Penggunaan Wang Tabung Baitulmal Sarawak Perlu Penjelasan
Isu penggunaan wang zakat TBS (Tabung Baitulmal Sarawak) menjadi persoalan setelah Sarawak Report melaporkan wang TBS yang merangkumi hasil kutipan zakat wajib, yang dikutip dari dari umat Muslim yang ikhlas untuk membantu golongan miskin telah disalahgunakan untuk projek-projek utama bangunan komersil.
Menurut laporan tersebut, antara mereka yang dituduh terlibat adalah YB Datuk Ir. Haji Daud Bin Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Baitulmal dan Wakaf telah mendapatkan jutaan ringgit dari dana ini dengan cara menyalurkannya menerusi projek-projek mega pada syarikat miliknya sendiri, Eastbourne Corporation Bhd.
Untuk membersih nama dan menafikan dakwaan tersebut YB Datuk Ir. Haji Daud Bin Abdul Rahman perlu memberi penjelasan terhadap tuduhan Sarawak Report ini sama ada benar atau pun sebaliknya. Ramai pembayar zakat pendapatan ingin tahu kemana hasil potongan zakat bulanan mereka digunakan kerana banyak isu dan masalah orang-orang fakir miskin yang masih belum menerima bantuan zakat sepenuhnya mengadu.
Sejarah penubuhan Baitulmal sudah ada semasa zaman Rasulullah (s.a.w.) dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq. Tetapi Baitulmal dalam erti kata sebenar belum lagi wujud kerana pendapatan negara masih belum berkembang dengan pesat pada ketika itu. Pendapatan negara pada masa itu diperolehi melalui dua sumber, iaitu zakat dan harta yang diperolehi daripada peperangan seperti ghanimah, jizyah dan fai. Pendapatan negara pada ketika itu tidak disimpan lama, ia akan diagih-agihkan terus kepada golongan yang memerlukan seperti golongan fakir, anak-anak yatim dan lain-lain golongan yang memerlukan. Inilah yang menyebabkan fungsi Biatulmal mudah dan tidak begitu ketara penggunaannya pada ketika itu.
Pada Jun lalu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya telah menegaskan sebarang salahguna wang zakat yang disalurkan selain daripada lapan asnaf adalah kesalahan dan dosa besar. Apa pula pandangan Mufti Sarawak dalam masalah penggunaan wang zakat ini selain dari 8 asnaf?
Zakat adalah jumlah harta tertentu yang wajib dikeluarkan oleh orang yang beragama Islam dan diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya (fakir miskin dan sebagainya) menurut ketentuan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Kita mengesa pihak berwajib menyiasat isu penyalahgunaan wang zakat TBS seperti yang dilaporkan dalan Sarawak Report ini secara telus dan adil tanpa berselindung. Pihak TBS juga perlu dedahkan laporan audit kepada pembayar zakat dan siasatan terperinci perlu disegerakan terhadap mereka yang terlibat agar wang zakat tersebut benar-benar digunakan sepenuhnya untuk kebajikan 8 asnaf.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
Utilization of Tabung Baitulmal Sarawak Money Need Clarification
The issue of the use of zakat money of TBS (Tabung Baitulmal Sarawak) become a question after Sarawak Report reported that TBS money include compulsory zakat income, collected from the sincere Muslims to help the poor has been misused for major projects of commercial buildings.
According to the report, among those allegedly involved is YB Datuk Ir. Abdul Rahman bin Haji Daud, Minister in the Chief Minister's Department (Islamic Affairs) and Minister of Sarawak Infrastructure Development cum Chairman of the Board of treasury and Endowments has obtained millions of ringgit from this fund by channeling through mega projects in its own company, Eastbourne Corporation Limited.
To clean his name and denied the allegations YB Datuk Ir. Abdul Rahman bin Haji Daud need to explain Sarawak Report's allegations whether is true or otherwise. Many zakat payers want to know where their monthly zakat deduction proceeds are used because many issues and problems of the poor people who have not received full charity assistance complain.
Establishment history of treasury already existing at the time of the Prophet (peace is upon him) and Abu Bakr Al-Sidiq. But the treasury in the true sense did not exist because the national income still not growing rapidly at that time. National income at the time it was acquired through two sources, namely charity and property derived from the war as ghanimah, jizya and taken away. National income at that time was not kept long it will be distributed directly to those in need such as the poor, orphans and other vulnerable groups. This is what causes the function of Biatulmal simple and not so significant its use at that time.
In June, former Federal Territories Mufti Datuk Md Hashim Yahya has insisted that any abuse of zakat money channeled apart from the eight recipients is a great sin. What are the Sarawak Mufti views of the use of zakat money apart from 8 recipients?
Zakat is a certain amount of property that must be released by a Muslim and given to those who deserve it (the poor, etc.) in accordance with the provisions predetermined by law.
We urge the authorities to investigate the issue of abuse of TBS zakat money as reported in the Sarawak Report in a transparent manner and fair without exception. The TBS must disclose the audit report to the zakat payer and detailed investigations need hastened to those involved so that the zakat money really fully utilized for the welfare of 8 recipients.
0 Comments Received
Post a Comment