Hakisan Tanah Di Kampung Batu Satu Masih belum dapat diatasi
Kawasan belakang rumah en Zainal terkena hakisan tanah

MIRI - Kampung Batu Satu, Kuala Baram terletak di bahagian utara Miri dalam kawasan DUN Senadin. Penduduk di situ kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan juga bekerja sendiri. Masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Batu 1 adalah hakisan tanah dipinggir Sungai Batu Satu.

En Zainal Tar salah seorang penduduk di kampung tersebut telah banyak kali mengadu dan memohon agar pihak berkuasa dan yang berkenaan dapat membuat sesuatu untuk mengelak ancaman hakisan tanah di kampung tersebut.

Beliau mengadu kepada PAS Miri kerana pihak yang berkenaan langsung tidak ambil peduli akan nasib penduduk kampung yang diancam hakisan tanah tersebut . Beliau sudah memohon secara bertulis kepada pihak berkenaan sejak tahun 2009, 2010 sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil untuk menimbus tanah atau batu di kawasan tersebut.
En Zainal menunjuk kawasan yang terkena hakisan tanah dibawah rumahnya

Beliau memohon pihak yang bertanggungjawab dalam hal Pengairan dan Saliran agar segera membersihkan sungai tersebut dan juga menimbus tanah batu di sekitar kawasan rumahnya sebab rumahnya sekarang diancam hakisan tanah yang agak teruk setiap kali air pasang berlaku.


Menurut beliau ada enam kawasan peparitan perumahan di Tudan 4 sudah dipasang dengan Calvert dan kerja mendalamkan peparitan sudah pun dijalankan, mengapa kawasan perumahan beliau masih belum ada sebarang tindakan diambil sedangkan beliau sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak yang berkenaan. Mengapa mesti ada pilih kasih dalam hal yang melibatkan kebajikan rakyat?
Beliau sudah lama membuat pemohonan serta aduan kepada pihak berkenaan seperti Biro Pengaduan Awam dan media kerajaan seperti RTM dan juga media tempatan sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil maka beliau memohon jasa baik serta sokongan dari pihak PAS dan juga Pakatan Rakyat untuk membantu beliau menyelesaikan masalah tersebut dengan segera .


Akibat hakisan tanah dari sungai Batu Satu

Pihak kami juga pernah menghubungi Pusat Talikhidmat untuk mengetahui kedudukan kes yang berkaitan dengan aduan Zainal Tar yang bernombor rujukan 20100825-016 dan pihak kami di beritahu yang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memberi maklum balas pada 30hb Ogos 2010 yang menyatakan bahawa pihak mereka masih menunggu peruntukan dari ibu pejabat JPS untuk mengatasi masalah ini.
Belakang dapor rumah en Zainal yang teruk akibat hakisan tanah

Apabila pihak kami dapati pihak yang berkenaan masih belum dapat menyelesaikan masalah tersebut maka pihak kami telah membuat aduan baru sekali lagi dengan isu yang sama ke pusat Talikhidmat bagi pihak Zainal Tar dengan nombor rujukan 20111129-0028 pada 29 November 2011.

Kami mendesak agar pihak JPS memberi perhatian dan mengambil tindakan segera aduan yang baru kami laporkan ini dari terus berlarutan tanpa sebarang tindakan.
Apa peranan JPS dan juga wakil rakyat di kawasan tersebut jika keluhan rakyat tidak diambil tindakan. Kemana perginya peruntukan berjuta-juta ringgit yang sudah diperuntukan untuk penduduk luar Bandar digunakan? Janganlah biarkan aduan rakyat terus diabaikan tanpa sebarang tindakan diambil sehingga boleh mengancam nyawa serta kerosakkan harta benda penduduk dikawasan yang diancam hakisan tanah.

Harapan kami agar pihak yang berkenaan dapat selesaikan masalah ini secepat mungkin sebelum berakhirnya tahun 2011 kerana kami tidak mahu lagi mendengar aduan rakyat menghadapi masalah yang sama berterusan sepanjang tahun. Laksanakanlah tugas kamu dengan jujur, amanah dan sebaik yang mungkin tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.

Sekali lagi kita mendesak agar pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sarawak dan juga wakil rakyat di kawasan tersebut bertindak dengan segera mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan tanpa ada penyelesaian.




Balai Suarah Kpg Batu Satu yang terbiar tanpa sebarang tindakan untuk memperbaikinya

Jangan biarkan rakyat terus menunggu dengan penuh harapan tanpa sebarang tindakan diambil. Begitu juga dengan janji yang pernah dijanjikan kepada rakyat semasa pilihanraya yang lalu tapi tidak pernah dilaksanakan. Perkara semacam ini sepatutnya tidak berlaku jika kerajaan benar-benar perihatin dengan masalah rakyat. Mengapa perlu mengambil masa yang begitu lama untuk menyelesaikannya?

Kita harap mesej ini sudah cukup jelas untuk pihak yang berkenaan mengambil tindakan segera tanpa prajudis. Kita menyeru kepada mereka yang berkenaan agar bersikap secara adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Insya-Allah PAS dan Pakatan Rakyat akan sentiasa membantu orang ramai sehingga setakat kemampuan mereka.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

English version
Land erosion In Kampung Batu Satu still cannot be resolved
MIRI - The Kampung Batu Satu, Kuala Baram is located in the northern part of Miri in DUN Senadin area. Mostly residents work as fishermen and the self-employed. The problem faced by residents in the Kampung Batu Satu is land erosion by the Batu Satu River.
Mr. Zainal Tar one of the villagers have complained many times and request to the relevant authorities to do something to avoid the threat of land erosion in the village.

He complained to PAS Miri because the parties concerned did not take care about the fate of the villagers who are threatened by the land erosion. He has applied in writing to the authorities since 2009, 2010 to date no action had been taken to cover the ground with stones in the area.

He sought those responsible in the case of Irrigation and Drainage to immediately clean up the river and fill stones the ground around the house because his house is now threatened with severe land erosion each time the high tide occurs.
Mr. Zainal pointed affected area of soil erosion under his house

He said there were six residential drainage area in Tudan 4 is fitted with Calvert and deepen the drainage works have already been held, why his residential areas still no action had been taken while he has been often make a complaint to the relevant authorities. Why is there favouritism in the case involving the welfare of the people?

He had been making the application and report to higher authorities such as the Public Complaints Bureau and government media, such as RTM and local media so far no action had been taken, then he is seeking services as well as support from the PAS and Pakatan Rakyat to help him solve the problem as soon as possible.

We have also been calling Talikhidmat to know the case related to Zainal Tar complaint reference numbered 20100825-016 and they inform us that the Department of Irrigation and Drainage (DID) has responded on 30th August 2010 indicating that they are still awaiting the provision of DID's headquarters to solve this problem.

When we find out that the relevant authorities are still not able to resolve the issue then we have a new complaint again with the same issues to the Talikhidmat centre on behalf of Zainal Tar with reference number 20111129-0028 on 29th November 2011.

We urges the DID to pay attention and take immediate action to our new complaints as reported from continues without further action.

What is the role of DID and also representatives of the people in the area if the complaints of the people are not taken actions. Where did the allocation of millions of ringgits that have been allocated for rural residents use?

Do not let the complaints of the people continue to be neglected without further action taken that could threaten the lives and damages to property which is threatened by residents in the area of soil erosion.

Our hope that the relevant authorities can resolve this problem as soon as possible before the end of 2011 because we do not want to hear complaints of the people faces the same problem continuously throughout the year. Perform your duties with honesty, trust, and as soon as possible, regardless of race, religion and political belief.

Once again we urge that those responsible such as the state Department of Irrigation and Drainage (DID) and also the representatives in the area to act promptly to address this problem from prolonged without any solution.

Do not let people continue to wait in hope without further action taken. Similarly to the promise that had been promised to the people during the last elections but never implemented. Things like this should not happen if the government is really concerned with people's problems. Why take such a long time to solve it?

We hope that this message was quite clear to the relevant authorities to take immediate action without prejudice. We urge those concerned to be fairly to all regardless of race, religion and political belief. God willing, PAS and Pakatan Rakyat will always help people up to the extent of their capabilities.