Awal pagi ini sebanyak 12 pasukan gabungan dari ahli cawangan setiap parti komponen Pakatan Rakyat Miri telah menganjurkan Bowling Ukhuwah Pakatan Rakyat Miri di Pusat Bowling Bintang Mall bagi meningkatkan persefahaman dikalangan petugas pilihanraya PR menjelang tahun baru 2012.

Setiap pimpinan parti hadir terdiri YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri Jaraiee,YB Piasau ,Alan Ling dan Dr Michael Teo(PKR),bekas calon Senadin. Pertandingan dijalankan dalam suasana santai dan penuh mesra bagi mengeratkan kerjasama bagi ketiga-tiga parti.

Pasukan Pemuda Pakatan Rakyat B terdiri dari Akram(PAS),Bill Kayong(PKR) dan Chua(DAP) telah muncul juara dengan jatuhan pin 1161 selepas tiga pusingan kejohanan menewaskan Pasukan Remaja Miri C pin sebanyak 1158 untuk mucul juara. Wakil PKR Suadara Awang(PKR) telah menjadi Pemain Terbaik dengan jumlah pin tertinggi sepanjang perlawanan,Sementara Saudara James Churchill(Dewan Himpunan Penyokong PAS) dipilih pemain paling bergaya pada pertandingan tadi.

YB Ling dalam penutup program, menyuarakan harapan dengan kehadiran 2012,yang mana angka 2 dibelakang tahun itu menjadi saksi kemunculan sistem 2 parti di Malaysia dan mengharapkan kerjasama PR Miri ini diteruskan dengan istiqamah bagi memastikan kecemerlangan PR Miri menawan dua kerusi Parlimen iaitu Miri dan Sibuti.