Masalah Rakyat Sarawak Yang Terpinggir
Masalah Infrastruktur dan Penduduk Tempatan Tanpa Surat Beranak Masih Berlaku Di Sarawak
NIAH – Rumah Mandau Sekerat Kampung Iran terletak dalam kawasan Parlimen Sibuti. Kebanyakan penduduk di situ adalah petani dan bekerja dengan syarikat swasta. Perjalanan dari bandaraya Miri ke Kampung Iran mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit.
Baru-baru ini kita buat kunjungan ke Rh Mandau untuk meninjau keadaan kehidupan masyarakat di situ. Secara amnya, penduduk di situ hidup dalam keadaan aman damai, cuma ada beberapa masalah yang perlu diambil perhatian oleh pihak pemerintah iaitu masalah bekalan air bersih dan juga masalah tanah mereka yang sudah diceroboh oleh syarikat peladangan.
Mereka sudah lama memohon bekalan air bersih ke rumah mereka tetapi sehingga kini, masalah tersebut masih belum dapat diatasi. Mereka hanya mendapat bekalan air dari tangki dan juga sungai berdekatan tetapi air sungai juga tercemar dengan kekotoran akibat daripada sisa dari ladang sawit berdekatan.
Mereka berharap pihak pemerintah dapat menyelesaikan masalah bekalan air dan juga isu tanah mereka dengan segera.
Disamping itu terdapat juga masalah keluarga yang anaknya tidak dapat surat beranak disebabkan isterinya bukan orang tempatan. Pengadu Jusing Ak Gum telah beberapa kali datang ke pejabat pendaftaran Negara di Miri untuk mendapat surat beranak dan juga Mykad anak sulongnya tetapi sehingga kini masih belum lagi menerima jawaban yang positif dari pihak berkenaan.
Beliau mempunyai dua orang anak, dimana anak bongsu perempuannya pula mendapat surat beranak, mungkin disebabkan anak bongsunya lahir dalam Malaysia. Beliau berharap masalah anaknya yang tidak memiliki surat beranak ini dapat diatasi dengan segera.
Kita mengesa agar pihak kerajaan dapat melaksanakan tugas dengan amanah, jujur dan adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, kerana setiap mereka ini adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang sah dan seharusnya diberi keutamaan.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Infrastructure and Local Population Problems without Birth Certificate Still Occur In Sarawak
NIAH - Rumah Mandau Sekerat Kampung Iran, located in Sibuti Parliamentary. Most of the residents are farmers and working with private companies. The journey from Miri city takes about 1 hour and 15 minutes.
Recently we made a visit to the Rh Mandau to survey the living conditions of the community there.
Generally, the residents live in peace, but there are some issues that should be noted by the government, namely the problem of clean water supply and also the problem of their lands been invaded by plantation companies.
They have been applying for clean water to their homes, but until now the problem has yet to be resolved.
They only get water from the tank and the nearby river but the river water is also contaminated with impurities as a result of waste from oil palm plantations nearby.
They hope the government can solve the problem of water supply and also their land issues immediately.
Besides, there is also a family problem which his child did not get a birth certificate caused his wife are not locals. Jusing Ak Gum a complainant has several times come to the National registry in Miri to get birth certificates and MyKad his eldest son, but to date has yet to receive a positive response from the authorities.
He has two children, where the youngest daughter was getting a birth certificate, perhaps because his youngest child was born in Malaysia. He hoped the problem of his son, who does not have a birth certificate, can be resolved immediately.
We urge that the government is able to perform the duties of the trust, honesty and fairness to all regardless of race, religion and political affiliation, because each of them is part of Malaysians, legitimate and should be a priority.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
December
(14)
- Jom Ke Sekolah dan Selamat Tahun Baru 2013
- Kanopi Tidak Sesuai Kerana Mudah Rosak Dan Tidak T...
- Tamu Tempat Berniaga Tanpa Bekalan Eletrik
- Saman Ekor Untuk Mencari Untung atau Menjaga Kesel...
- Masalah Penduduk Kampung Yang Kurang Mendapat Perh...
- Masalah Kpg Tukau Jaya Masih Belum Dapat Diselesaikan
- Penghuni Rumah Terbakar Yang Memerlukan Bantuan Se...
- Kesesakan Di Pejabat Imigresen Miri Perlu Diberi P...
- Masalah Kampung Yang Perlu Perhatian Kerajaan BN
- Penduduk Kpg Rancah2 Menuntut Janji BN Bina Padang...
- Kaum Bukan Islam Terima PAS sebagai Wadah Perjuangan
- Masalah Rakyat Sarawak Yang Terpinggir
- Peruntukan Diberi Setelah Rakyat Bersuara
- Hati-Hati Di "Roundabout" Lutong
-
▼
December
(14)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
PAS tolonglah aku, aku sik dapat apa apa gik daripada parti PAS, semua yang aku dapat dan nikmati hari tok termasuk saudara mara, keluarga, jiran, kawan kawan aku kinek tok semuanya daripada kerajaan Barisan Nasional.... PAS tolonglah aku, aku perlu bantuan tok.. bantuan yang aku perlukan adalah, maok mintak tolong PAS supaya pegi jak balit ke Semenanjung nun.. Rakyat Sarawak sik maok PAS... Boleh tolong ka PAS?
Yg x mau ya kau seorang...org lain x macam kau ya...jangan nk jadi hero...abis tanah swak tok mun org macam perangai kau ya...udahlah jangan nk provoke org swak. kenek tok org swak nk pandei berfikir...sori lah kmk org swak jua tp x sokong bn yg penyangak....yg baik kt sokong yg jait kt buang dalam laut cina selatan...