Hanya Orang Bersalah dan Berdosa Besar Takut Hudud!
Mengapa Takut Hudud?
Hudud bermaksud "had", atau "sekatan" adalah perkataan yang sering digunakan dalam kesusasteraan Islam untuk batas tingkah laku yang boleh diterima dan hukuman bagi jenayah yang serius. Dalam undang-undang Islam atau syariah, hudud biasanya merujuk kepada kelas hukuman yang ditetapkan bagi jenayah tertentu yang dianggap sebagai "tuntutan Allah." Mereka termasuk kecurian, perbuatan zina, penggunaan alkohol atau arak yang lain (yang memabukkan), dan murtad.
Sejak akhir-akhir ini pemimpin BN dan mereka yang kurang faham tentang perundangan Islam amat takut Hudud dilaksanakan dalam Malaysia. Mengapa ramai pemimpin BN takut dengan hukum Hudud?
Selalunya yang takut dengan hukuman hudud adalah mereka yang melakukan kesalahan atau dosa besar yang tersebut dalam Al Quran dan Hadis. Bagi yang bukan Islam atau orang kafir mereka takut sebab telah diberi gambaran buruk dan salah oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.
Bagi yang bukan Islam mereka kena dengar dan bertanya dengan mereka yang pakar dalam perundangan Islam bukan bertanya dengan ahli politik yang mempunyai pandangan yang salah tentang hudud.
Perlu ditegaskan bahawa Hukum Hudud bukan ciptaan PAS, tetapi sebenarnya adalah hukuman yang diperintah oleh Allah kepada umat manusia terutama sekali kepada umat Islam. PAS hanya menyampaikan apa yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis agar perintah Allah dapat dilaksanakan untuk keadilan sejagat.
Jangan biarkan perundangan Islam terus dipandang hina oleh orang yang jahil serta mereka yang anti Islam terus mempersendakan Islam.
Kita mengesa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam, para alim ulama, pakar syariah atau perundangan Islam serta mereka yang tidak mempunyai kepentingan politik harus tampil kehadapan menerangkan masalah hukum hudud atau perundangan syariah kepada semua rakyat termasuk Islam dan bukan Islam agar mereka faham apa sebenarnya hukum Hudud mengikut perspektif Islam yang sebenarnya bukannya dari sudut politik semata-mata.
Kita sarankan adakan dialog, soal-jawab atau seminar perundangan Islam secara langsung melalui media elektronik seperti TV dan radio, supaya semua boleh mendengar dan menilai sendiri apa sebenarnya Hudud dalam perundangan Islam.
Hanya melalui cara ini saja dapat menangkis fitnah terhadap perundangan Islam yang ingin dilaksanakan oleh PAS. Apabila mereka faham dengan perundangan Islam yang sebenarnya, barulah mereka tahu betapa indahnya dan adilnya perundangan Islam untuk semua.
Semoga dengan adanya dialog antara agama dapat memberi penjelasan sebenarnya perundangan Islam dalam masyarakat majmuk agar perundangan Islam tidak terus diperlekeh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Why Scared of Hudud?
Hudud meaning "limitation", or "restriction" is a word often used in Islamic literature for the bounds of acceptable behavior and the punishments for serious crimes. In Islamic law or Sharia, hudud usually refers to the punishment prescribed for the class of certain crimes that are considered to be "claims of God." They include theft, fornication, consumption of alcohol or other liquor (intoxicating), and apostasy.
Since lately BN leaders and those who do not understand of Islamic law, was afraid of Hudud implemented in Malaysia. Why many BN leaders are afraid of the Hudud laws?
Often the fear of hudud are those who do wrong or sin mentioned in the Qur'an and Hadith. For the non-Muslims or unbelievers they are afraid because they have been given a bad impression and wrong by those who have a particular interest.
For non-Muslims, they have to listen and ask the experts in Islamic jurisprudence not ask politicians who have the wrong opinion about hudud.
It should be pointed that Hudud laws are not PAS inventions, but actually is the punishment ordered by Allah to mankind, especially to Muslims. PAS only deliver what is in the Quran and the Hadith so that the command of Allah can be implemented for justice.
Do not allow Islamic law continues to be despised by the ignorant and those who are anti-Islam continues to degrades Islam.
We urge the Fatwa Committee of the National Council for Islamic affairs, the religious scholars, experts sharia or Islamic law, and those who do not have political interests should come forward and explain the hudud law or Sharia law to all citizens, including Muslims and non-Muslims so that they understand what Hudud laws actually from the perspective of Islam is not from a political angle alone.
We recommend held the dialogue, question and answer or Islamic law seminar live through electronic media such as TV and radio, so that all can hear and judge for itself what exactly Hudud in Islam.
Only in this way will be able to rebut the defamation of Islamic law to be implemented by PAS. When they understand the truth of Islamic law, then they know how beautiful and fairness of Islamic law to all.
Hopefully, inter-religious dialogue can explain exactly Islamic law in a multiracial society so that Islamic law does not continued debunked by those who are irresponsible.
Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
November
(11)
- Hanya Orang Bersalah dan Berdosa Besar Takut Hudud!
- Taman Rekreasi Jadi Tempat Pembiakan Nyamuk?
- Masuk Air Keluar Angin!!!
- Hitler Mati di Indonesia?
- Pemimpin BN Takut Dengan PM Dari Pakatan!
- Tambang Murah Tapi Jadual Tidak Menepati Masa
- Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1434
- Hukum Allah Terbaik Untuk Semua
- Caj Tersembunyi Perangkap Bagi Pengguna Mudah Alih
- Presiden PAS Boleh Bertanding Di Sarawak
- Kubah Masjid At-Taqwa Miri Perlu Ditukar Baru
-
▼
November
(11)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment