Maal Hijrah 1434 Tahun Baru Untuk Rakyat Malaysia
Pada 15hb November 2012 bersamaan dengan hari Khamis, 1 Muharram 1434 Hijrah adalah tahun baru bagi umat Islam.

Hijrah merupakan tarikh kalendar Islam. Ia bermula pada tahun bulan di mana Nabi Muhammad (saw) berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Tarikh Hijrah juga menandakan permulaan tahun dan tarikh baru bagi umat Islam. Di dalam Takwim Hijrah, asas kalendarnya adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi.

Ianya merupakan takwim yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini merupakan kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 355 hari dalam setahun.

Menurut sejarah, Hijrah mula diperkenalkan di dalam tahun 638 TM oleh sahabat rapat Nabi dan Khalifah yang kedua, `Umar ibn al-Khattab (592-644 TM).

Beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan sebelum ini oleh bangsa-bangsa Arab dan juga bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Muharram telah dipilih sebagai bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Pada bulan ini Allah melarang kaum muslimin untuk berperang. Dalam penafsiran lain adalah larangan untuk berbuat maksiat dan dosa. Namun bukan bererti berbuat maksiat dan dosa boleh dilakukan pada bulan-bulan yang lain.

Memandangkan kalendar Islam adalah kalendar lunar, Muharram bergerak dari tahun ke tahun apabila dibandingkan dengan kalendar Gregorian.

Sempena dengan kedatangan awal bulan Muharram pada tahun ini, marilah kita semua menyambutnya dengan semangat muhibah dan harmoni. Janganlah kita bergaduh sesama sendiri disebabkan oleh berlainan bangsa, agama dan fahaman ideologi.

PAS Sarawak ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1434 kepada semua masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman ideologi. Sama-samalah kita menyambutnya dengan azam yang baru.

Kita hendaklah berazam untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Hijrah yang bermaksud berpindah atau beralih daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada yang lebih baik lagi dan seterusnya.

Inilah masanya untuk semua rakyat Malaysia bersatu kearah perubahan yang lebih baik dari sebelumnya agar segala kepincangan selama ini dapat diubah dengan memilih pemimpin yang adil dan saksama untuk semua.

Tahun baru Hijrah adalah permulaan yang baik untuk kita memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan selama ini.

Semoga pada tahun baru Hijrah 1434 ini, akan berlaku satu penghijrahan dan perubahan yang lebih besar, yang lebih baik untuk diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan juga negara kita dari sebelumnya. Insya-Allah

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
1434 Maal Hijra New Year  For Malaysians
On 15th November 2012 is equivalent to 1st Muharram, Thursday, 1434 Hijra is the new year for the Muslims.

Hijra is the Islamic calendar date. It began in the month in which the Prophet Muhammad migrated from Mecca to Medina.

Hijra date also marks the beginning of the year and the new date for the Muslims. In the Islamic calendar, calendar foundation is based on the movement of the moon around the earth.

It is the calendar, which is widely used in most of the Muslim countries to determine the important days of Islam. This calendar is a lunar calendar (based on month), and has about 355 days a year.

According to history, Hijra was first introduced in 638 CE by the Prophet close friends and the second Caliph, `Umar ibn al-Khattab (592-644 CE).

He ('Umar) wanted a calendar / Islamic taqwim specially to replace a varied reference calendar year, which is previously used by Arab nations and other nations at the time.

Muharram has been chosen as the first month in the Islamic calendar system (Hijra). Basically, Muharram means 'forbidden' or 'taboo', that God prohibits the making of war or bloodshed. In this month Allah forbids the Muslims to fight. In the other interpretation is the prohibition to do evil and sin. But it does not mean to do evil and sin can be done in other months.

As the Islamic calendar is a lunar calendar, Muharram moves from year to year when compared with the Gregorian calendar.

In conjunction with the early arrival of Muharram this year, let us all celebrate in the spirit of goodwill and harmony. Let us not fight each other due to different races, religions and ideological beliefs.

Sarawak PAS would like to wish the new year 1434 Hijra to all people regardless of race, religion and ideological beliefs. Let us celebrate the occasion with a new determination.

We shall strive to be better than before. Hijra which means to move or shift from bad to good, from good to better and so on.

It's time for all Malaysians, united towards a better change than before, so that all the deficiencies or lameness over the years can be changed by selecting a fair and just leader for all.

Hijra new year is a good start for us to improve our weaknesses and mistakes that we did over the years.

Hopefully in this new year 1434 Hijra, there will be a migration and greater changes, better for ourselves, our families, our communities and our country than ever before. Insha-Allah

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii