Akibat Lampu Jalan Gelap Berlakunya Gelaja Tidak Bermoral
Gambar Hiasan Lampu Jalan Tidak bernyala

MIRI - Masalah lampu jalan yang tidak menyala di kawasan Kg Sealine, Lutong dimana terdapat sebuah tong sampah warna hijau di tepi jalan menuju ke kubur orang Islam di Batu Satu jalan ke Kuala Baram sudah lama berlaku. Seorang penduduk yang tinggal ditepi jalan tersebut telah mengadu kepada PAS Miri, YB DAP dan YB Senadin agar pihak SESCO dapat mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut beliau semenjak 3 tahun yang lalu kawasan ini seperti hutan rimba,gelap dan menakutkan. Apa yang menakutkan beliau ialah ramai kumpulan anak-anak muda yang minum arak dan berkumpul beramai-ramai di kawasan tersebut pada waktu malam.

Katanya lagi ketika penghuni tidak ada di rumah atau pergi bercuti balik kampong selalu juga barang-barang yang di simpan di luar rumah hilang. Ada kalanya beliau mengejar budak-budak yang membuat bising di hadapan rumahnya. Mereka selalunya lari ke tempat gelap di kawasan jalan tersebut. Dengan adanya lampu jalan (bukan semua) di pasang semula kemungkinan kejadian yang tidak diingini boleh dikurangkan. Kita mendesak agar pihak SESCO bertindak segera dengan memasang lampu jalan tersebut . Kita juga minta pihak keselamatan seperti Polis agar sentiasa mengawasi tempat tersebut dari sebarang gejala yang tidak sihat demi menjamin keselamatan penduduk yang tinggal dalam kawasan tersebut.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai dan bertindaklah secara adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik

PAS Miri
Jofri Jaraiee

English version

Dark Street Light Cause the Immoral Activities
MIRI - The problem of street lights are not lit in the Kg Sealine, Lutong where there is green trash on the streets leading to the Muslim cemetery at Batu Satu way to Kuala Baram had been happening long time ago. A resident who lives beside the road has complained to the PAS Miri, YB DAP and YB Senadin urge SESCO to take immediate action to resolve the issue. According to him this has been happening since 3 years ago where this area, just like a forests, dark and scary. What is frightening him is that many of youngsters who drink alcohol and gather in the area at night.

He said when the residents were not at home or goes on vacation often their goods stored outside the house is lost. At once times he was chasing the youngsters who make noise in front of his house. They often run into the dark in the street. With the street lights (not all) are installed in the possibility of untoward incidents can be reduced.

We urge the SESCO to act quickly to install the street lights. We also urge the security forces like the police to always monitor the place from any symptoms that is not healthy to ensure the safety of people living in the area. The cooperation with the parties concerned is very much appreciated and act fairly regardless of race, religion and political belief.


***Lampiran Surat Pengadu di bawah

Douglas Ajon Miggi,
L/S. 03c/03,Kg Sealine,Jln Lutong-Kuala Baram
Lutong.
9 November 2011
Kepada:
General Manager,
SESCO, Pujut Satu,
Miri –Kuala Baram road,
Miri
Tuan,


Permohonan Menyalakan Tiang Lampu Di kawasan Kg Sealine, Lutong
Salam sejahtera
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ada lah warga Malaysia dari suku kaum Dayak Iban,telah beberapa lama tinggal di Kg.Sealine,Lutong. Negeri Sarawak ada lah tempat yang indah dan penduduknya bersopan santun tetapi kebelakangan ini sudah berkurangan disebabkan transfomasi ekonomi dan politik yang tidak memihak mereka.Saya ada lah ahli AJKK bekas Tentera darat dan juga bekas Tentera Darat pertama regiment Ranger dan sudah tahu pait manis nya menentang terroris di hutan.Walaupun Sarawak negeri yang besar dan kaya tetapi macam macam masalah timbul. Saya berharap masalah ini tidak di impot ke Sarawak lagi. Satu masalah lagi ia lah lampu jalan dari pada rumah sampah warna hijau kepada kubor Islam Batu satu,jalan Kuala Baram.
Dahulu api di kawasan ini menyala tetapi semenjak 3 tahun yang lalu kawasan ini seperti hutan rimba,gelap dan menakutkan. Apa yang menakutkan ramai kumpulan orang muda minum arak danLain lain keramaian. Kalau kita tidak berada atau pergi bercuti balek kampong selalu juga barang-barang yangDisimpan di luar rumah hilang. Adak kala saya mengejar budak-budak membuat bising di hadapan rumah. Mereka selalunya lari ke tempat gelap di kawasan jalan. Denga adanya lampu jalan (bukan semoa) menjala semula mungkin kejadian yang tiak di ingini boleh berkurangan. Ta payah macam Kerteh atau Kemaman di Trengganu, 4 -5 tiang lampu menyala pun cukup.Kita berharap pihak SESCO dan Menteri berkenaan dan YB kawasan Senadin dan Sea Line dapat memberi pertimbangan dengan beberapa beratnya.
Yang benar,
___________________________________
Douglas ajon miggi.
Cc:
YB Datu Lee Khim Shin, BN SUPP
YB Alan Ling Sie Kiong – Pakatan Raayat
Yang Bahagia Hj Jofrie – Ke tua PAS Miri
Pegawai Polis,Lutong.