Tiang Letrik Ada Tapi Jalan Entah Ke mana?
MIRI - Kampong Usaha Jaya Tukau Tengah, Sungai Beluboh berada di pinggir bandar Miri masih lagi memerlu kemudahan asas seperti bekalan air bersih, letrik dan juga jalan raya yang berturap. Kita sudah nampak tiang tiang letrik terpacak seperti galah di sepanjang jalan masuk ke kampung tersebut tapi sehingga kini belum ada sebuah rumah orang kampong pun yang menetap disitu diterangi oleh lampu neon. Kita ada mendengar keluhan dari segelintir penduduk kampong tersebut yang mereka sudah pun menandatangani perjanjian dengan pembekal eletrik (SESCO) Miri untuk menyambung eletrik ke rumah mereka beberapa bulan yang lalu namun sehingga kini belum pun ada pihak SESCO yang datang untuk memasang meter ke rumah mereka.
Kita juga hairan kebiasaanya sekiranya ada sesuatu projek kerajaan di buat dalam sesebuah Kampung seperti pemasangan eletrik untuk penduduk luar Bandar dan jalan jalan kampung setidak tidaknya mempunyai longgokkan batu jalan,tetapi lain pula halnya di Kampung Usaha Jaya Tukau Tengah dimana jalannya seperti jalan kerbau masuk berkubang. Tiang-tiang eletrik dipasang merata-rata jalan seolah-olah ada projek untuk memudahkan laluan bagi mereka tetapi mungkin orang kampong tidak tahu. Bak kata orang Sarawak jalan berlumpur.
Sehingga kini tiang letrik saja yang nampak tapi jalan masuk ke kampong masih jauh ketinggalan seolah-olah berada dalam tahun 50 – 80an. Penduduk terpaksa berusaha sendiri atau bergotong-royong untuk membina jalan kampong untuk kemudahan mereka sendiri. Kalau harapkan pihak kerajaan sampai bila pun tidak akan ada jalanraya yang sempurna untuk penduduk kampong.
Apakah tujuan sebenar mereka memasang tiang letrik di kawasan tersebut? Sudah tentu mereka ada tujuan lain sebab itulah orang ramai yang mempunyai tanah di Tukau heboh mengatakan yang tanah mereka yang tidak mempunyai hak milik akan di pindah atau tanah mereka akan di ambil oleh pihak kerajaan atas alasan menduduki tanah kerajaan. Antara sebab lain kemungkinan ada projek perumahan atau ladang akan di bina dalam tanah tersebut.
Jalanraya yang sempurna sangat diperlukan oleh penduduk kampong tersebut untuk memudahkan urusan harian mereka ke Bandar untuk menjual hasil pertanian serta ternakan mereka dan menghantar anak anak mereka ke sekolah.
Kita juga difahamkan ketika bekas ADUN Lambir yang lepas pernah melawat Kampung tersebut dan beliau pernah berjanji untuk membawa aduan yang dihadapi oleh orang kampong kepada pihak yang berkenaan tetapi sudah berpuluh-puluh kali surat rayuan dan aduan dibuat tetapi perkara ini terus berlarutan tanpa sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan.
Di mana perginya peruntukan berbilion-bilion ringgit untuk penduduk luar bandar? Kalau perkara begini berterusan tidak ada makna kerajaan persekutuan memperuntukan berbillion ringgit untuk projek luar Bandar tapi tidak mendatangkan sebarang hasil buat penduduk di luar Bandar walaupun kita tidak nafikan memang ada tetapi hanya terhad kepada pihak tertentu saja.
Janganlah memberi alasan yang sama setiap kali berjumpa rakyat yang kerajaan tidak cukup peruntukan atau menyeru agar rakyat bersabar dulu sedangkan perkara tersebut bukan berlaku 2 atau 3 tahun yang lalu tetapi sudah berpuluh-puluh tahun sudah berlalu. Berapa lama rakyat harus bersabar dan menunggu? Dimana jaminan yang pihak yang bertanggungjawab dapat menunaikan janji mereka?
Jadi kita mendesak agar pihak kerajaan jangan biarkan rakyat yang sudah lama menduduki tanah dan berkebun dalam tanah tersebut di halau keluar tanpa sebarang pampasan dan di beri tempat tinggal yang lebih selesa dengan kemudahan asas yang cukup. Adalah lebih baik kerajaan memberi hak milik tanah kepada mereka yang sudah lama menetap dan berkebun disitu terutama sekali kepada kaum bumiputera yang hidup dalam kemiskinan dan bergantung hidup dengan pertanian. Begitu juga dengan masyarakat cina yang miskin juga harus diberi perhatian oleh pihak yang memerintah sebab itu PAS dan Pakatan Rakyat berjuang untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama. Di harap agar pihak yang bertanggungjawab mengambil perhatian serius dengan masalah rakyat yang tersebut di atas.
PAS Miri
Jofri Jaraiee
English Version
There Are Electricity Pole But Where Are The Road?
MIRI - Kampong Usaha Jaya Middle Tukau, Sungai Beluboh Miri are in suburban areas still require basic facilities like clean water, electricity and paved roads. We saw the pillar of electricity poles stood as punting pole along the road entering the village, but so far there is no rural community house that lives there illuminated by neon lights.
We have heard few complaints from the villagers that they had already signed agreements with electricity suppliers (SESCO) Miri to connect electricity to their homes several months ago but until now not even one of the SESCO workers who came to install meters to their homes.
We also wonder usually if there is a government project construct in a village like electrical installations for rural residents and village roads, at least there are stones piled up the road, but a different case in the Middle Tukau Village which such as way of the buffalo wallowing path. The Pillars of Electric Street installed everywhere as if there is a project to facilitate access to their village but maybe the community does not know about it. Just like Sarawakian said the muddy roads.
Until now you only can see the electric pole but the entrance to the village is still far behind as if you are in 50s – 80s. Residents had to work alone or work together to build roads for the convenience of their own village. If you expect the government will do it until when you will get a good roads to the rural village.
What is the real purpose of their installation electricity poles in the area? Of course they have other purpose, that's why people who have land in Tukau say that their land that has no title will be relocated or will be taken by the government for occupying the state land. Among other reasons there might be housing projects or farm to be constructed in the land.
Proper roads are required by the villagers to facilitate their daily business to the City to sell their agricultural produce and livestock and send their children to school.We also understand that when former Lambir Assemblyman who had visited the village last year and he has promised to bring complaints faced by the village to the parties concerned, but had a dozen petitions and complaints made but this continues without any action taken by the authorities.
Where did the provisions of the billions of ringgits to the rural population? If things continue this way there is no meaning for the federal government allocated billions of ringgits for rural projects but did not bring any results for people in rural areas even though we do not deny it exists but is limited to specific parties only.
Do not give the same excuse every time when meet the people that the government is not enough provision or call upon the people to be patient where this things are not happening in two or three years ago, but has been happened many years past. How long will people be patient and wait? Where is the guarantee that those responsible can fulfill their promises?
So we urge the government do not let the people who have been occupying the land and gardening in the land to be driven out without any compensation and given a more comfortable living with adequate basic facilities.. It is better for the Government to give land ownership to those who have been living and farming there, particularly to the indigenous people living in poverty and dependent on agriculture. Similarly, the poor Chinese community should also be given attention by the ruling because the PAS and Pakatan Rakyat fighting for all regardless of race or religion. We hope that those responsible to take seriously with the problems of the people as mentioned above.
Ke Mana Perginya Peruntukkan Berbillion Ringgit Untuk Penduduk Luar Bandar?
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
November
(16)
- Pasar Tamu Dan Peniaga Kecil Akan Terpinggir Di Ba...
- Tahun Baru Maal Hijrah 1433 Masa untuk mengubah Ma...
- Penduduk Baram Tidak Memerlukan Padang Golf Tapi K...
- MCA Hina Islam, UMNO/Perkasa Buat Apa???
- 1 Meter Air Untuk 1 Kampung Sungai Dalam Di Miri
- Pengguna Marah Bayar Air Percuma Pada LAKU!!!
- Wakil Rakyat BN Sarawak Ramai Tapi Takut Bersuara ...
- SUPP Tiru PAS Untuk Tarik Pemuda!!!
- Apa Peranan Menteri Agama Islam Terhadap Umat Isla...
- Guru Semakin Stress Akibat Kerja Terlebih Masa !!!
- Jambatan Piasau Baru Perlu Bagi Laluan Alternatif ...
- PRU 13: PR Sarawak Berikrar Tumbangkan BN
- Tiang Lampu Jalan Ada Tapi Tidak Menyala !!!
- Ada Gelanggang Serba Guna Tapi Tidak Berguna.
- Ke Mana Perginya Peruntukkan Berbillion Ringgit Un...
- Rakyat Sedia Bersama PAS Menuju Negara Malaysia Se...
-
▼
November
(16)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment