AlhamduliLLAH;setelah Hj Mat Sabu;minggu ini giliran Doktor Asiah Ali;AJK Lujnah Tarbiyyah Dewan Muslimat PAS Pusat berada di Miri dalam misi program bersama masyarakat setempat. Program bermula dengan pertemuan bersama petugas Muslimat PAS Miri bermula selepas Isya' Sabtu. Dalam sesinya,Doktor menegaskan akan peri pentingnya kaum Muslimat bergerak bersama kamum Muslimin dalam menegakkan perjuangan PAS demi memartabatkan PAS. Dalam nada tegas diselang seli dengan pengalaman selaku seorang ibu,isteri dan kini sudah bergelar nenek kepada 4 orang cusu, Dr Asiah mengingatkan kepada para amilin PAS agar mengukuhkan institusi kekeluargaan agar memastikan pelapis masa hadapan mampu memelihara masyarakat dari sebarang anansir buruk. Isu seperti gejala bohsia;mat rempit dan pergaulan bebas menjadi fokus utama Muslimat bagi memastikan suasana "Bai'ah Solehah" dapat ditegakkan.

Pada sebelah pagi Ahad 25 Julai;bertempat di Pujut Adong;Dr Asiah diringi pimpinan Dewan Muslimat PAS Miri;Puan Ummu Amjad; Mdm Eunice Lim(DAP) dan Mdm Magdeline Payau (SNAP) telah turut serta dalam program kebajikan pembelaan rakyat . Seramai 21 keluarga telah menerima sumbangan dari PAS Kawasan Miri.



PAS Kawasan Miri juga telah mebuka kaunter pendaftaran dan semakan pengundi. Sebanyak 20 ahli baru diterima masuk menertai PAS Cawangan Pujut Adong yang baru dirasmikan Selasa lalu.

Selesai di Pujut Adong;rombongan bergerak ke rumah saudara Muli Amir di Kg Pengkalan Lutong, yang telah ditimpa musibah ,apabila rumahnya terlibat dengan kebakaran pada pagi Jumaat lalu. PAS Kawasan Miri diketuai YDP;telah menyampaikan sumbangan ringkas disamping mendoakan agar keluarga Muli diberi kemudahan rezeki;disamping sabar menghadapi ujian dari ALLAH ini.

Pihak yang ingin menderma melalui Tabung Kebajikan PAS Miri;boleh menghubungi PAS Kawasan Miri melalui talian 0124657256/0138376583.