MIRI: Lima puluh sembilan keluarga melibatkan 296 penghuni hilang tempat berteduh selepas rumah mereka dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Sealine Lutong, kira-kira jam 8.30 malam semalam (Ahad).
Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri Alli Bema ketika dihubungi semalam memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.40 malam, seterusnya bergegas ke lokasi kejadian.
“Kita mengambil masa hampir dua jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran dengan dibantu oleh 28 anggota dan empat jentera pemadam api dari Balai Bomba Miri dan Lopeng,” katanya.
Ditanya punca kebakaran itu, beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan rapi berikutan rumah di kawasan setinggan berkenaan terlalu rapat dan kini sedang mengenal pasti mangsa yang terlibat.
Menurut saksi kejadian, Mundum Salang, 56, kebakaran itu disedari apabila beliau bersama anaknya yang baru pulang dari memukat ikan melihat kepulan api marak bermula dari rumah bersebelahan rumahnya.
“Ketika kejadian kami baru balik dari laut menangkap ikan dan apabila hendak sampai di rumah kami ternampak kepulan asap diiiringi api yang sedang marak menyambar beberapa rumah berhampiran,” katanya.
Katanya, pada masa kejadian, lima orang lagi ahli keluarganya, kesemuanya wanita berada di dalam rumah berkenaan namun kesemuanya berjaya menyelamatkan diri.
“Saya hanya sempat berteriak dan mengarahkan ahli keluarga saya serta jiran berdekatan menyelamatkan diri kerana api pada masa itu sedang marak,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.Mundum memberitahu, ketika kejadian, kebanyakan penghuni di kawasan setinggan berkenaan adalah wanita dan kanak-kanak sementara suami mereka bekerja di pelantar minyak.
“Kami hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting seperti sijil lahir dan kad pengenalan sementara harta benda lain musnah dijilat api,” jelasnya.
Sementara itu, 59 keluarga terbabit kini ditempatkan sementara di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cawangan Miri.
59 Keluarga Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
August
(24)
- KENYATAAN MEDIA: PAS Seru PBB,UMNO Kembalilah Pa...
- Separuh Masa Kedua Ramadhan ...Piala Taqwa
- Anak Beranak Taib Rampas Hak Rakyat
- SPR luluskan 18 Penolong Pendaftar dari PAS Miri,t...
- Tabung Kemanusiaan HARAKAH
- Ramadhan perkukuh ikatan Pakatan Rakyat Miri
- Hudud ALLAH Untuk Kebaikan Ummah
- Whither the Malaysian Economy
- ISLAM Penyelesai Masalah Kebejatan Moral
- PAS Rentasi Sempadan Masyarakat
- Projek BN Tiris Lagi!
- Bakun;antara lubuk Emas Taib dan Kroni serta nasib...
- Salam Ramadhan 1431H
- UNMASKED!Taib Mahmud owns Sakti International!
- 59 Keluarga Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran
- Race-based policies to help poor un-Islamic, says ...
- Bersama Pakatan Rakyat Lakukan Perubahan
- Ramadhan Bulan Tarbiah
- PAS desak isu Penan dibahaskan di Dewan Rakyat
- PAS Sarawak Reject Soon Koh Action
- Rm$20 million for NCR survey – for whose pocket?
- Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri ...
- BN Terdesak
- Soon Koh Decision Stupid!
-
▼
August
(24)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment