Penduduk Kpg Rancah2 Menuntut Janji BN Bina Padang Permainan
Jalanraya, Parit dan Padang Permainan Kampung Rancah-Rancah Perlu Dinaiktaraf
BEKENU – Baru-baru ini PAS Miri telah melawat Kampung Rancah-Rancah dalam parlimen Sibuti. Kebanyakan penduduk di situ bekerja sebagai petani dan juga nelayan. Perjalanan dari bandaraya Miri mengambil masa lebih satu jam.
Jalanraya utama Kampung Rancah-Rancah baru sahaja diturap tetapi apabila kita memasuki simpang kampung, jalannya agak sempit dan juga sistem peparitan tidak teratur dengan baik.
Jalan semen sempit yang sudah retak hanya boleh dilalui oleh kenderaan satu hala saja pada satu-satu masa dan ianya agak berbahaya sekiranya tidak berhati-hati ketika memandu terutama sekali pada waktu malam kerana longkangnya juga agak dalam.
Begitu juga jambatan kayu yang agak usang dan perlu dibaik pulih dengan segera agar ianya tidak mengancam keselamatan penduduk yang melalui jambatan itu.
Selain masalah jalan, parit dan jambatan, menurut kata salah seorang penduduk di situ, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia pernah datang ke kampung Rancah-Rancah berjanji untuk membina sebuah padang permainan untuk anak muda di kampung tersebut.
Tapi malangnya, projek padang permainan tersebut sampai hari ini tidak kelihatan ujud yang tumbuh hanya lalang dan belukar di tapak itu. Mereka mahu kerajaan menaik taraf kampung serta menunaikan janji yang belum ditepati sebelum PRU13 nanti agar dapat dilaksanakan dengan segera.
Kita mohon kerjasama pihak yang berkenaan agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung Rancah-Rancah dengan segera tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Road, Drainage and Kampung Rancah-Rancah Playground Need To Be Upgraded
BEKENU – PAS Miri recently visited the Kampung Rancah-Rancah under Sibuti parliamentary. Most of the residents work as farmers and fishermen. The journey from Miri city takes about an hour.
The main road of Kampung Rancah Rancah just paved but when we entered the village junction, the road is quite narrow and the drainage system is not well organized.
The narrow cement road which is cracked could be traversed by vehicles only one way at a time and it is quite dangerous if not careful when driving especially at night because the drain is also quite deep.
Aside from the road issue, drainage and bridges, according to one of the residents said, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal Minister of Rural and Regional Development Malaysia had come to their Kampung Rancah-Rancah promised to build a playground for the young people in the village.
But unfortunately, the playground project until today did not seem exist, that grows only weeds and bushes on the site. They want the government to upgrade the village and fulfill the promises that have not been fulfilled before the 13th General Elections so that it can be implemented immediately.
We seek the cooperation of the parties concerned, so that solves the problems faced by the Kampung Rancah Rancah immediately, regardless of race, religion and political affiliation.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
December
(14)
- Jom Ke Sekolah dan Selamat Tahun Baru 2013
- Kanopi Tidak Sesuai Kerana Mudah Rosak Dan Tidak T...
- Tamu Tempat Berniaga Tanpa Bekalan Eletrik
- Saman Ekor Untuk Mencari Untung atau Menjaga Kesel...
- Masalah Penduduk Kampung Yang Kurang Mendapat Perh...
- Masalah Kpg Tukau Jaya Masih Belum Dapat Diselesaikan
- Penghuni Rumah Terbakar Yang Memerlukan Bantuan Se...
- Kesesakan Di Pejabat Imigresen Miri Perlu Diberi P...
- Masalah Kampung Yang Perlu Perhatian Kerajaan BN
- Penduduk Kpg Rancah2 Menuntut Janji BN Bina Padang...
- Kaum Bukan Islam Terima PAS sebagai Wadah Perjuangan
- Masalah Rakyat Sarawak Yang Terpinggir
- Peruntukan Diberi Setelah Rakyat Bersuara
- Hati-Hati Di "Roundabout" Lutong
-
▼
December
(14)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
aku orang PAS Kpg ranchah ranchah mengucapkan terima kaseh kepada Barisan Nasional kerana terlalu banyak sumbangan kepada kampung ranchah2 tok. jalan raya kamek orang dah berturap.. Dolok aku sangka BN tok hanya akan bekerja bila dekat2 pilihanraya, tapi sebenarnya BN tok bekerja setiap masa, aku jak yang tersalah anggap. padang permainan dah ada siap disediakan oleh kerajaan BN, tapi sidak JKKK kampung Ranchah2 tok melantik aku sebagai ketua untuk padang permainan ya, oleh sebab aku parti PAS aku biarkan jak lah rumput ya tinggi sik betebas. sebab aku ekot style pemimpin tertinggi aku (PAS) yang malas. Aku mencontohi pemimpin aku (PAS) yang malas
kmk tau sapa ktk tok, jgn nk menyamar jadi org PAS konon...udahlah sik ada org lain kah nk bg komen mcm tok dlm blog tok selain dari ktk...kmk tau ktk tok org kuat pbb/bn tp sepatutnya biarlah berfikiran terbuka sikit...org nk tolong highlite masalah kampun pun ktk susah hati...kerana penyakit dengki toklah menyebabkan org melayu jauh ketinggalan dari pembangunan...cuba ktk liat kampung cina mun ada org bawa isu kampung sidak suka sbb sidak tau peluang bzness bila pembangunan masuk kpg sidaknya... tok pbb/bn tok sakit ati gilak dgn PAS tok mesti ada penyakit hati...selagik org pbb/bn perintah selagi yalah org melayu jadi kuli x dapat berfikiran panjang...pikir2lah sendiri
Syabas dan Tahniah kepada PAS Miri kerana sering mengutarakan masalah-masalah rakyat dan juga kerap menegur pihak-pihak tertentu.
Tidak dinafikan penulisan blog di laman sosial ini baik dan adakalanya berhasil bagi sesetengah perkara yang diutarakan tetapi ada baiknya jika PAS Miri mengambil pendekatan berbeza dan lebih proaktif.
Setiap masalah-masalah dan teguran-teguran yang di ’cerita’ kan hanyalah seperti ‘tulisan’ tetapi alangkah baiknya jika ianya menjadi satu praktikal.
Bukan hanya sekadar turun padang bertemu masyarakat, kemudian menulis. Bukan hanya sekadar mendapat aduan, kemudian menulis.
PAS Miri disaran ubah pendekatan berbeza.
Bawalah masalah rakyat atau teguran kepada pihak berwajib sehingga kepada penyelesaiannya. Jangan sekadar menzahirkannya di media massa atau blog. Sebagai contoh, masalah kebajikan rakyat yang terabai, PAS Miri hanya lebih kepada ‘poli-gam’ dan sebagai pengakhiran ceritanya disusuli dengan pemberian sumbangan dari poket Jemaah. Ambil pendekatan lebih drastik dengan membawa perkara tersebut ke pihak berwajib dan PAS Miri menjadi ‘playmaker’ dalam menyelesaikan perkara sehingga ke tahap membawa orang-orang miskin ke pejabat kebajikan untuk mendapat pembelaan.
Begitu juga dengan aduan-aduan yang diterima daripada rakyat terhadap pihak berwajib kerajaan tempatan, sebagai contohnya isu kad pengenalan dan sijil kelahiran. Acap kali menggunakan ayat ‘menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib.. menggesa pihak berwajib..’ rakyat muak. Datang dan bawa si pengadu sekaligus berjumpa dengan pihak berwajib dan dapatkan penyelesaian yang mengembirakan hati rakyat.
Memang diakui PAS bukan parti dominan pakatan pembangkang dan juga baru mula bertapak di negeri ini dalam belasan tahun tetapi tidak dinafikan jika pendekatan baru sebagai ’memimpin perubahan’ ianya tidak mustahil PAS akan menang di hati rakyat Sarawak.
-Sayang Sarawak-