Melihat perkembangan dan sokongan yang semakin meningkat naik di kawasan parlimen Miri dan Sibuti,adalah tidak mustahil kedua dua Parlimen ini jatuh ketangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Parlimen yang dijadualkan tidak lama lagi. Bersempena program penerangan PAS Pusat bersama Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak selama 2 hari bermula Rabu 28 Disember lalu,lebih 12 pimpinan PAS Pusat turun menjelajah setiap Parlimen yang menjadi sasaran bagi PAS Sarawak. Di Bahagian Miri ,yang terletaknya dua Parlimen ,Miri dan Sibuti ,YAB Datuk Seri Ir Hj Muhammad Nizar dan Ustaz Idris Ahmad telah mengetuai misi disini.
Sebaik tiba di Miri pada petang Rabu,satu majlis makan malam Pakatan Rakyat anjuran bersama Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Miri dan Sibuti dan Sekreteriat Pakatan Rakyat Miri di Eastwood Valley,Jalan Miri-Bintulu. Kehadiran mencecah 400 orang dengan hampir 40 buah meja terjual .
Pimpinan yang hadir termasuk ,Naib Presiden DAP merangkap Ahli Parlimen Kuching,YB Chong Chien Jen dan Cikgu Badrul Shahrin atau lebih dikenali Chegu Bard. Pimpinan tempatan termasuk YDP PAS Miri ,Tuan Haji Jofri dan YB Alan Ling dan YB Fong dari DAP serta pimpinan PKR turut serta.
Pimpinan disemua peringkat telah menyatakan bahawasanya misi Pilihanraya ke 13 adalah pertentangan antara haq dan batil selain ketia tiga parti bersetuju untuk terus dalam Muafakat politik bagi menumbangkan rejim Barisan Nasional. Kegagalan Taib Mahmud untuk menunaikan janji untuk berundur bakal membangkitkan lagi sentimen anti Barisan Nasional ,seterusnya melakar perubahan bersejarah dagi Pakatan Rakyat. Dengan sasaran sekurang kurangnya 10 Parlimen dari sejumlah 31 Parlimen Sarawak,Pakatan Rakyat berkira kira Parlimen Miri dan Sibuti yang kini dipegang oleh Barisan Nasional bakal jatuh ketangan PR sekiranya sistem pilihanaraya tidak dicemari penipuan ditambah dengan gerakerja sepakat dan kuku antara ketiga tiga parti komponen PR di Miri dan Sibuti ini.
Pada malam tersebut Dana PRU 13 telah dilancarkan dan Datuk Seri Nizar telah sudi melancarkan Buku Negara Berkebajikan tawaran PAS yang mendapat sambutan menggalakan hadirin. Program sebelah pagi dan petang Khamis yang diatur pula melibatkan pertemuan dengan pengundi dan program kebajikan di sekitar Pasar Tamu di Miri ,Permyjaya dan Sibuti turut membuktikan pernerimaan PAS sebagai satu daripada elemen terpenting Pakatan Rakyat di Sarawak. Walaupun program cuba dihalang pihak Cawangan Khas untuk mengugut pengundi sekitar,namun semuanya berjalan lancar . Pada malam sebelum keberangkatan pulang,kedua pimpinan telah memberikan taujihat kepada semua petugas PAS Kawasan Miri dan Sibuti dalam memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
Heran....camner dikatakan program korang berjaya sedangkan ada program contohnya di Kg, T.A.R Lambir langsung takde orang. Dah la tu aku rasa program pun main tangkap muat.....program pukul 2.30 petang tapi jam 1.00 tengahari baru sibuk-sibuk nak cari nama untuk diberikan bantuan yang kononnya atas nama kebajikan. Program ko orang tak silap aku dalam sebulan lepas ditempat yang sama pun gagal gak. Ko orang mungkin terpelajar tapi malangnya tak pernah belajar....
Terima kasih atas komen tersebut. Harap kitak boleh bantu PAS Miri macamana nak sucess dalam perjuangan jangan jadi pemerhati ajak..walaubagaimana pun diucap selamat tahun baru pada saudara kerana jadi pemerhati yg setia pada PAS. Harap dapat bagi tips yang boleh membina kekuatan PAS Miri khasnya untuk maju kehadapan.