Rumah Mampu Milik Patut Diperbanyakkan Untuk Rakyat Sarawak

Menurut laporan akhbar tempatan baru-baru ini, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertekad membantu negeri Sarawak memenuhi keperluan perumahan mampu milik untuk rakyatnya dalam perancangan untuk lima tahun akan datang iaitu untuk membina sebanyak 50,000 unit rumah yang akan dibangunkan dengan kerjasama JPN, Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) selain agensi negeri yang berkaitan,” jelas Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di Wisma Sultan Tengah baru-baru ini.
Kita amat mengalu-alukan hasrat kerajaan negeri Sarawak untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri tetapi mengapa Sarawak hanya diperuntukan hanya 50,000 unit rumah saja daripada sejumlah sejuta rumah mampu milik seperti yang dijanjikan dalam Manifesto BN dalam PRU13 yang lalu.
Sepatutnya kerajaan pusat memperuntukkan lebih kepada Sarawak sekurang-kurangnya lebih dari 100,000 unit rumah mampu milik, dimana Sarawak memiliki tanah yang luas hampir sebesar Semananjung Malaysia. Skim perumahan mampu milik perlu dibina lebih banyak lagi untuk menampung keperluan penduduk tempatan Sarawak yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Syarat untuk memiliki rumah mampu milik juga perlu dipinda dari umur 21-50 tahun kepada 21- 55 tahun dengan pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM5000 kebawah. Harga rumah mampu milik juga perlu dikaji semula sekurang-kurangnya dari RM200,000 kebawah dengan konsep rumah mesra seperti skim perumahan rakyat di zaman Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub (1970-1981) memerintah Sarawak dulu, dimana rakyat diberi se-lot sebuah rumah. Dengan adanya skim perumahan mampu milik ini, sekurang-kurangnya syarikat pemaju perumahan swasta juga akan menurunkan harga dengan berpatutan. Persaingan harga antara pemaju perumahan swasta dan skim perumahan mampu milik akan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih serta mampu memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.
Kebanyakan rumah yang dijual sekarang hanya mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan tinggi, hartawan dan juga pelabur asing dimana akhirnya penduduk tempatan akan menjadi mangsa akibat tidak mampu membeli rumah yang bernilai ratusan ribu sehingga jutaan ringgit itu. Nilai mata wang Malaysia terlalu rendah dibandingkan dengan tukaran mata wang asing dimana warga asing bebas memiliki rumah yang mencecah ratusan ribu hingga jutaan ringgit.
Mungkinkah ini juga salah satu faktor menyebabkan harga rumah terlalu tinggi, dimana warga asing boleh memiliki rumah yang berharga ratusan ribu dan jutaan ringgit di Malaysia selain daripada unsur-unsur ketirisan berlaku. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap masalah rakyat, sepatutnya masalah kos perumahan di Sarawak dapat diatasi dengan sebaiknya dan tidak berlaku kenaikan harga secara mendadak. Apa punca sebenarnya berlaku selain kononnya kos bahan binaan mahal?
Adakah pihak tertentu mengaut keuntungan dari hasil kos perumahan yang mahal tersebut? Inilah masalah yang sering menjadi persoalan rakyat, mengapa rumah di Sarawak terlalu mahal sedangkan ramai lagi penduduk tempatan yang tidak memiliki rumah sendiri selain daripada rumah ibu bapa atau keluarga mereka yang sedia ada.

Disebabkan nilai mata wang Malaysia semakin merosot dibanding dengan negara jiran kita seperti Brunei dan Singapura maka keutamaan patut diberi kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kos sara hidup semakin meningkat sedangkan pendapatan isi rumah semakin berkurangan dan tidak seimbang dengan kos kenaikan harga bahan api dan juga kos sara hidup penduduk yang tinggal di kawasan bandar menyebabkan rakyat hidup dalam kesempitan.
Rumah mampu milik sepatutnya diperbanyakkan di Sarawak sebab Sarawak menjadi deposit kepada kejayaan BN di peringkat pusat, tanpa kemenangan besar BN di Sarawak, kerajaan BN mungkin tidak akan dapat berkuasa semula di peringkat kerajaan pusat, jadi keutamaan untuk rakyat Sarawak perlu diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan pusat.
Kita berharap masalah harga perumahan yang terlalu tinggi di Sarawak dapat diatasi dengan sebaik mungkin oleh pihak kerajaan yang memerintah sekarang dengan memberi keutamaan kepada rakyat yang memerlukannya tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Affordable Homes For the people of Sarawak should be increased

According to local press reports recently, The Ministry of Urban Wellbeing, Housing and Local Government is determined to help the State meet the affordable housing needs of its citizens in planning for the next five years to build 50,000 housing units will be developed in collaboration with SPC, Housing 1Malaysia (PR1MA) and State Housing Company Limited (NHC) apart from the relevant state agencies, "said Sarawak Housing Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg at Wisma Sultan Tengah recently.
We are welcomed the government of Sarawak intention to help low income earners to own their own homes but why Sarawak is only provided for only 50,000 housing units just out of a total of one million affordable houses as promised by the BN in the 13th GE Manifesto before.
The federal government should allocate more to Sarawak at least more than 100,000 units of affordable housing, which the Sarawak has vast land almost as big as Peninsular Malaysia. Affordable housing scheme need to be built more to meet the needs of the local population of Sarawak that have yet to own a house.
House prices in Sarawak are among the most expensive in Malaysia and many local residents that are low-and middle-income cannot afford to own their own homes unless they are forced to buy low-cost houses that are smaller and less quality.
Terms to own affordable housing should also be amended from age 21-50 years to 21-55 years old with a household income of at least 5000 and below. Prices of affordable housing should also be reviewed at least RM200, 000 and below with friendly house concept as housing scheme at the time of Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya'kub (1970-1981) ruled Sarawak before, where people are given per-lot house. With the availability of affordable housing schemes, at least private housing developers will also reduce the price accordingly. Price competition between private housing developers and affordable housing scheme will provide an opportunity for the people to choose and be able to own their own home at an affordable price.
Most of the houses are sold now only affordable to high income earners, wealthy and foreign investors where the local population will ultimately become victims as a result cannot afford to buy the house worth up to hundreds of thousands to millions of ringgit. The value of the Malaysian currency is too low compared to foreign currency exchange where foreigners are free to own houses which reached hundreds of thousands to millions of ringgit.
Could this also one of the factors causing the house price are too high, where the foreigners can own the house costing hundreds of thousands and millions of ringgit in Malaysia apart from leakages occurring elements. As a responsible and caring government to the people's problems, should the cost of housing in Sarawak problem can be resolved properly and there is no price increase dramatically. What is a cause actually happens besides so-called expensive cost of building materials?
Do certain parties make money from revenue such costs of expensive housing? This problem is often a question of the people, why houses in Sarawak are too expensive when there are many other local residents that do not own their own home apart from their parents' home or their existing family.
We urge the government to give more people an opportunity to own their own homes by providing housing lots so that they can build their own or buy housing scheme of affordable housing at an affordable price.

Affordable houses should be increased in Sarawak because Sarawak became a deposit to the success of BN at the federal level, without the BN victory in Sarawak, the BN government may not be able in power again at the federal government level, so a priority for the people of Sarawak should be given due attention by the federal government.
We hope that housing prices that are too high in Sarawak can be properly addressed by the present ruling government to give priority to people that need it regardless of race, religion and political affiliation.
0 Comments Received
Post a Comment