Penghuni Rumah Terbakar Yang Memerlukan Bantuan Segera
Mangsa Rumah Terbakar Kpg Riam Jaya Mohon Bantuan Segera
MIRI - Kampung Riam Jaya jalan lapangan terbang Miri terletak dalam kawasan DUN Lambir. Kebanyakan penduduk di situ berketurunan Melayu dan terdapat juga Bumiputera lain.
Baru-baru ini, PAS Miri telah melawat mangsa rumah terbakar iaitu Pn Sarifah Attiah yang tinggal bersama dengan dua orang anaknya dan juga beberapa orang cucu.
Beliau seorang balu dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan, hanya bergantung Ikhsan dengan hasil pendapatan anak lelaki beliau yang tinggal bersama dengannya. Mereka sudah tinggal di situ lebih daripada 20 tahun dan inilah satu-satunya tempat peninggalan arwah suami beliau.
Menurut Pn Sarifah, kebakaran berlaku dibahagian atas rumah ketika itu bekalan elektrik terputus. Mereka harap pihak bomba dapat menyiasat punca sebenar kebakaran tersebut kerana yang peliknya bagaimana boleh terbakar sedangkan tiada berlaku litar pintas ketika itu bekalan elektrik terputus.
Di belakang rumah beliau, terdapat projek perumahan yang masih dalam pembinaan dan belakang rumahnya juga tanah hampir terhakis akibat pembinaan perumahan tersebut.
Oleh itu beliau amat memerlukan bantuan segera dari pihak berwajib agar rumahnya yang terbakar baru-baru ini dapat dibaiki semula. Apa yang penting sekarang adalah kayu papan untuk membuat dinding, lantai serta zink untuk atap rumah.
Keperluan tersebut amat diperlukan untuk melindungi mereka dari terkena hujan dan panas. Sekurang-kurangnya dengan adanya bahan binaan tersebut sudah tentu mereka dapat membina semula tempat tinggal mereka dengan lebih selesa lagi.
Memandangkan pendapatan keluarga beliau sekadar cukup makan sudah tentu tidak mampu untuk menanggung segala kerosakan rumah akibat kebakaran tersebut.
Mereka juga pernah memohon bantuan dari badan kebajikan masyarakat tetapi sampai sekarang masih belum ada bantuan yang datang. Kita juga berharap lain-lain badan kebajikan seperti Baitulmal juga perlu datang membantu dari segi membeli bahan binaan untuk membina semula rumah mereka yang teruk terbakar itu.
Sekarang mereka terpaksa menumpang di rumah anak perempuannya yang tinggal berdekatan dalam keadaan yang bersesak akibat rumahnya kecil.
Mereka memohon dan merayu agar masalah mereka ini dapat diatasi segera dan diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Marilah kita bersama-sama memberi bantuan segera kepada keluarga berkenaan untuk meringankan bebanan serta menampung keperluan pembinaan semula rumah mereka tanpa mengira bangsa dan agama.
Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat kita hargai dan semoga masalah keluarga ini dapat diatasi dengan segera.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
House fire victims of Kpg Riam Jaya implore immediate relief
MIRI - Kampung Jaya Riam Miri airport road is located in the Lambir constituency. Most of the residents there are Malays and there also other indigenous.
Recently, PAS Miri has visited the house fire victims Pn Sarifah Attiah who lived with her two sons and also a number of grandchildren.
She was a widow and had no job just depends the courtesy of her son earnings that lives with her. They had lived there for more than 20 years and this is the only place her late husband relics.
According to Ms. Sarifah fire broke out in the upper house during the electricity is cut off. They hope the fire brigade will investigate the exact cause of the fire because it is strangely enough how can catch fire when there is no short circuit occurs while the blackout.
In her backyard, there is a housing project that is still under construction and the soil behind her house almost eroded due to the said housing construction.
Therefore, she urgently needs immediate assistance from the authorities so that her house that recently burnt could be repaired again. What is important now is plank wood to make the walls, floors, and zinc for roofing.
Such a requirement is needed to protect them from getting wet and hot. At least with the availability of the building materials, they can rebuild their homes more comfortable again.
Given her family's income just enough to survive are certainly not able to bear the entire home due to fire damage.
They also ever seeking assistance from social welfare bodies but until now still no help came. We also hope that other charitable bodies such as the Baitulmal also come to help with the purchase of construction materials to rebuild their home that was severely burn.
Now they have to stay in her daughter house that lived nearby in a crowded condition due to the small house.
They beg and plead that their problems could be solved immediately and given due consideration by the relevant authorities.
Let us together provide immediate relief to the family to help alleviate the burden and accommodate the needs of rebuilding their homes, regardless of race and religion.
The cooperation with relevant parties is very much appreciated and hopefully this family problem can be resolved immediately.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
December
(14)
- Jom Ke Sekolah dan Selamat Tahun Baru 2013
- Kanopi Tidak Sesuai Kerana Mudah Rosak Dan Tidak T...
- Tamu Tempat Berniaga Tanpa Bekalan Eletrik
- Saman Ekor Untuk Mencari Untung atau Menjaga Kesel...
- Masalah Penduduk Kampung Yang Kurang Mendapat Perh...
- Masalah Kpg Tukau Jaya Masih Belum Dapat Diselesaikan
- Penghuni Rumah Terbakar Yang Memerlukan Bantuan Se...
- Kesesakan Di Pejabat Imigresen Miri Perlu Diberi P...
- Masalah Kampung Yang Perlu Perhatian Kerajaan BN
- Penduduk Kpg Rancah2 Menuntut Janji BN Bina Padang...
- Kaum Bukan Islam Terima PAS sebagai Wadah Perjuangan
- Masalah Rakyat Sarawak Yang Terpinggir
- Peruntukan Diberi Setelah Rakyat Bersuara
- Hati-Hati Di "Roundabout" Lutong
-
▼
December
(14)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Precious Ovia, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (preciousovia39@gmail.com)
Hello, ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Encik Fedrick POWER, pemberi pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan untuk semua yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda atau membiayai projek anda? Adakah ia telah ditolak oleh bank-bank dan agensi kewangan yang lain? Cuma perlu, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami menawarkan pinjaman cepat dan boleh dipercayai pada kadar faedah 2% kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat tanpa mengira kewarganegaraan pelanggan. terma-terma dan syarat-syarat kami dan jelas dan sangat mudah difahami. Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. Hantarkan e-mel kepada:
(Fedrickpowerloanfirm926@gmail.com)