR Sarawak Berikrar Tumbangkan BN
- Tiang Lampu Jalan Ada Tapi Tidak Menyala !!!
- Ada Gelanggang Serba Guna Tapi Tidak Berguna.
- Ke Mana Perginya Peruntukkan Berbillion Ringgit Un...
- Rakyat Sedia Bersama PAS Menuju Negara Malaysia Se...
-
▼
November
(16)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment