PBS Menambah Beban Tugas Guru
PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) adalah bentuk holistik penilaian yang menilai aspek kognitif (intelektual), afektif (emosional dan spiritual), psikomotorik (fisik) dan sosial iaitu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS menilai proses dan produk dalam penilaian formatif dan sumatif dari konsep “assessment for learning and assessment of learning”.
PBS yang dilaksanakan oleh pihak kementerian pelajaran ini mendapat beberapa pandangan dari kalangan warga guru. Disini kita menerima beberapa pandangan dari warga guru yang mahu PBS dibaik pulih sepenuhnya agar ianya tidak membebankan tugas harian guru.
Pada dasarnya pelaksanaan PBS ini adalah suatu yang baik jika dilihat dari fikiran yang positif, tidak membebankan, cuma masih ramai di kalangan warga guru yang belum memahami konsep pelaksanaan PBS ini secara mendalam.
Prasarana untuk pelaksanaan PBS ini masih kurang diberi perhatian, jika PBS dapat dilaksanakan dengan berkesan negara kita dapat melahirkan rakyat kelas pertama yang terbaik di dunia. PBS bukan dibuat oleh orang politik tetapi oleh tokoh-tokoh pendidik sesuai dengan perkembangan semasa menurut pandangan seorang guru yang tidak mahu namanya disiarkan.
Kita juga menerima pandangan guru yang mahu PBS dikaji semula agar ianya tidak membebankan tugas harian mereka. Bebanan kerja bertambah kepada guru yang mengajar pada dasarnya ia bertujuan untuk mewujudkan keadaan persekolahan murid-murid yang bukan lagi berorentasikan peperiksaan. Namun begitu guru-guru kena menyediakan fail setiap murid diisi dengan hasil kerja murid tersebut dan akan disimpan dari tahun 1 hingga tahun 6. Cuba fahami tugas seorang guru yang mengajar, aktiviti kokurikulum, latihan sukan dan lain-lain menyebabkan PBS menjadi tugas tambahan bagi mereka. PBS cantik andai guru diberi pembantu dalam melaksanakannya.
Untuk memberi lebih gambaran / perkongsian pengalaman dan pemerhatian seorang guru, disini kita beri contoh tugas harian yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru.
1. Guru mengajar 24 waktu seminggu, 8 kelas, 1 kelas 36 orang pelajar.
2. Selesai menilai 1 penyataan bertulis, guru perlu memasukkan penyataan ke dalam fail individu pelajar, setiap kelas (36 pelajar x 8 kelas = 288 fail setiap kali hendak masukkan dan keluaran penyataan)
3. Waktu memasukkan penyataan adalah pada masa waktu cikgu ada luang.
4. Kelas guru mengajar 24 waktu (1 waktu = 30 - 40 minit) kadang-kadang ditambah waktu menggantikan kelas guru yang tidak hadir menjadikan 28 waktu seminggu.
Dengan tugasan yang bertambah tersebut, PBS secara tidak langsung menjadi bebanan kepada guru. Warga guru mengesa PBS dikaji semula agar ianya boleh memberi manfaat kepada semua.
Antara cadangan warga guru untuk penambaikan PBS adalah seperti berikut.
Memberi kefahaman yang jelas kepada guru tentang PBS.
Sediakan prasarana yang cukup dan baik seperti ICT (Informasi Komunikasi dan Teknologi) talian internet di kawasan luar bandar juga perlu diperbaiki.
JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) dan PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) harus membantu sekolah dan guru yang perlu bantuan dalam melaksanakan PBS
Pengurusan sekolah perlu sentiasa membantu masalah guru yang tidak mempunyai kemudahan internet.
Guru-guru jangan dibebani dengan kerja-kerja pekeranian.
Sediakan pembantu tambahan yang boleh membantu guru masukkan data online.
Perkara ini harus dipandang serius oleh pihak kementerian pelajaran Malaysia terutama nasib guru dan pelajar yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan dari segi infrastruktur dan kemudahan talian internet.
Kita mengesa pihak kementerian pelajaran mengkaji semula PBS agar ianya dapat membantu guru dan memberi kebaikan kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran.
Harap pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian yang sewajarnya untuk mengatasi masalah PBS ini dari terus berlarutan yang boleh membebankan tugas guru dan prestasi pelajar juga boleh terjejas akibat perlaksanaan PBS yang tidak sistematik, teratur dan sempurna.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
PBS Adding the burden of teachers
PBS (School Based Assessment) is a holistic form of assessment to evaluate cognitive (intellectual), affective (emotional and spiritual), psychomotor (physical) and social that is in line with the National Education Philosophy. PBS is evaluating processes and products in the formative and summative evaluation from the concept of "assessment for learning and assessment of learning".
PBS that is implemented by the Ministry of Education's gets some of the views from among of teachers. Here we receive some views of teachers who want a complete overhaul of PBS so that it does not burden the daily work of teachers.
In principle the implementation of this PBS is a good thing if seen from a positive mind, not a burden, but still many of the teachers who have not understood the concept of PBS implementation in depth.
Infrastructure for the implementation of this PBS is given less attention; if PBS can be implemented effectively our country can produce first-class citizens in the world. PBS is not made by politicians but by the educators figures correspond to the current development according to the views of a teacher who did not want its name to be published.
We also receive views that teachers want PBS to be revised so that it does not burden their daily tasks. Increased workload on teachers, basically it is intended to create a state school a pupil is no longer oriented examinations. However, teachers have to provide each student file filled with student work and will be kept from year 1 to year 6.
Let understand the duties of a teacher teaching, extra-curricular activities, sports training and other causes PBS additional duty for them. PBS is beautiful if teachers given aide in implementing it.
To give more insight / sharing experiences and observations of a teacher, here we give examples of daily tasks that must be performed by a teacher.
- Teachers teach 24 times a week, 8 classes, 1 class of 36 students.
- Completed evaluating one written statement, teachers need to include the statement in the student's individual files, each class (36 students x 8 = 288 class files each time enter and output statement)
- Time of enter statement is at the time when teachers are free.
- Teachers class teach 24 times (1 times = 30 - 40 minutes) is sometimes added times replacing classes for absent teachers make 28 times a week.
With the increasing tasks of the PBS indirectly a burden on the teacher. The teachers urged PBS should be revised so that it can be beneficial to all. Among the proposals of teachers for improvement in PBS is as follows.
Provide a clear understanding to the teacher on PBS
Provide sufficient and good infrastructures such as ICT (Information Communication and Technology) internet connection in rural areas also need to be improved.
SPC (State Education Department) and DEO (District Education Office) should assist schools and teachers who need assistance in implementing PBS.
School management should always help the problem of teachers who do not have internet access.
Teachers not burdened with clerical work.
Provide additional assistant who can help teachers enter data online.
This matter should be taken seriously by the Ministry of Education Malaysia, especially the fate of teachers and students in rural and remote areas such as in Sabah and Sarawak that still far behind in terms of infrastructure and internet connection.
We urge the Ministry of Education to review the PBS so that they can help provide benefits to teachers and students to improve performance in their studies.
Hope the authorities concerned will give due attention to solve the problem of PBS from persisted which can burden the teacher and student performance can also be affected by the implementation of the PBS that is not systematic, organized and perfect.
0 Comments Received
Post a Comment