Taman Rekreasi Piasau Perlu Diubahsuai

Baru-baru ini kita mendapat aduan dari penduduk di situ mengatakan bahwa taman rekreasi tersebut sepatutnya dibina untuk bersantai tapi sayangnya kawasan tersebut terbiar begitu saja tanpa sebarang penyelenggaraan. Walaupun bersebelahannya terdapat sebuah gelanggang futsal tetapi taman rekreasi yang berhampiran dengan kedai agak terbiar.
Kawasan tempat duduk agar kotor dan becak dengan air bertakung apabila musim hujan dan kawasan parkir juga terhad. Setakat ini jarang sekali melihat orang ramai bersantai dalam taman tersebut kecuali nyamuk dan serangga.
Menurut pengadu lagi, mereka telah dijanji oleh setiausaha politik Datuk Peter Chin yang kawasan itu akan dijadikan kawasan persekitaran hijau dan taman rekreasi, tetapi malangnya kawasan yang sepatutnya menjadi tempat orang bersantai dan juga tempat berniaga telah bertukar menjadi kawasan pembiakan nyamuk. Air bertakung dan juga tiada penyelenggaraan yang baik menyebabkan orang ramai tidak ingin hendak bersantai di kawasan itu kerana kawasan tanahnya kotor terutama sekali selepas hujan.

Kita mencadangkan agar tapak tempat duduk di kawasan taman itu perlu diubahsuai sepenuhnya, agar ianya sesuai untuk para pengunjung bersantai. Begitu juga perlu ada tapak untuk berniaga dan kawasan parkir juga perlu ditambah.
Untuk mencantikkan lagi taman itu, tapak untuk berjalan kaki dan tempat duduk perlu ada lantai semen, agar ianya tidak kotor terutama sekali selepas waktu hujan.
Apabila taman rekreasi nampak cantik maka pengunjung pun suka bersantai sambil menikmati udara segar dibawah pohon yang rendang. Disamping itu para peniaga juga mendapat hasil dari para pengunjung dan ini akan menambahkan pendapatan para peniaga di situ. Secara tidak langsung ini akan menaikkan imej kawasan perumahan Piasau dan juga bandaraya Miri sebagai pusat pelancongan.
Kerjasama dengan pihak MBM dan juga pihak yang berkenaan amat dihargai, kita ingin melihat kawasan perumahan serta bandaraya Miri nampak cantik dan sesuai sekali dengan gelaran pusat bandaraya pelancongan. Kebersihan dan kesihatan penduduk adalah tanggungjawab kita bersama tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
Piasau Recreation Parks should be Refurbished

Recently we received complaints from residents there, said that recreational park was built for relaxation but unfortunately the area was abandoned without any maintenance. Although next to it there is a futsal court, but the recreational park near the shop is quite idle.
The seating area is so dirty and muddy with the stagnant water when the rainy season and the parking area is also limited. So far rarely see people relaxing in the park except for mosquitoes and insects.
According to the complainant, they have been promised by the political secretary of Datuk Peter Chin, that the area will be turned into a green environment and recreational parks, but unfortunately the area is supposed to be a place where people relaxing and also a place of business has turned into a breeding ground for mosquitoes. Stagnant water and no good maintenance cause people do not want to relaxing in the area because the ground is dirty especially after rain.

We propose that the site seating in the park areas, it should be completely renovated, so it is appropriate for the visitors relaxing. Similarly, there should be a site for business and parking areas should also be increased.
To beautify the park, the site for walking and seating should have cement floor, so it is not dirty, especially after rain.

0 Comments Received
Post a Comment