Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)


TENGOK ESOK INI AKAN BERLAKU:

1 - gula tidak baik untuk kesihatan
2 - minyak tidak baik untuk kesihatan
3 - gas tidak baik untuk kesihatan

PERBANDINGAN

1 - harga minyak lebih mahal di sweden
2 - harga gas ;ebih mahal di norway
3 - harga gula lebih mahal di canada

SUBSIDI

1 - kerajaan masih memberi subsidi
2 - kerajaan jaga harga jangan naik
3 - kerajaan pastikan semua harga betul

MAKA AKAN DI PENTASKAN DRAMA SWASTA

1 - drama pekedai runcit di tangkap kerana jual mahal
2 - drama menteri pasar ayam
3 - drama menteri duduk minum teh kurang gula :)

NOTA:
nak tahu kenapa naik 12 tengah malam ini
kerana parlimen sudah habis bersidang
kalau parlimen ada ...pasti ada telinga terbakar nanti...:)
dan bayaran "penjimatan" pergi kemana?
Mungkin buat rumah agam Taib Mahmud;komisen kapal selam;projek istana negara
Rakyat harus ubah cara hidup atau ubah kerajaan rasuah ini......?