Masalah Penduduk Kampung Yang Kurang Mendapat Perhatian Pemerintah
Penduduk Kampung Satap Mohon Subsidi Pertanian dan Jalan Kebun Dinaiktaraf
BEKENU - Kampung Satap terletak dalam kawasan Parlimen Sibuti. Majoriti penduduk kampung Satap adalah keturunan Melayu Kadayan. Kebanyakan mereka adalah petani dan ada juga yang bekerja dengan kerajaan dan syarikat swasta. Perjalanan dari bandaraya Miri ke Satap mengambil masa lebih kurang 50 minit.
Baru-baru ini kita buat kunjungan ke kampung tersebut untuk meninjau keadaan kehidupan masyarakat di situ. Secara amnya penduduk di situ hidup dalam keadaan aman damai. Jalan masuk ke kampung agak sempit dan begitu juga jalan ke kebun berlopak dan berlumpur dan sukar untuk mengangkut hasil pertanian terutama musim hujan.
Begitu juga masalah perparitan dan tong sampah juga tidak diberi kepada penduduk kampung, walaupun mereka dikenakan cukai pintu oleh majlis daerah Subis setiap tahun. Pihak majlis daerah Subis sepatutnya menyediakan kemudahan asas seperti memasang lampu jalan, tong sampah serta perparitan yang teratur di kampung Satap.
Ada beberapa masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah iaitu masalah jalan kampung yang agak sempit dan juga tiada lampu jalan yang boleh mengakibatkan kemalangan sekiranya pengguna kenderaan atau penunggang motorsikal tidak berhati-hati ketika melalui jalan tersebut pada waktu malam.
Mereka juga memohon agar pihak berkenaan dapat memasang lampu jalan dengan segera, kerana pada waktu malam jalan tersebut agak gelap begitu juga jalan ke kebun patut dinaiktaraf untuk kemudahan mengangkut hasil pertanian mereka. Jalan ke kebun patut diturap atau sekurang-kurangnya jalan batu kerikil supaya tidak terlalu becak waktu hujan.
Disamping itu terdapat juga masalah penduduk atau petani yang belum mendapat bantuan skim subsidi baja dan mereka memohon agar pihak yang berwajib dapat memberi subsidi tersebut untuk meringankan beban mereka membeli bahan baja untuk pertanian yang agak mahal di pasaran.
Sepatutnya pihak kerajaan dapat menyalurkan skim subsidi baja kepada pihak yang memerlukan bantuan terutama kepada petani yang kurang berkemampuan seperti petani di kampung Satap.
Kita mengesa agar pihak yang berkenaan dapat menyalurkan bantuan tersebut kepada mereka yang memerlukan dengan segera tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Semoga perkara ini mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan dan kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Satap Village Residents Apply for Agricultural Subsidies and Upgraded Farm Road
BEKENU- Satap village is located in Sibuti constituency. The majority of Satap villagers are Kadayan Malay descent. Most of them are farmers and there are also who work with the government and private companies. The journey from Miri city to Satap takes about 50 minutes.
Recently we made a visit to the village to explore the conditions of life there. The residents are generally live in peace. The entrance to the village is relatively narrow and the road to the farm is somewhat puddles and muddy and difficult to transport the agricultural produce, especially the rainy season.
Similarly, the drainage problems and the trash bin was not given to the villagers, although they are assessment by the Subis district council each year. The Subis district council Subis should provide basic amenities such as installing street lighting, the trash bin and proper drainage in the Satap village.
There are several problems that need to be addressed by the government that is the problem of narrow roads and there are no street lights that can cause accidents if motorists or motorcyclists are not careful when going through the road at night.
They also requested that the parties concerned can install street lights immediately, because at night the roads are was quite dark as well as road to the farm should be upgraded for ease of transporting their produce. Road to the farm should be paved or at least gravel roads so not too muddy when it rains.
Besides that, there are also problems of the population or farmers yet to get fertilizer subsidies and they request that the authorities can give subsidy to ease the burden of buying the fertilizer for agriculture which is quite expensive in the market.
Should the government be able to channel the fertilizer subsidy scheme to those in need, especially to the less fortunate farmers such Satap village farmers.
We urge that the relevant authorities to channel aid to those who urgently need regardless of race, religion and political affiliation.
Hopefully this matter gets the attention from the relevant parties and the cooperation with relevant parties is highly appreciated.
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2012
(136)
-
▼
December
(14)
- Jom Ke Sekolah dan Selamat Tahun Baru 2013
- Kanopi Tidak Sesuai Kerana Mudah Rosak Dan Tidak T...
- Tamu Tempat Berniaga Tanpa Bekalan Eletrik
- Saman Ekor Untuk Mencari Untung atau Menjaga Kesel...
- Masalah Penduduk Kampung Yang Kurang Mendapat Perh...
- Masalah Kpg Tukau Jaya Masih Belum Dapat Diselesaikan
- Penghuni Rumah Terbakar Yang Memerlukan Bantuan Se...
- Kesesakan Di Pejabat Imigresen Miri Perlu Diberi P...
- Masalah Kampung Yang Perlu Perhatian Kerajaan BN
- Penduduk Kpg Rancah2 Menuntut Janji BN Bina Padang...
- Kaum Bukan Islam Terima PAS sebagai Wadah Perjuangan
- Masalah Rakyat Sarawak Yang Terpinggir
- Peruntukan Diberi Setelah Rakyat Bersuara
- Hati-Hati Di "Roundabout" Lutong
-
▼
December
(14)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment