BINTULU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan menghimpunkan wakil-wakil masyarakat Penan sekali gus berbincang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kuala Lumpur untuk membawa wakil Penan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi mendesak isu Penan dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan dalam Dewan Rakyat.Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat merangkap Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Mazlan Aliman berkata, pihaknya berharap Perdana Menteri dan kerajaan pusat mengambil tindakan serius berkenaan isu Penan.
“Tindakan itu dibuat memandangkan ada kalangan masyarakat Penan yang tidak bersekolah dan tidak ada pendidikan, serta bimbang adat, budaya dan kaum mereka akan pupus pada masa hadapan.
“Bagaimana untuk mereka membentuk komuniti merupakan satu kebimbangan bagi mereka (Penan),” katanya pada sidang media di sini semalam.
“Kita telah berjumpa dengan (masyarakat) Penan. PAS amat dukacita dan kesal bagaimana layanan diberikan kepada Penan meskipun jumlah mereka tidak ramai,” katanya.
Mazlan yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Tenggara merangkap Pengerusi Biro Tanah dan Pembangunan berkata, walaupun Penan kaum minoriti yang dahulunya semasa tinggal di hutan mereka tidak memerlukan kad pengenalan dan apabila dipindahkan mereka kini terdedah dengan dunia luar.
“Namun apabila terdedah dengan dunia luar mereka tiada peluang kerja dan tiada pendidikan sebab ketiadaan sijil lahir dan tiada kad pengenalan. Kerajaan perlu berusaha untuk menangani isu Penan yang tiada kerakyatan ini,” jelasnya.
Mengenai pampasan yang diberikan oleh kerajaan katanya, wakil Penan bersetuju berhubung cadangan supaya projek empangan Bakun memberi royalti bagi pakej jaminan masa depan mereka.
“Ini merupakan projek berskala besar yang menampung permintaan yang tinggi dan peratus tertentu dalam bentuk royalti yang diberi akan membolehkan ia menjadi tabungan untuk pendidikan dan sara hidup Penan,” katanya.
“Cadangan ini harus dipertimbangkan oleh kerajaan memandangkan Penan telah kehilangan tempat tinggal mereka,” ujarnya.
Mazlan berkata, dalam lawatan kerja pada 2 Ogos lalu ke kawasan penempatan Penan di Belaga, pihaknya telah meninjau perkembangan terkini masyarakat Penan di Sarawak.
“Pihak kita telah bertemu dengan Penan di rumah panjang dan tempat tinggal asal mereka yang terlibat dengan projek Bakun,” katanya.
Menurutnya, keresahan dan kebimbangan masyarakat Penan pula dari segi mata pencarian memandangkan mereka tidak dapat berburu, hilang mata pencarian dan tidak dapat berbuat apa-apa.
“Pampasan berkaitan tempat dipindahkan pula hanya berkaitan pampasan memindahkan kubur sahaja. Tempat tinggal baru untuk lebih kurang 2,000 Penan amat menyedihkan,” katanya.“Pihak kita juga akan turun sekali lagi ke kawasan pedalaman Murum, Belaga untuk mengetahui sejauh mana perkembangan siasatan polis berkenaan isu rogol Penan dan bagaimana tindakan kerajaan negeri dan polis. Seterusnya maklumat itu akan kita kumpul,” tambahnya lagi.
Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, keadaan Penan yang ditempatkan di penempatan sementara selama tiga tahun amat berbeza dengan kehidupan mereka sebelum ini sekali gus menyebabkan psikologi dan emosi mereka terganggu.
“Kita terperanjat apabila melihat kaum tertua di Sarawak ini yang tinggal dalam hutan tertua tetapi tidak diberi keistimewaan,” katanya sambil berharap kerajaan memahami keperluan mereka seperti slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian DiUtamakan.
PAS desak isu Penan dibahaskan di Dewan Rakyat
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
August
(24)
- KENYATAAN MEDIA: PAS Seru PBB,UMNO Kembalilah Pa...
- Separuh Masa Kedua Ramadhan ...Piala Taqwa
- Anak Beranak Taib Rampas Hak Rakyat
- SPR luluskan 18 Penolong Pendaftar dari PAS Miri,t...
- Tabung Kemanusiaan HARAKAH
- Ramadhan perkukuh ikatan Pakatan Rakyat Miri
- Hudud ALLAH Untuk Kebaikan Ummah
- Whither the Malaysian Economy
- ISLAM Penyelesai Masalah Kebejatan Moral
- PAS Rentasi Sempadan Masyarakat
- Projek BN Tiris Lagi!
- Bakun;antara lubuk Emas Taib dan Kroni serta nasib...
- Salam Ramadhan 1431H
- UNMASKED!Taib Mahmud owns Sakti International!
- 59 Keluarga Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran
- Race-based policies to help poor un-Islamic, says ...
- Bersama Pakatan Rakyat Lakukan Perubahan
- Ramadhan Bulan Tarbiah
- PAS desak isu Penan dibahaskan di Dewan Rakyat
- PAS Sarawak Reject Soon Koh Action
- Rm$20 million for NCR survey – for whose pocket?
- Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri ...
- BN Terdesak
- Soon Koh Decision Stupid!
-
▼
August
(24)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment