Peniaga Melayu/Bumiputera Sarawak Perlu Pembelaan
Menurut para peniaga yang tidak mahu namanya disiarkan mengatakan, dulu mereka dijanjikan dengan tapak sementara dengan sewa yang berpatutan di sekitar kawasan bangunan 'Center Point' tetapi sekarang mereka tidak dibenarkan berniaga di situ dan dipaksa berpindah ke kawasan lain. Tempat sewa baru sekarang terlalu mahal dan bagi mereka yang berpendapatan kecil sukar untuk berniaga di kawasan baru setelah mereka diarahkan berpindah oleh pihak SEDC.
Sepatutnya pihak SEDC menyediakan tapak sementara atau membina bangunan baru sebelum meroboh bangunan lama tersebut agar mereka dapat meneruskan perniagaan mereka sementara menunggu bangunan baru siap. Mereka juga tidak pasti berapa lama bangunan baru itu siap kerana mereka tidak diberitahu oleh pihak yang berkenaan.
Antara kawasan yang bakal diroboh adalah gerai makan dan 'Tamu' yang sederet dengan bangunan SEDC. Walaupun tujuan mereka hendak membina bangunan baru ini suatu kebaikan untuk para peniaga tetapi cara mereka melayan para peniaga di situ agak keterlaluan tanpa memikir masa depan para peniaga yang sukar untuk mencari tapak sementara dengan sewa yang berpatutan.
Bagaimana hendak memperkasakan ekonomi Bumiputera jika masalah peniaga Melayu/Bumiputera tidak dibela dan terus terpinggir dari arus pembangunan terutama sekali para peniaga kecil yang berniaga dalam kawasan bandaraya.
Kita mengesa pihak SEDC dan mereka yang berkenaan perlu bersikap toleransi dengan para peniaga yang sudah lama berniaga di situ dengan memberi mereka tempat sementara yang bersesuaian dengan sewa yang berpatutan agar mereka tidak hilang mata pencarian sekiranya terpaksa pindah dan menyewa tempat baru yang agak mahal sekarang ini di bandaraya Miri.
Harap masalah ini dapat diselesaikan secara baik diantara kedua belah pihak demi masa depan para peniaga di bangunan SEDC khususnya para peniaga Melayu/Bumiputera yang masih memerlukan tempat yang sesuai untuk meneruskan perniagaan mereka.
Jofri Jaraiee
PAS, Sarawak
English version
English version
Sarawak Malay/Bumiputera traders Need Defences
MIRI - The building of Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) has reached a quarter-century and be unsafe for occupation will be demolished and will be redeveloped to provide comfort to traders doing business there. The Miri SEDC has given notice to the traders to vacate the premises due to it is unsafe and can threaten their safety if they continue doing business in the building.
The SEDC should provide temporary site or build a new building before demolishing the old building so that they can continue their business while waiting for completion of the new building. They also are not sure how long the new building is completed because they were not informed by the parties concerned.
Among the areas to be demolished are food stalls and 'Tamu' in the same row with SEDC building. Despite their intention to build the new building, is a virtue for the traders but the way they treat the traders there is a bit extreme without thinking the future of the traders that are difficult to find a temporary site with a reasonable rental.
This is where the only place for the Malay/Bumiputera traders doing a business in the Miri city while waiting for completion of the new building some of them had to move to a place that is not so strategic to the business. They apply to the SEDC and the parties concerned to provide a temporary site with a reasonable rent for them to continue business in the area.
We urge the SEDC and those concerned should be tolerant with the traders who have long been doing business there to give them the appropriate temporary place with affordable rent so they are not left in the lurch if forced to move out and rent a new place that is quite expensive nowadays in Miri city.
Hope this problem can be resolved amicably between the two parties for the future of the traders in the SEDC building particular the Malay/Bumiputera traders that still need the ideal place to continue their business.
0 Comments Received
Post a Comment