Naib Presiden UMNO Menyindir Ketua Menteri Sarawak
Memetik kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam utusan borneo yang mengatakan “Pembangkang tak mahu beri laluan kepada yang muda” secara tidak langsung menyindir ketua menteri Sarawak yang sudah berumur lebih 75 tahun dan juga sudah lama memerintah Sarawak lebih dari 30 tahun. Kenyataan Shafie Afdal juga secara tidak langsung menyindir Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak (TYT) Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng yang sudah berumur 90 tahun tapi masih lagi dilantik menjadi TYT seolah-olah tiada orang muda yang boleh mengantikannya.
Menurut Mohd Shafie, pendirian Nik Abdul Aziz, 80, ini bertentangan dengan langkah Barisan Nasional (BN) yang bersedia meletakkan lebih ramai calon muda dalam PRU akan datang. “Kita sudah bersetuju untuk mengetengahkan calon muda supaya dapat menjadi barisan pelapis kepada kepimpinan yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Bekalan Air Luar Bandar di Kampung Kuala Sibuti di sini, semalam.
Kita mempertahan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin sebab beliau seorang yang jujur, amanah, ikhlas dan tidak menyalahgunakan kuasa sepanjang beliau memerintah negeri Kelantan. Sekiranya Ketua Menteri atau menteri besar Barisan Nasional juga boleh membuat demikian rakyat tiada masalah untuk menerima pimpinan mereka. Ini bukan persoalan umur tetapi lebih kepada integrity yang perlu diambil kira.
Kita minta pemimpin Umno/BN jangan membandingkan pemimpin mereka dengan pemimpin PAS/Pakatan Rakyat sebab selama ini banyak berlaku penyelewengan dan penyalahguna kuasa oleh pemimpin Umno/Bn yang sudah didedahkan oleh blog dan media tetapi mereka masih tetap juga memegang tampuk pemerintahan tanpa rasa malu dan bersalah.
Rakyat mahu mereka yang jujur,amanah dan mereka yang ikhlas memikul tanggungjawab sebagai pemimpin mereka tidak kira tua atau muda tetapi integriti yang lebih penting. Rakyat mahu peminpin yang adil untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik untuk memimpin mereka bukan mereka yang pentingkan diri sendiri.
PAS Miri
Jofri Jaraiee

English version
UMNO vice president insinuated Chief Minister of Sarawak
A quote from Umno vice-president Datuk Seri Mohd Shafie in the Utusan Borneo press say "The opposition did not want to give way to young" insinuated indirectly Sarawak chief minister whose was already over 75 years and has also ruled Sarawak for more than 30 years. Shafie Afdal statement also indirectly insinuated Tuan Yang Terutama (His Excellency) Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng which was already 90 years old but still appointed to HE (His Excellency) as if no young person can be replaces.
According to Mohd Shafie, the stand of Nik Abdul Aziz, 80, is contrary to the measures the Barisan Nasional (BN) are willing to put more young candidates in the next general election. "We have agreed to highlight the young candidates to become line of succession to the existing leadership," he told reporters after launching the Rural Water Supply project in Kampung Kuala Sibuti here today.


We defend Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat as a leader because he was honest, trustworthy, and sincere and not abuse his power during his rule over the state of Kelantan. If the Mentri Besar or Chief Minister of the National Front (BN) can do that people have no problem to accept their leadership. This is not a question of age but more to the integrity that should be taken into account.
We ask the leaders of Umno / BN leaders do not compare them with the leaders of PAS / PR because all this rampant fraud and trespasser power by Umno / Bn which was exposed by bloggers and media, but they are still in power without shame and guilt.People want them to be honest, trustworthy and those who sincerely accept responsibility as their leader no matter old or young, but integrity is more important. People want leaders who are fair to all citizens regardless of race, religion and political belief to lead them not their selfishness.