Sambutan Hari Malaysia Tercemar Dengan Pesta Budaya Asing?

MIRI - Hari Malaysia tahun ini akan menjadi lebih besar dan meriah dengan adanya pesta hiburan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Miri bersama-sama dengan Shin Yang Group dan Kelab Selebriti, parti jalanan akan diadakan di hadapan Imperial Palace Hotel pada 15 Sept dari pukul 6 petang sehingga 2 pagi. Acara lapan jam itu akan dihoskan oleh Jin dan Ryan dari hitz.fm menampilkan Mizz Nina, Madu DJ G dan Mocha Girls.

Sarawak bergabung dengan Malaya pada 16hb September 1963 maka dengan itu terbentuklah sebuah Negara Malaysia.  Walaupun pada hakikatnya negara kita belum merdeka sepenuhnya kerana sistem perundangan negara kita masih mengamalkan dan dipengaruhi oleh sistem koloni British. Sepatutnya Malaysia bebas mengamalkan undang-undang sendiri tanpa perlu terikat dengan sistem penjajahan British.

Acara sambutan Hari Malaysia di Sarawak khususnya Miri amat tidak bersesuaian dengan adat resam dan budaya tempatan. Para penganjur lebih memberi tumpuan kepada ‘Street Party’ hiburan yang melalaikan serta mengalakkan gelaja sosial berlaku dikalangan remaja yang berlepak sehingga larut malam.

Sepatutnya pihak yang berkenaan lebih memberi tumpuan dengan mempromosi kebudayaan tempatan bukannya bangga dengan hiburan asing yang melalaikan rakyat tempatan.

Masalah sosial yang banyak melibatkan remaja-remaja Muslim semasa perayaan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa seperti Jakim, Jais dan sebagainya.  Mereka harus dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan iman dan akhlak terutama remaja Muslim yang mudah terpengaruh dengan budaya asing sebagai cara hidup.

Bagi yang bukan Muslim terserah dengan budi bicara mereka sendiri untuk menasihat penganut agama mereka masing-masing. Sekiranya agama mereka tidak melarang penganut mereka melibat diri dengan program hiburan yang melampau, itu adalah hak mereka tetapi yang jelas Islam melarang keras penganutnya terlibat dengan sebarang hiburan yang melampau dan berbentuk maksiat.

Kita sedia bekerjasama dengan pihak Jakim, Jais dan pihak keselamatan untuk membenteras kegiatan tidak bermoral dikalangan umat Muslim dalam negara ini terutama golongan remaja. Mereka yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini boleh merosakkan masa depan negara, agama dan bangsa.Negara boleh terjajah semula sekiranya golongan remaja tidak menghargai kemerdekaan yang dikecapi masakini.

Kita menyeru agar umat Muslim terutama golongan remaja, jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan atau program  hiburan yang melampau dan melalaikan seperti ‘Street Party’. Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar agar kita dapat mencapai kemerdekaan yang sebenarnya menurut ajaran Islam.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Malaysia Day Tarnished With the Foreign Cultural Fest?

MIRI - Malaysia Day this year will be bigger and livelier with the entertainment festival organized by the Miri City Council along with Shin Yang Group and Club Celebrities, street party will be held in front of the Imperial Palace Hotel on Sept. 15 from 6 pm until 2 am. The eight-hour event will be hosted by Jin and Ryan of hitz.fm featuring Mizz Nina, DJ Honey G and the Mocha Girls.

Sarawak joined Malaya on 16th September 1963 and as such is formed a Malaysia. Despite the fact that our country has not been fully independent since our country's legal system is still practiced and influenced by the British colonial system. Malaysia should be free to practice its own laws without having to be bound by the British colonial system.

Malaysia Day celebrations in Sarawak especially in Miri are radically inappropriate with custom and local culture. The organizers are more focused on 'Street Party' mere amusement and encourage social asymptomatic occurs among teenagers who hang out until late at night.

The parties concerned should be more focused on the promotion of local culture rather than proud of the foreign entertainment that lull the local people.

Many social problems affecting Muslim youth during the festival, it should be addressed by authorities such as Jakim, Jais and others. They should be advised not to engage with activities that could damage the faith and morals especially Muslim youth are easily influenced by foreign cultures as a way of life.

For non-Muslims it is up to their own discretion to advise their devotees respectively. If their religion does not forbid them involve themselves with extreme entertainment programs, it is their right, but that is obviously Islam forbids its adherents involved with any form of extreme entertainment and vices.

We are ready to cooperate with the Jakim, Jais and the security to curb immoral activities among Muslims in this country, especially the youth. Those involved with immoral activities can damage the future of the nation, religion and race. The country can be colonized again if the youth do not appreciate the freedom we have achieved today.

We call upon the Muslims, especially the youth, do not engage in any activity or extreme entertainment programs and lull as 'street party'. Go back to the true teachings of Islam so that we can achieve real independence in accordance with Islamic teachings.