Pakatan Rakyat(PR) Miri diketuai saudara Fong Pau Teck(Ketua DAP Miri) mahu Majlis Bandaraya Miri (MBM) mempercepatkan pembinaan tapak yang baru untuk penjaja di kawasan Morsjaya.Jurucakap PR,Timbalan Pengerusi PKR Miri, Jemat Panjang berkata, pihaknya banyak menerima aduan daripada penjaja yang memberitahu lokasi yang ada sekarang sesak dan tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
Katanya, masalah utama yang dihadapi ialah, penjaja terpaksa meletakkan barang jualan mereka di kawasan letak kereta, di tepi jalan dan ini menyebabkan kawasan tersebut sesak dan padat.
“Apabila penjaja mula menggunakan petak letak kereta, sudah tentu tidak ada ruang kereta. Ini menyukarkan urusan orang ramai yang berkunjung ke situ,” katanya selepas mengadakan tinjauan di Morsjaya petang tadi
Menurut Jemat, masalah itu telah dikemukakan kepada MBM dan mereka sudah pun berjanji akan membuat tapak yang sesuai untuk para penjaja di situ.
Katanya, MBM sejak lima tahun lalu berjanji membuat tapak yang sesuai untuk penjaja di situ, namun hingga ke hari ini ia belum menjadi realiti.
“Oleh itu, kami berharap MBM mengotakan janji memandangkan ramai penjaja di situ mempunyai lesen sah yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.”
Tambahnya, penjaja di situ memerlukan tapak berniaga yang lebih luas untuk keselesaan penjaja dan pengunjung, apatah lagi dengan pembukaan sebuah kompleks beli-belah di kawasan berhampiran.Jemat mencadangkan agar MBM turut membuat pemantauan bagi menggelakkan penjaja-penjaja haram berniaga di kawasan itu.
Sementara itu,di Pasar Malam Saberkas,PAS Miri membuat tinjauan susulan petang tadi seusai Asar bagi mendapatkan maklumat terbaru dan memantau sendiri suasana Pasar Saberkas setelah mengambil kira janji MBM sewaktu serahan memorandum Pakatan kira kira 2 bulan lalu. Beberapa peniaga ditemui merasakan masih banyak janji yang masih belum dilaksanakan malah telah mendedahkan beberapa maklumat tentang salah lalu melibatkan komponen BN tentang tapak pasar malam Saberkas itu. Pihak Pakatan berjanji akan bersama peniaga Pasar Malam demi memelihara kebajikan mereka semua.
Pakatan Miri Selami Masalah Penjaja Mosjaya
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
July
(27)
- FDI..Antara Thailand dan Malaysia ,tanahairku
- NO Voter Registration Form In Sarawak?
- Guru Dibenar Politik Jangan Untuk Guru BN Sahaja
- Illegal Lottery collecting taxes for Goverment?
- Oxford Demo Against Taib Mahmud
- Dewan Muslimat PAS Miri perkukuh Wanita Pakatan Ra...
- NCR Land.Another Election Goodies?
- Janji Tinggal Janji
- 107 Million in 1 day?What did Thief Minister do fo...
- PAS Miri tembusi kubu BN
- Pakatan Sarawak bersedia hadapi Pilihanraya Negeri.
- CERAMAH UMUM: MINYAK NAIK LAGI BERSAMA TN HJ MAT SABU
- BN=Barang Naik
- Pasir oh Pasir
- Rakyat Didahulukan;750 Juta Subsidi Ditarik Untuk ...
- Murid 9 tahun hilang
- More reports against Taib's billions
- Where to now,Sarawak?
- Isra' dan Mikraj...Pengajaran Buat Pejuang Agama A...
- Pakatan Miri Selami Masalah Penjaja Mosjaya
- PAS Miri Kesal Kenyataan Ketua Polis dan Alfred Jabu
- Laporan SPRM Buat Taib Mahmud
- Pilihanraya DUN:Komponen Pakatan bersiap sedia.
- Disebalik Warna..Oren vs Biru
- Pendedahan Harta Taib dan kroni:PBB Serang Blog Ra...
- Himpunan Gerakan Membantah Judi 3 Julai 2010
- Lagi Harta Milik Taib Mahmud di luar negara
-
▼
July
(27)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
Teruskan perjuangan yang menggetarkan kecut perut BN/PBB di Miri...