Peruntukan Diberi Setelah Rakyat Bersuara
Terima Kasih, Apabila Rakyat Bersuara, Barulah Kerajaan Bertindak
Alhamdullillah, PAS Miri ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan tambahan sejumlah RM500,000 kepada Masjid At-Taqwa Miri bagi menaik taraf kemudahan serta membaik pulih masalah bumbungnya (kubah masjid) bocor yang masih membelenggu para jemaah masjid terutama sekali semasa musim hujan.
Menurut Pengerusi Masjid At-Taqwa Miri, Hamzah Dadu peruntukan tersebut telah disalurkan oleh kerajaan persekutuan menerusi agensinya, Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melaksana kerja-kerja membaik pulih kerosakan yang sedia ada, seperti yang dilaporkan oleh akbar tempatan baru-baru ini.
Kita berharap dengan peruntukan tersebut, kebocoran bumbung masjid Miri yang sudah lama berlaku dapat diatasi dengan segera.
Kami juga ada menerima maklumat dari masjid Lutong juga mempunyai masalah yang sama, apabila musim hujan lebat ada juga berlaku kebocoran bumbung di masjid Lutong. Diharap pihak yang berkenaan boleh memohon bantuan dari kerajaan pusat melalui agensinya, Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membaiki keadaan struktur masjid yang sudah berusia tersebut.
Kita hanya sebagai wakil menyampaikan masalah rakyat kepada pihak pemerintah dan kepada mereka yang berkenaan agar segala masalah yang mereka hadapi dapat ditangani dan diatasi sebaik mungkin. Kita harap apa yang dilaporkan kepada agensi kerajaan mendapat perhatian serta tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan.
Kami menggesa kerajaan sedia ada dan yang akan memerintah di masa depan, dapat bekerjasama dengan baik tanpa sebarang prasangka terhadap semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Tanpa rakyat, kerajaan tidak akan wujud, kemudian bertindak adil kepada semua dan kerjasama dengan pihak kerajaan adalah amat dihargai.
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat kerana memberi kerjasama serta memberi perhatian kepada masalah rakyat yang kita kemukakan selama ini.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Thank You, when the People speak out, Then the Government act
Thank God, PAS Miri wish to thank the Federal Government for allocating an additional sum of RM500, 000 to the Masjid At-Taqwa Miri for upgrading and repair of the roof problems (dome of the mosque) leak, this is still shackle the mosque congregation, especially during the rainy season.
According to the Chairman of the At-Taqwa Mosque, Miri, Hamzah Dadu provision was channelled by the federal government and its agency, the Public Works Department (PWD) for implementing repair works of the existing damage, as reported by a local newspaper recently.
We hope that with this provision, the Miri mosque roof leaks that have been long occurred can be resolved immediately.
We also received information from Lutong mosques also have the same problem, when heavy downpour season there is also a leak in the roof of the Lutong mosque. It is hoped that the relevant authorities may request assistance from the federal government through its agency, the Public Works Department (PWD) to improve the condition of the structure of the old mosque.
We only act as representatives of the people delivering problems to the government and to those concerned so that all the problems they face to be adequately addressed. We hope what was reported to government agencies get the attention and appropriate actions from the parties concerned.
We urge the present government and who will rule in the future, be able to work together well without any prejudice against all the people regardless of race, religion and political affiliation for the welfare and prosperity of the people. Without the people, the government would not exist, then act fair to all and cooperation with the government is very much appreciated.
Thank you also to all those involved as give a full cooperation and pay attention to the problems of the people that we has been submitted all this while.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
December
(14)
- Jom Ke Sekolah dan Selamat Tahun Baru 2013
- Kanopi Tidak Sesuai Kerana Mudah Rosak Dan Tidak T...
- Tamu Tempat Berniaga Tanpa Bekalan Eletrik
- Saman Ekor Untuk Mencari Untung atau Menjaga Kesel...
- Masalah Penduduk Kampung Yang Kurang Mendapat Perh...
- Masalah Kpg Tukau Jaya Masih Belum Dapat Diselesaikan
- Penghuni Rumah Terbakar Yang Memerlukan Bantuan Se...
- Kesesakan Di Pejabat Imigresen Miri Perlu Diberi P...
- Masalah Kampung Yang Perlu Perhatian Kerajaan BN
- Penduduk Kpg Rancah2 Menuntut Janji BN Bina Padang...
- Kaum Bukan Islam Terima PAS sebagai Wadah Perjuangan
- Masalah Rakyat Sarawak Yang Terpinggir
- Peruntukan Diberi Setelah Rakyat Bersuara
- Hati-Hati Di "Roundabout" Lutong
-
▼
December
(14)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
kalau PAS dah pandey berterima kaseh kepada kerajaan, apa tunggu lagi PANGKAH JAK BARISAN NASIONAL....
Pelik jua ktk ya..org berterima kasih pun mau jadi isu..baguslah org pandey berterima kasih...bukan mcm org pbb/bn x pernah mau mengaku salah...semua nok dipolah sidak Pas & pakatan semuanya jaik...x ada yg bagus..pikir2lah sendiri...x semestinya benda baik kt tolak yg kt tolak bn sebabnya dh menyalahgunakuasa...