Konsep PAS Untuk Semua Diterima oleh Berbagai Kaum
 
NIAH –Baru-baru ini PAS Miri dengan kerjasama Pemuda PAS Bintulu telah melancarkan serta menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi kawasan Sibuti di Rh Mandau Sekerat Kampung Iran.

Sambutan yang sungguh menggalakan dari kaum Iban untuk bersama-sama menyertai DHPP telah memberi semangat untuk PAS bekerja lebih keras lagi untuk menawan parlimen Sibuti.

Terdapat 5 buah wakil rumah panjang sekitar kawasan Niah yang hadir bersama memberi ucapan serta penerangan tentang mengapa mereka memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

Terbukti konsep PAS untuk semua telah diterima dengan baik oleh berbagai golongan masyarakat dalam negara ini termasuk di Sarawak.

Mereka yakin PAS sebuah parti yang jujur dan tidak menindas rakyat seperti yang sering diwar-warkan oleh media propaganda yang pro BN. Mereka selama ini telah diberi gambaran yang salah serta tidak benar tentang perjuangan PAS.

Apabila mereka sudah bersama-sama dan mengenal PAS lebih dekat, barulah mereka sedar yang selama ini mereka telah ditipu oleh pihak BN yang mengatakan PAS ekstrem dan sebagainya.

Sekarang masyarakat Iban mulai sedar yang selama ini mereka telah ditipu sehingga tanah tempat mereka tinggal dan berkebun sudah banyak yang diambil atau dicerobohi oleh syarikat kroni BN.

Apabila mereka mengetahui bahawa tanah kebun mereka telah diberi PL (Provisional Lease) atau Pajakan Sementara kepada syarikat kroni, mereka merasa menyesal menyokong BN selama ini.

Kata mereka, tanpa tanah untuk tempat tinggal dan berkebun dimana mereka hendak tinggal dan menyara kehidupan seharian mereka. Menurut mereka lagi, hanya tapak rumah saja yang disukat sebagai 'NCR Land' atau tanah adat, tetapi tanah kebun dan ladang mereka dianggap sebagai tanah kerajaan, walaupun datuk nenek mereka sudah bercucuk tanam di situ berabad lamanya.

Mereka menuntut pihak pemerintah agar memberi mereka kemudahan asas serta mengiktiraf tapak tempat tinggal dan kebun mereka dengan memberi mereka hakmilik tanah kekal.

Antara yang hadir pada majlis tersebut terdiri dari penulis sendiri, wakil PKR En Abun Lim, Pemuda PAS Bintulu, Ketua Pemuda PAS Sibuti Robby Tandang, Ketua DHPP Sibuti Ramba, wakil-wakil rumah panjang DHPP Sibuti dan juga penduduk tempatan.

Dengan adanya gabungan Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, DAP dan PKR akan menguatkan lagi hasrat rakyat untuk menubuh kerajaan baru pada PRU13 nanti. In Shaa Allah

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version
The concept of PAS for All Acceptable by Various Races

NIAH - Recently Miri PAS in collaboration with PAS Youth Bintulu launched and set up the PAS Supporters Congress (DHPP) for area of Sibuti at Rh Mandau Sekerat Kampung Iran.

The response was very encouraging from the Iban to jointly participate DHPP has been giving the strength for PAS to work harder to capture Sibuti parliament.

There are 5 longhouse representatives at Niah area which present with a speech and explanation of why they choose PAS as a means of struggle.

Proven, the concept of PAS for all has been well accepted by various social groups in the country, including in Sarawak.

They are convinced that PAS is a party that is honest and not oppress the people as is often touted do by pro-BN media propaganda. All this while they have been given a wrong impression and are not true about the PAS struggle.

When they are together and know PAS closer, then they realize which all this while they have been cheated by the BN says that PAS extreme and so on.

Now the Iban community began to realize, which all this while they have been cheated until the land where they live and gardening a lot have been taken or encroached upon by the BN cronies.

When they find out that their farmland was given PL (Provisional Lease) or temporary leases to crony companies they feel regret supporting the BN all this while.

They said that without shelter and land for gardening where they want to live and earn their daily lives.
According to them, only the home site only measured as 'NCR Land' or customary land, but the land they farm and the ranch is considered  as state land, even though their grandparents have farming there for centuries.

They demanded the government to provide basic facilities and recognize their shelter sites and their gardens by giving them a permanent land titles.

Among those present at the ceremony consists of the writer himself, PKR representatives Mr Abun Lim,  PAS Youth Bintulu, PAS Youth chief Sibuti Robby Tandang, Sibuti DHPP Chief  Ramba, Sibuti longhouse DHPP representatives and also local residents.

By having the People's Alliance consists of a combination of PAS, DAP and PKR will strengthen the will of the people to form a new government in the 13th General Elections later. In shaa Allah