Hati-Hati Di "Roundabout" Lutong
Lorong Sempit Jalan Bulatan Menyusahkan Pengguna Jalanraya
MIRI - Jalan bulatan yang baru siap dibina bersebelahan Miri Mall, Lutong agak sempit dan menyulitkan kepada pengguna jalan raya untuk masuk ke lorong kearah masjid dan juga pekan Lutong. Ramai pengguna jalanraya serta pekerja dari syarikat minyak dalam kawasan Lutong mengadu masalah jalan yang agak sempit apabila melalui lorong bulatan itu.
Lorong yang sempit ini amat merbahaya sekiranya pemandu kenderaan yang masuk ke selekoh bulatan tersebut tidak berhati-hati dan ini boleh menyebabkan kemalangan terutama sekali kenderaan berat atau panjang seperti Treler. Mungkin sekarang masalah ini tidak berlaku tetapi apabila Miri Mall dibuka nanti, sudah pasti jalan tersebut akan sesak dengan kenderaan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Kalau boleh jalan atau lorong dipersimpangan bulatan tersebut dilebarkan sedikit, dan tapak bulatan dikecilkan atau dibina lampu isyarat lalulintas untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalanraya, yang ingin masuk simpang dengan selesa terutama sekali mereka yang hendak menuju ke Masjid Lutong.
Kita mengesa pihak yang bertanggungjawab dalam urusan pembinaan jalan bulatan tersebut dapat meningkatkan lagi atau membina semula bulatan tersebut dengan lebih baik untuk keselesaan serta keselamatan pengguna jalanraya.
Sebagai pembayar cukai kita tidak mahu wang untuk membina bulatan tersebut dibazir begitu saja dan keselamatan pengguna jalanraya adalah keutamaan, janganlah sampai berlaku kemalangan, barulah sibuk hendak membina semula dan menyalah antara satu sama lain. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat kita hargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Narrow Lane of the Roundabout Inflicting on Road Users
MIRI – The newly completed roundabout next to Mall Miri, Lutong is quite narrow and difficult to road users to get into the lane towards the mosque and Lutong bazaar. Many of the road users and the employees of oil companies in Lutong area is complaining of the problems of the route that is quite narrow when through the lane of the roundabout.
The narrow lane is very dangerous if the driver of the vehicle when go in to the corner of the roundabout are not careful and this can cause accidents especially heavy or long vehicles such as trailers. Maybe now the problem does not happen but when the Miri Mall opened later, the road certainly will be congested with vehicles and causing traffic jams.
If possible, route or roundabout lane crossroad slightly widened and scaled down the roundabout site or built traffic lights to provide comfort to the road users who want to enter the junction with comfortable, especially those who want to go to the Lutong mosque.
We urge those who are responsible in the construction of roundabout route can enhance or reconstruct the roundabout with even better for the comfort and the safety of road users.
As taxpayers we do not want the money to build the roundabout is simply wasted and the safety of road users is a priority, do not until the accident occurs then busy to reconstruct and blaming one another. The cooperation with relevant parties is very much appreciated.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
December
(14)
- Jom Ke Sekolah dan Selamat Tahun Baru 2013
- Kanopi Tidak Sesuai Kerana Mudah Rosak Dan Tidak T...
- Tamu Tempat Berniaga Tanpa Bekalan Eletrik
- Saman Ekor Untuk Mencari Untung atau Menjaga Kesel...
- Masalah Penduduk Kampung Yang Kurang Mendapat Perh...
- Masalah Kpg Tukau Jaya Masih Belum Dapat Diselesaikan
- Penghuni Rumah Terbakar Yang Memerlukan Bantuan Se...
- Kesesakan Di Pejabat Imigresen Miri Perlu Diberi P...
- Masalah Kampung Yang Perlu Perhatian Kerajaan BN
- Penduduk Kpg Rancah2 Menuntut Janji BN Bina Padang...
- Kaum Bukan Islam Terima PAS sebagai Wadah Perjuangan
- Masalah Rakyat Sarawak Yang Terpinggir
- Peruntukan Diberi Setelah Rakyat Bersuara
- Hati-Hati Di "Roundabout" Lutong
-
▼
December
(14)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment