Disaat lawatan PM Najib ke Miri esok 22 julai ;kehadiran Tuan Haji Muhammad Sabu dalam rangka kerja program penerangan bersama rakyat di Miri mendapat sambutan diluar jangkaan. Sebaik tiba di Miri pada petang Isnin;Tuan Haji Muhammad Sabu telah mengadakan Liqa ‘ Fikri bersama penggerak PAS Kawasan Miri.

Mesej yang jelas difahami oleh semua pendokong PAS adalah menggiatkan usaha dakwah,siasah dan tarbiyyah dalam memastikan perkembangan menegakkan keadilan dan kebajikan untuk semua rakyat berteraskan ajaran Islam. Lebih 70 petugas PAS Miri hadir dalam program itu.Tuan Haji Md Sabu juga berkongsi pengalaman sewaktu menerima ancaman dan ugutan serta tahanan ISA ;dan menyuntik semangat untuk tidak takut pada musuh atau ujian;dengan mendekatkan diri pada ALLAH dengan memperbanyakkan Qiamullail dan bertahajud. Di peringkat Jemaah;beliau mengingatkan tentang peri pentingnya ukhwah sesama ahli serta sokongan keluarga bagi meastikan perjuangan yang istiqamah dalam menghadapi tribulasi perjuangan ini sambil menceritakan pengalamansemasa dibawah tahanan ISA;beliau menerima sokongan semangat dari isteri dan seluruh rakan seperjuangan Islam.

Pada sebelah pagi Selasa ; Tuan Haji dibawa melawat sekitar Miri sebelum bergerak ke Pasar Emart bagi merasmikan kedai Emas Muslim pertama di Miri;Kedai Emas Nik Pa. Beliau mengingatkan akan peripenting memperkukuhkan model ekonomi Islam bagi menggantikan sistem ekonomi kapitalis yang jelas gagal seperti yang telah berlaku kini dengan krisis demi krisis ekonomi yang berlaku.Pada tengahari;beliau bersama pimpinan komponen Pakatan Rakyat Miri,Dr Micheal Teo(PKR),Mdm Eunice Lim(DAP) dan Mdm Magdeline(SNAP) dalam satu majlis makan tengahari. Kehadiran beliau turut mendapat liputan akhbar tempatan seperti See Hua Daily,Sinchew Miri,Utusan Borneo dan Borneo Post.

Pada malam pula satu ceramah perdana diadakan di Pujut Adong;satu daripada kubu kuat BN di Miri. Sungguh menakjubkan sambutan lebih 500 penduduk setempat menyebabkan lalulintas agak sesak. Walaupun hujan turun dengan lebat ,penduduk tidak berganjak bagi mendengar penjelasan dari pimpinan Pakatan Rakyat. Wakil SNAP;Mdm Magdeline dengan tegas mengingatkan saingan PR DUN kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah DUN Sarawak. Dengan kerjasama kuat 4 komponen PR ;beliau yakin rakyat akan melakukan perubahan besar khasnya di kerusi Bandar pada PR DUN akan datang. Tuan Haji Jofri;TDP Kawasan Miri;mengucapkan terimakasih kepada semua penduduk tempatan yang semakin berani dalam membawa mesej keadilan Islam yang semakin diterima semua masyarakat.

Tuan Haji Muhammad Sabu dalam ucapan lebih satu jam diselang seli dengan jenaka berfakta ;menegaskan biarpun PAS di Sarawak masih baru;namun peningkatan sambutan rakyat telah menggerakkan gerakkerja parti itu disatu tahap yang memberansangkan. Beliau yakin sentimen pengundi di Semananjung khasnya pengundi Cina bandar akan berpihak pada Pakatan Rakyat kali ini di Sarawak. Melihat situasi ini beliau menaruh keyakinan PR akan merampas minima 1 kerusi DUN Miri dalam PR DUN akan datang. Pada program malam tadi satu lagi Cawangan PAS Miri;Cawangan Pujut Adong ditubuhkan ,ini yang keenam dalam jangkawaktu 1 tahun ini. Pujut Adong Miri yang dahulunya kubu PBB/BN kini ditembusi PAS. Tidur Taib Mahmud dan Najib kini sudah tidak lena lagi.