KWSP Jangan menghadkan Hak Pencarum Untuk Melabur Dalam Unit Amanah
Menurut kenyataan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Dato’ Ibrahim Taib baru-baru ini dalam laman sesawang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata, “Perlaksanaan kadar caruman penuh sehingga umur 60 tahun ini akan membantu ahli menambah simpanan bagi jangka panjang untuk persaraan mereka.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga membuat keputusan untuk meningkatkan simpanan minimum pencarum untuk memastikan mereka mempunyai lebih wang semasa hari tua, tetapi ini secara tidak langsung akan mengurangkan pelaburan dalam industri unit amanah.
Peraturan baru KWSP untuk mengurangkan pelaburan dalam unit amanah ditetapkan pada ketika peningkatan kos menunjukkan simpanan pencarum tidak mencukupi untuk menampung kehidupan semasa bersara selepas berumur 55, lima tahun di bawah umur persaraan ditetapkan kerajaan iaitu 60.
KWSP telah menyemak semula Simpanan Asas ke kadar yang lebih tinggi, di mana ahli kini perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM196,800 simpanan KWSP menjelang umur 55 (atau bersamaan RM820 sebulan untuk tempoh 20 tahun, dari umur 55 sehingga 75). Kadar Simpanan Asas baharu yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 telah ditanda aras dengan pencen minimum semasa pekerja sektor awam sebanyak RM820 sebulan agar pendapatan bulanan ahli tidak jatuh di bawah garis kemiskinan.
Kita menerima aduan dari orang ramai yang tidak setuju dengan cadangan tersebut kerana menurut mereka berkenaan peraturan KWSP untuk had pengeluaran untuk pelaburan unit amanah adalah amat dikesalkan kerana sudah jelas dan nyata, kerajaan hanya cuba mengekang pengaliran wang keluar atas kepentingan pihak tertentu.
Sekiranya tujuan utama adalah untuk memastikan setiap pencarum mencapai jumlah tertentu (yang lebih tinggi dari tetapan sekarang), maka caruman yang perlu dipertingkatkan, pulangan (dividen) diberikan lebih tinggi dan lebih digalakkan untuk melabur ke unit amanah kerana telah terbukti pelaburan terus ke unit amanah telah membantu ramai pencarum bersara dengan lebih amaun persaraan. Sememangnya ulasan yang diberikan oleh pihak KWSP amat dangkal.
Dengan peraturan baru ini nanti, ianya memberi kesan kepada pendapatan pencarum yang melabur dalam unit amanah dan juga memberi pulangan yang sedikit kepada pencarum dalam KWSP sebab dividen yang diterima dari KWSP setiap tahun kurang dari hasil pelaburan dalam unit amanah.
Kita mengesa pihak KWSP menarik balik peraturan dan mengkaji semula cadangan tersebut kecuali pihak KWSP dapat memberi jaminan kepada pencarum dengan memberi pulangan yang lebih menarik dan menguntungkan para pencarum. Para pencarum yakin hanya dengan melabur dalam unit amanah tertentu dapat memberi pulangan yang lebih baik dan menguntungkan dari hanya menyimpan dalam KWSP tanpa memberi sebarang faedah yang menguntungkan pencarum.
Kita tidak mahu pihak KWSP menghadkan pihak pencarum dari menggunakan hak dan juga simpanan mereka dari membuat pelaburan dan sebagainya.
Walaupun pihak KWSP mengatakan untuk membantu ahli menambah simpanan bagi jangka panjang untuk persaraan mereka tetapi kita khuatir ada agenda tertentu disebalik peraturan baru itu kerana sekarang kerajaan BN sudah kekeringan dana untuk menunaikan janji PRU13 yang lalu akibat janji untuk menaikkan BR1M dan sebagainya.
Harap perkara ini dikaji semula dengan sebaik mungkin agar ianya tidak merugikan pencarum dalam jangka masa panjang. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
EPF Do not Restrict the Rights of Contributors to Invest in Unit Trust
According to the statement by the Deputy Chief Executive Officer of the EPF Operations, Dato 'Ibrahim Taib recently in the website of the Employees Provident Fund (EPF), said, "The implementation of the full contribution rate until the age of 60 years will help members increase long-term savings for their retirement.
The Employees Provident Fund (EPF) has also decided to increase the minimum savings of contributors to ensure they have more money in their old age, but this will reduce investment in the unit trust industry.
EPF new regulations to reduce investment in unit trusts set at a time when rising costs show contributors' savings are not enough to sustain life in retirement after age 55, five years under set by the government retirement age of 60.
EPF Basic Savings revised to a higher rate, in which the members are now required to have at least RM196, 800 EPF savings by the age of 55 (or equivalent to RM820 a month for the next 20 years, from age 55 to 75). New basic savings rate will be effective from January 1, 2014 has been benchmarked with the current minimum pension of public sector workers RM820 a month so that the monthly income of the members are not falling below the poverty line.
We received complaints from the public who do not agree with the proposal because according to them the rules of EPF withdrawal limit for unit trust investment is very regrettable because it was clear and unambiguous, the government tried to stem the outflow of funds on behalf of certain interests.
If the main purpose is to ensure that each of contributors to achieve a certain amount (the higher from current settings), then the contribution should be increased, the returns (dividends) are given higher more than encouraged to invest into unit trusts because has been shown directly to the unit trust investment has helped many retired contributories with more than the amount of retirement. Indeed, the review given by the EPF very superficial.
With the new regulations later, it will affect income of contributors who invest in unit trusts and also give a little return to its contributors in the EPF because dividends received from EPF every year less of the investment return in the unit trusts.
We urge the EPF withdraw the regulations and review of the proposal unless the EPF give assurance to contributors with more attractive returns and rewarding the contributors. The contributors convinced that only by investing in the certain unit trusts can give better returns and profitable from just keep in the EPF without any beneficial interest to the contributors.
We do not want the EPF restrict the contributors from using the rights and also their savings from making investments and so on.
Although the EPF said to help members increase long-term savings for their retirement, but we are apprehensive there is a specific agenda behind the new regulations because now the BN government is dryness of funds to fulfill the promise of 13GE ago due to its promise to raise BR1M and so on.
Hope this matter is reviewed as best as possible so that they are not detrimental to contributors in the long run. Cooperation with the relevant parties to overcome this problem is highly appreciated.
Gua siyes sedih gile bile bace nukilan org pas ni.Kalo mcm ni le gaya seorang pemimpin pas nyesal gua undi lu org.Fikir le bro sebelum nak tulis..
Bro... Kalo asas untuk simpanan pun xde, pastu nak melabur mmg lingkup le. Niat Nak tambah simpanan pastu rugi. So gua sambut baik le cadangan kwsp ni demi masa depan gua.
Gua rase Fakta Nye Dah Jelas, Umor Rakyat Msia Dah Meningkat!! Kang Duit Dah Abis Ko Nak Pinjam Kat Sape.
Cube Korang Tgk, Banyak Sgt Ke Bley Untung Kalo Nak Invest Dalam Unit Trust (Kalau duit KWSP korang ni sampai RM500k – RM1 million lain cite le).
Yang Melalak Tu Semue Unit Trust Ejen Yang Sesenang Dapat 4-5% Komisen... sebab tu dieorg bsing..
At Least Simpanan Dalam Kwsp Ni Xde Risiko And Dijamin!!!!! selamat.. Unit Trust Ni Ko Bolehke Nak Jamin Xde Risiko????
Gua 100% Sokong Le Epf Kaji Balik Amaun Yang nak Dilaburkan. Sebab Last Year Gua Labur Untung Ciput 4%, Epf Nye Dividen Pun 6.15%. Dah le xde risiko selamat plak tu. Memang wajarle EPF letak syarat. Sebab padan muke ejen-ejen unit trust tu bile nak suruh labur untung sampai 10% pn dieorg berani tabor..last-last hampeh. Sekurang-kurangnye simpanan asas @syarat EPF ni akan menyelamatkan korang daripada disembelih dan ditipu idup-idup oleh ejen2 ni...
ada pro & contra dlm masalah ini...jgn cepat melenting dgn menuduh Pas x buat kerja bila issue ini keluar..kalau nk komen biarlah secara profesional. dgr sendiri pandangan orang ramai dulu baru pihak berkenaan dpt bagi keputusan terbaik....
Kumari2, awak ni mpunyai hati yg busuk pd agent awak sbb tu tuhan x mudahkn awak dpt 2.3 kali ganda return dr Kwsp dividen.
Padan muka Kumari2.Dgn ini diistiharkan awak akn merempat d hari tua kerana kecetekan ilmu mjana ekonomi keluarga & negara.