PAS/MIRI/2010/PRKSWK/13 08 JULAI 2010, 26 REJAB 1431H



السلام عليكم ورحمة الله وبكاته
KENYATAAN MEDIA RASMI

Laporan badan NGO Penan Support Group(PSG) setelah beberapa laporan sebelum ini dikesampingkan oleh Kerajaan BN dan pihak berkuasa benar-benar membangkitkan kemarahan Alfred Jabu dan Ketua Polis Sarawak.Penan Support Group yang terdiri daripada 36 badan bukan kerajaan (NGO) mengeluarkan laporan bertajuk "A Wider Context of Sexual Exploitation of Penan Women and Girls in Middle and Ulu Baram, Sarawak.Laporan itu mendedahkan tujuh lagi wanita Penan yang mendakwa diri mereka dirogol atau didera secara seksual oleh pekerja balak berikutan misi mencari maklumat oleh kumpulan tersebut pada November tahun lalu.

Pada tahun lalu, Bruno Manser Foundation dan sebuah akhbar tabloid melaporkan bahawa wanita Penan dirogol dan didera secara seksual oleh pekerja balak di Ulu Baram. Bagi PAS;seharusnya pihak yang diberi amanah janganlah cepat melenting dengan laporan tersebut. Sebagai seorang yang berakal;Ketua Polis dan Alfred Jabu seharusnya membuktikan kesungguhan untuk menubuhkan badan siasatan bebas bagi menyiasat laporan ini. Logikkah akal fikiran mengharapkan Gadis Penan ini untuk tampil sendiri ke Balai Polis;sekiranya jarak perjalanan dari Ulu Baram ke Miri itu sendiri cukup sukar perjalanannya dan ditambah pula dengan taraf hidup serba kekurangan dan lemahnya infrastruktur penduduk ini. Adakah pihak berkuasa tidak ambil tahu asas ini.Lihat apa terjadi pada kelompok masyarakat orang Ulu yang hadir bagi mendapat rawatan Malaria di Miri kelmarin. Sudahlah terpaksa bersusah payah mengumpul wang kesana kemari;tapi tiada kemudahan rumah transit disediakan seperti janji kerajaan BN sebelum ini.Lainlah seperti ahlipoltik BN;sudahlah kaya raya di Sarawak;harta berbilllion pula di luar negara.

Lihatlah kebanyakan penduduk peribumi Sarawak ini yang terus ketinggalan dari sudut kemudahan luar bandar untuk mendapat hak perlindungan keselamatan dan utiliti asas seperti jalanraya penghubung dengan dunia luar. Janganlah kerana dek tekanan kecil sebegini ;pihak bertanggungjawab saling menyalahkan orang lain dan menutup kes sebegitu sahaja. Kalau ia melibatkan anggota Pakatan Rakyat;baru sekadar dituduh "songlap" RM 2,400 pun ditahan sampai ke malam menjelang hari perkahwinan. Malah lembu pun jadi isu dan siasatan bersungguh pihak berkuasa. Kalau himpunan aman Pakatan ;pihak polis sedia menyediakan lebih 3-4 ribu petugas;kenapa bagi rakyat Penan yang hidup serba dhaif di negeri kaya sumber asli ini ;yang sudah beberapa kali dilaporkan dianiaya ;tidak ada kesungguhan pihak berkuasa menyelesaikannya.

Masakan pokok tidak bergoyang kalau tiada angin.Sekali lagi PAS Miri;dengan nada tegas mahu pihak Polis dan pimpinan BN bersikap profesional dan tidak mudah melenting tentang isu ini. Adalah menjadi kewajiban kerajaan yang adil bagi memelihara keselamatan dan kemudahan kaum Minoriti.Janganlah hanya tunggu Najib turun baru hendak bertindak.