Selesai masalah dalaman parti, Jangan gunakan media BN
Masalah dalam parti sepatutnya jangan dibincang dalam media atau pun secara terbuka yang boleh menjejaskan imej parti. Kita minta mereka yang mempunyai sebarang masalah peribadi atau dengan sesama ahli, jangan gunakan media kerajaan untuk meluahkan perasaan sebab sekarang ini media BN sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengadu domba setiap masalah yang ada dalam Pakatan Rakyat.
Imej PAS boleh terjejas sekiranya berlaku pertelingkahan antara pemimpin jadi tolong hentikan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti dalam media kerajaan. Perkara semacam ini boleh dibincang dalam peringkat dalaman bukan perlu disebarkan diluar parti. Kita tidak mahu imej PAS terjejas sekiranya terjadi ahli atau wakil rakyat PAS melompat parti. Perkara ini patut diambil perhatian kepada mereka yang sudah dipilih jadi wakil rakyat. Waktu pilihanraya sudah hampir janganlah biar perkara ini terjadi dalam PAS.
Kita kena pertahankan imej PAS demi menjaga nama Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Kalau mereka yang sudah terpilih jadi wakil rakyat hendak keluar parti memang hak mereka tetapi ini bukan waktu sesuai sebab mereka dipilih jadi wakil rakyat atas sokongan ahli,penyokong dan juga rakyat bukan atas kemenangan peribadi.
Adalah malang sekali kalau perkara ini berlaku dalam PAS sebab sesudah mereka dilantik menjadi wakil rakyat mereka mengkhianati amanah rakyat yang sudah memilih mereka kecuali berlaku penyelewengan atau parti yang mereka wakili itu sudah nyata sesat dan menyesatkan.
Harap perkara ini dapat dibincang secara baik dan dalam suasana yang tenang, jangan jadi perselisihan pendapat menyebab imej parti terjejas. Kita boleh mempunyai berbagai-bagai pendapat bukan bermakna apabila pandangan dan pendapat kita ditolak kita terus merajuk dan menyepi diri dari arus perjuangan.
"Jika kamu berselisih pendapat maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul-Nya (Sunnah-nya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian, yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya." An-Nisa’ ayat 59 Bersatulah kerana Allah demi kebaikan untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS Miri
Jofri Jaraiee
English version
Solve Party Internal problem, Do not use the BN media
Problems in the party should not be discussed in the media or in public that could affect the party's image. We ask those who have any personal problem or with fellow members, do not use government media to express their feelings because now the BN media is trying the best possible to make evils in the People's Alliance.
PAS image can be affected in the event of conflict between the leaders, so please stop making statements that might affect the image of the party in the government media. Things like this can be discussed in the internal level and not to be disseminated outside the party.
We do not want the image of PAS affected if there members of PAS or PAS MPs jump ship. This should be noted for those who are selected to be representative of the people. Election time is near do not let this happen in PAS.
We have to defend the image of PAS in order to protect the name of Islam of PAS over the years. If those who have been selected to be representative of the people want to quit the party is their right, but this is not the appropriate time because they are chosen to be representative of the people on the support of members, supporters and also the people, not on a personal victory.
It is unfortunate if this happens in PAS because after they are appointed as representatives of the people they betrayed the trust of the people who have chosen them, except cases of deviation or the party they represent is obvious sinners.
Hope this matter can be discussed amicably and in calm, do not be differences of opinion causes the party's image affected. We can have many different opinions does not mean that when our views and opinions rejected we keep on insisting and abandonment of the current struggle.
“O you, who have believed, obey Allah and obey the Messenger and those in authority among you. And if you disagree over anything, refer it to Allah and the Messenger, if you should believe in Allah and the Last Day. That is the best [way] and best in result”. An-Nisa’ verse 59 Let us unite for the sake of Allah and for the good of all regardless of race, religion and political belief.
Jangan Rosakkan Imej PAS Sebab Masalah Peribadi
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2011
(227)
-
▼
December
(15)
- Bowling Ambang 2012 perkukuh ukhuwah komponen Paka...
- Misi Tawan Miri dan Sibuti
- Surat Terbuka Buat Lembaga Amanah dan Kebajikan Me...
- Apa Dah Jadi Dengan Laluan Basikal Di Miri?
- Pagar Keluli Boleh Mencegah Jenayah Jalanan?
- Apa nak Jadi Dengan Kampung Pasir?
- Jangan Rosakkan Imej PAS Sebab Masalah Peribadi
- Kerana Duit Manusia Sanggup Berebut!!!
- Sealine Jadi Tempat Pembuangan Sampah!!!
- Wakil Rakyat Jangan Lupa Diri Bila Sudah Terpilih
- Siapa Yang Kena??? Pukul Anak Sindir Menantu!!!
- Mana Peruntukan Untuk Masjid Di Sarawak?
- Taman Awam Kurang Selamat Untuk Kanak-kanak Kecil ...
- Jalan Ke Taman Negara Sarawak Teruk, Apa Tindakan ...
- Ancaman Hakisan Tanah Di Kpg Batu Satu Apa Tindaka...
-
▼
December
(15)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment