Apabila data menunjukkan Thailand yang seantero dunia tahu tentang kekecohan dan huru-hara yang berlaku di negara itu menerima FDI jauh lebih baik daripada Malaysia, maka sudah tentu orang yang jahil tentang teori/istilah ekonomi seperti saya berasa pelik dan hairan.
Timbul persoalan, apakah yang mempengaruhi pelabur asing sehingga mereka meminggirkan Malaysia yang "aman" lalu memilih Thailand yang huru hara? Apakah ditakuti oleh pelabur asing sehingga mereka memilih Thailand yang keadaan politiknya huru hara?
Sedar atau tidak, Thailand yang huru hara dan melalui rampasan kuasa tentera nampaknya berjaya menarik pelaburan asing JAUH LEBIH TINGGI dari Malaysia. Selama ini UMNO kerap memainkan fitnah kononnya pembangkang suka buat huru hara, rupanya Thailand yang huru hara berjaya mengaut pelaburan asing yang lebih tinggi dari Malaysia.
Ini jelas menunjukkan penipuan UMNO selama ini. UMNO kerap mengatakan pelabur asing tidak akan masuk ke MAlaysia sekiranya ada demonstrasi dan tunjuk perasaan berterusan. Hakikatnya, UMNO takut rakyat berdemo memprotes tindakan UMNO mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA.
Bayangkan, sepanjang 4-5 tahun lepas, bukan sahaja berlaku demonstrasi, kerajaan Thailand terpaksa mengisytiharkan undang-undang darurat kerana keadaan begitu tidak terkawal. Malahan, IMF telah menganggarkan pertumbuhan ekonomi Thailand mencecah 7% pada tahun 2010, yang mana dalam tahun yang sama berlaku demonstrasi besar-besaran yang menyebabkan Lapangan Terbang Thailand terpaksa ditutup dan kota Bangkok lumpuh.
Para demonstran bukan sahaja menutup Lapangan Terbang Bangkok, mereka juga menyerbu Parlimen Thailand. Jangan kita lupa, kebangkitan rakyat Pattani di Selatan Thailand yang sudah berjalan lebih 5 tahun. Di Haatyaai, pergi ke mana-mana kampung Melayu, semua orang bersenjata. Pakai kain pelikat pun, mereka bawa pistol. Pergi surau pun bawak pistol. tapi, pelaburan di Thailand kedua tertinggi di ASIA Tenggara. Pada enam bulan pertama 2010, pertumbuhan ekonomi Thailand berada pada tahap 10%.
Apa punca pelabur asing tidak memilih Malaysia sebagai kawasan strategi untuk melabur dan mengembangkan perniagaan?
Selain sistem kehakiman yang diragui, dan amalan rasuah dan kronisme seperti yang ditekankan dalam blog MW, sudah tentu kes liwat, skandal yang membabitkan PM dan menteri, isu perkauman dan keagamaan yang dimainkan oleh sesetengah pihak mempengaruhi minat pelabur asing. Semua faktor ini mempernagruhi kemasukan pelabur asing ke Malaysia.
Ada orang mempersenda apabila orang mengatakan bahawa pelabur asing memboikot Malaysia kerana tidak berpuas hati dengan Drama Liwat II. Kata mereka, :Apa kena-mengena kes liwat ini dengan pelabur asing?"
Namun, apabila puluhan MP dari luar negara menyatakan sokongan kepada DSAI, tidakkah mereka terfikir bahawa protes yang ditunjukkan oleh MP-MP itu mempengaruhi minat tokoh korporat di negara masing-masing untuk melabur di negara ini?
Itu baru perihal Drama Liwat II, bagaimana pula dengan skandal, rasuah, kronisme, isu perkauman yang sering dimainkan oleh sesetengah pihak?
Selebihnya, anda fikirlah sendiri!
Blogger Ekonomi
FDI..Antara Thailand dan Malaysia ,tanahairku
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
July
(27)
- FDI..Antara Thailand dan Malaysia ,tanahairku
- NO Voter Registration Form In Sarawak?
- Guru Dibenar Politik Jangan Untuk Guru BN Sahaja
- Illegal Lottery collecting taxes for Goverment?
- Oxford Demo Against Taib Mahmud
- Dewan Muslimat PAS Miri perkukuh Wanita Pakatan Ra...
- NCR Land.Another Election Goodies?
- Janji Tinggal Janji
- 107 Million in 1 day?What did Thief Minister do fo...
- PAS Miri tembusi kubu BN
- Pakatan Sarawak bersedia hadapi Pilihanraya Negeri.
- CERAMAH UMUM: MINYAK NAIK LAGI BERSAMA TN HJ MAT SABU
- BN=Barang Naik
- Pasir oh Pasir
- Rakyat Didahulukan;750 Juta Subsidi Ditarik Untuk ...
- Murid 9 tahun hilang
- More reports against Taib's billions
- Where to now,Sarawak?
- Isra' dan Mikraj...Pengajaran Buat Pejuang Agama A...
- Pakatan Miri Selami Masalah Penjaja Mosjaya
- PAS Miri Kesal Kenyataan Ketua Polis dan Alfred Jabu
- Laporan SPRM Buat Taib Mahmud
- Pilihanraya DUN:Komponen Pakatan bersiap sedia.
- Disebalik Warna..Oren vs Biru
- Pendedahan Harta Taib dan kroni:PBB Serang Blog Ra...
- Himpunan Gerakan Membantah Judi 3 Julai 2010
- Lagi Harta Milik Taib Mahmud di luar negara
-
▼
July
(27)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment