PAS Sarawak cadang Presiden tanding di Miri

Harakahdaily, 07 Nov 2012


MIRI: PAS Sarawak menyambut baik kesediaan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk bertanding di mana-mana yang parti fikirkan wajar termasuk di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, kesediaan itu wajar diberi perhatian oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kita juga sangat tertarik dengan hasrat beliau untuk bertanding di Sarawak, sekiranya parti yang mengarahkan beliau melakukannya.

"Kalau beliau diberi kesempatan untuk bertanding di Sarawak, kita cadang beliau bertanding di parlimen Miri kerana Miri adalah kawasan yang majoritinya Cina dan bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi pada sidang media semalam bahawa beliau sedia diletakkan bertanding di mana-mana termasuk Sabah dan Sarawak.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan kesediaan untuk bertanding di Pekan, Pahang iaitu tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Jofri yang juga Yang DiPertua PAS Miri berkata, kesediaan Tuan Guru Presiden itu mempamerkan keberanian seorang pemimpin menghadapi risiko walaupun semua tahu kawasan yang beliau hendak bertanding adalah tempat yang sukar untuk Pakatan menang.

"Beliau tidak hanya memilih tempat yang selamat seperti yang biasa pemimpin BN lakukan.

"Tiada yang mustahil untuk beliau memenangi atau menumbangkan pihak lawan sekiranya rakyat di tempat tersebut dapat menerima beliau sebagai penganti pemimpin utama negara," katanya.



Kenyataan PAS Sarawak
Presiden PAS Boleh Bertanding Di Sarawak

Hasrat Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Pekan, Pahang dan beliau juga sanggup bertanding di Sabah dan juga Sarawak sekiranya diarah oleh parti perlu diberi perhatian oleh Pakatan Rakyat.

Kita menyambut baik hasrat beliau untuk bertanding dimana saja walaupun ada yang sinis dengan hasrat beliau.

Tentulah sukar untuk beliau menang di tempat lawan lebih-lebih lagi di kawasan presiden Umno bertapak.

Walaubagaimana pun tiada yang mustahil untuk beliau memenangi atau menumbangkan pihak lawan sekiranya rakyat di tempat tersebut dapat menerima beliau sebagai penganti pemimpin utama negara.

Kalau Allah kehendaki sesuatu tiada yang mustahil cuma kita perlu berusaha keras, berdoa dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah.
           
Kita juga sangat tertarik dengan hasrat beliau untuk bertanding di Sarawak, sekiranya parti yang mengarahkan beliau melakukannya. Inilah contoh seorang pemimpin yang berani menghadapi risiko tanpa mengira tempat untuk bertanding, walaupun kita semua tahu kawasan yang beliau hendak bertanding adalah tempat yang sukar untuk Pakatan menang.

Beliau tidak hanya memilih tempat yang selamat seperti yang biasa pemimpin BN lakukan. Kalau beliau diberi kesempatan untuk bertanding di Sarawak, kita cadang beliau bertanding di parlimen Miri kerana Miri adalah kawasan yang majoritinya Cina dan bukan Islam.

Kita yakin pihak Pakatan boleh memberi laluan untuk Presiden PAS bertanding di Miri untuk membuktikan bahawa PAS untuk semua menjadi kenyataan. Kalau perkara ini berlaku inilah pertama kali buat PAS dan Pakatan Rakyat membuktikan bahawa perjuangan Pakatan Rakyat untuk rakyat bukan untuk kepentingan peribadi.

Perkara ini hanya boleh menjadi kenyataan kiranya semua pihak menyambutnya dengan hati terbuka tanpa ada perasaan prejudis. Kita perlu berfikir diluar kotak dan jangan terlalu sempit dengan semangat perkauman, sehingga hasrat rakyat ingin melihat perubahan hancur akibat terlalu mementingkan diri sendiri.

Perkara ini boleh dibincang secara serius dengan kata sepakat dari semua pihak agar tidak berlaku perasaan tidak puas hati dan sebagainya.

Kata sepakat membawa berkat.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

PAS President Can Compete In Sarawak

The intention of the PAS president Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang to compete in Pekan, Pahang and he also willing to compete in Sabah and Sarawak if instructed by the party should be given attention by the Pakatan Rakyat.

We welcome his desire to compete anywhere though some cynics with his aim.

It will be difficult for him to win on their travels, especially in the area of Umno president foothold.

However, nothing is impossible for him to win or defeating the opponent, if the people in the place can accept him as a replacement the main leaders of the country.

If God wills something, nothing is impossible but we need to work hard, pray and trust to God.

We were impressed with his desire to compete in Sarawak, if the party who instructed him to do so. This is an example of a leader who dared to take a risk regardless of the place to stand, even though we all knew the area which he wanted to compete is the place which is difficult for Pakatan to wins.

He did not just pick a safe place as usual BN leaders do. If he is given a chance to compete in Sarawak, we suggest he competed in Miri parliamentary because Miri is the area of the Chinese and non-Muslim majority.

We are confident that the alliance could pave the way for PAS President contested in Miri to prove that PAS for all become a reality. If this happens this is the first time for the PAS and Pakatan Rakyat coalition proves that the struggle for the people and not for personal gain.

This matter can only become a reality if all parties welcomed him with open heart without any prejudices.

We need to think outside the box and do not be too narrow by racism, until the will of the people want to see changes destroyed by too selfish.

These matters can be discussed seriously with the consensus of all parties so as to avoid dissatisfaction and so on. Consensus was a blessing.

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii