Siapa Sebenarnya Menghina Rakyat Sarawak?
Kita ingin mengulas sedikit tentang kenyataan Abdul Karim Rahman Hamzah dalam Borneo Post bertajuk “Hadi as prime minister bad for S’wakians" atau “Hadi sebagai Perdana Menteri Tidak Baik Untuk Penduduk Sarawak”.
Kenyataan ahli majlis tertinggi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah dan beberapa pemimpin BN (Barisan Nasional) Sarawak yang menolak Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri dengan alasan kerana Abdul Hadi Awang pernah mengucapkan kata-kata menghina penduduk asal Sarawak. "Bukankah orang ini yang memperkecilkan penduduk asli Sarawak masih mundur, masih pakai 'cawat' atau pakaian pinggang dan tidak tahu bagaimana untuk mengundi? "
Adakah hanya dengan alasan ini menyebabkan Haji Abdul Hadi ditolak oleh penduduk Sarawak? Ini adalah alasan budak-budak yang baru masuk sekolah rendah, jangan hanya disebabkan kenyataan beliau yang diputar belit oleh pihak media dan pemimpin BN menyebabkan penduduk Sarawak takut dan menolak seorang yang dikenali sebagai seorang yang amanah dan jujur dalam menjalankan tugasnya sebagai pemimpin.
Itu saja alasan mereka untuk menolak Haji Abdul Hadi Awang sebagai PM bukan disebabkan ada kes rasuah atau penyelewengan kuasa. Perlu diingat bahawa yang berhak menentu atau memilih PM adalah rakyat Malaysia bukannya pemimpin BN. Kalau pemimpin BN Sarawak menolak dan tidak suka Haji Abdul Hadi Awang sebagai PM bukan bermakna semua rakyat Sarawak sependapat dengan pemimpin BN.
Sekarang penduduk asal Sarawak sudah sedar siapa sebenarnya yang menghina dan menipu mereka selama ini. Selama ini penduduk asal Sarawak masih lagi ketinggalan dalam arus pembangunan, Ada yang masih hidup dalam hutan memburu dan mencari makanan untuk meneruskan kehidupan. Mereka hidup dalam keadaan daif dan miskin disebabkan tiada pembangunan dan infrastruktur dalam kawasan mereka.
Jalanraya atau jalan penghubungan di pedalaman Sarawak amat teruk dan sukar dimasuki. Ini adalah kenyataan bukannya perkara rekaan semata-mata. Kalau tidak percaya cuba masuk ke dalam pedalaman Sarawak. Tiada jalanraya yang baik kecuali jalan lori balak dan menggunakan sungai yang berliku-liku.
Dimana peruntukan berbilion-bilion ringgit untuk penduduk di pedalaman Sarawak, yang sepatutnya dinikmati oleh mereka tapi masih lagi Sarawak di katagori sebagai negeri termiskin dalam Malaysia?
Inilah penghinaan sebenar kepada penduduk Sarawak terutama sekali penduduk yang tinggal di pedalaman. Mereka seolah-olah hidup di zaman penjajah, kehidupan mereka terabai hanya waktu pilihanraya barulah nampak pemimpin-pemimpin BN turun menjengok mereka dengan memberi sedikit habuan dan hiburan yang melalaikan mereka. Mereka dihiburkan dengan tarian dan minuman yang memabukkan dan akhirnya mereka tidak sedar yang tempat tinggal mereka telah tergadai diambil oleh syarikat-syarikat perladangan dan sebagainya. Isu-isu tanah penduduk asal Sarawak sampai sekarang masih belum selesai dan dipandang sepi oleh pemimpin BN, seolah-olah penduduk asal menumpang di tanahair sendiri.
Mengapa pemimpin BN sangat takut dengan PAS dan Pakatan Rakyat? Hanya orang yang bersalah takut dan menolak seorang yang amanah, jujur dan adil sebagai ketua negara atau sebagai PM. Kalau kita tidak bersalah mengapa mesti takut, tiada sebab untuk takut umpama orang yang takut melihat pihak polis mengadakan sekatan jalanraya. Kalau ada lesen memandu dan cukai jalan tiada sebab untuk takut tapi apabila memandu tanpa lesen dan juga tiada cukai jalan sudah pasti orang itu akan mengelak dan takut kena saman polis.
Jadi fikir-fikirlah dengan baik tanpa ada sikap prejudis dan perkauman kerana Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri pun mengatakan bahawa yang penting Islam itu menang bukan dia ingin sangat hendak jadi PM. Sesiapa pun boleh jadi PM dengan syarat dia mesti amanah, jujur, ikhlas, adil dan diterima oleh semua rakyat Malaysia.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Who Is Actually Insulting Sarawakians?
We would like to comment a bit about the statement Abdul Karim Rahman Hamzah in Borneo Post entitled “Hadi as prime minister bad for S’wakians".
The statement of the PBB's supreme council, Abdul Karim Rahman Hamzah and other leaders of the BN (Barisan Nasional) Sarawak who reject PAS president Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang as a Prime Minister with the reasons because of Abdul Hadi Awang had uttered such words to insult the natives of Sarawak. “Isn’t this the chap who belittles the native of Sarawak as still backward, still pakai ‘cawat’ or loin clothes and don’t know how to vote?”
Does this reasoning only cause Haji Abdul Hadi rejected by the people in Sarawak? This is the reason of a kids who just go to primary school, don’t just because of his statement which was manipulated by the media and the BN leaders cause the population of Sarawak fear and reject a person known as a trustworthy and honest in performing his duties as a leader.
That's the only reason for them to reject Haji Abdul Hadi Awang as PM is not due to any corruption or abuse of power. Keep in mind that the right to assign or choose PM is Malaysian is not BN leaders. If BN leaders reject and do not like Haji Abdul Hadi Awang as PM not mean that all the people of Sarawak concur with the BN leaders.
Now the natives of Sarawak are already aware, who is actually insulted and deceived them over the years.
All this while the natives of Sarawak is still lagging in development, others still live in the wild hunt and looking for food to survive. They live in miserable conditions and poor due to no development and infrastructure in their area.
Road or road connectivity in rural Sarawak are very poor and inaccessible. This is a reality rather than a purely fictitious. If you do not believe, try to enter the interior of Sarawak. No good road except for logging trucks roads and use a meandering river.
Where is the allocation of billions of ringgit for the people in rural Sarawak, which should be enjoyed by them but still the state of Sarawak in categories as poorest in Malaysia?
This is a real insult to the people of Sarawak, especially those living in remote areas. They seem to live in colonial times, their life is uncertain just when the election did see BN leaders going down, look at them with a little goodies and entertainment that overpass them. They were entertained with dance and intoxicating liquor and finally they do not realize that their homes was mortgaged taken by the plantation companies and so forth. Land issues of natives of Sarawak until now remains unresolved and ignored by the BN leaders, the original inhabitants seemed to be hitching at thier own homeland.
Why BN leaders so afraid with PAS and Pakatan Rakyat? Only the guilty afraid of and reject an honest and fair as the head of state or as PM. If we are not guilty why be afraid, no reason to be afraid of as the afraid of see the police set up roadblocks. If there is a driving license and road tax is no reason to be afraid but when driving without a license and no road tax is certainly the person will avoid and afraid of the police summoned.
So well thought-Think without prejudice and racism because of Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang himself said that Islam was an important to win not he is eager to become PM. Anyone can become PM with the requirement that he must be trustworthy, honest, sincere, fair and acceptable to all Malaysians.
0 Comments Received
Post a Comment