Sebuah syarikat yang dimiliki oleh anak-anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya memperolehi tiga bidang tanah di Kuching pada harga yang tersangat rendah. Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri itu kehilangan potensi pendapatan RM300 juta.Ahli parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen yang membuat pendedahan itu berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan seluas 269 ekar di bandaraya itu kepada Monarda Sdn Bhd pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu pada kadar purata RM291,000 bagi setiap ekar.
"Harga pasaran adalah dalam lingkungan RM1.5 juta dan RM2 juta bagi setiap ekar. Jika dijual secara tender, kerajaan negeri akan memperolehi pendapatan antara RM400 hingga RM500 juta,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
"Harga pasaran adalah dalam lingkungan RM1.5 juta dan RM2 juta bagi setiap ekar. Jika dijual secara tender, kerajaan negeri akan memperolehi pendapatan antara RM400 hingga RM500 juta,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Sebaliknya, Monarda, yang mempunyai modal berbayar RM100 hanya perlu bayar RM78.28 juta untuk tiga bidang tanah itu,” katanya.
"Kami tuntut kerajaan negeri beri penjelasan penuh dan bertanggung-jawab kepada rakyat Sarawak,” kata Chong yang juga adalah setiausaha DAP Sarawak.
Modal berbayar RM100
Tiga bidang tanah itu terletak bersebelahan lapangan terbang antarabangsa Kuching berhampiran Stutong. Terdapat pangkalan tentera udara di lokasi yang sama.
Monarda diterajui oleh ank sulung Taib - Abu Bekir, yang memegang 52 saham dan seorang yang dikenali sebagai Choong Sun Nam, yang memiliki 12 saham.
Pemegang saham lain termasuk, anak perempuan Taib - Jamilah dan Hanifah Hajar, serta menantunya Anisa Hamidah Abdullah, yang masing-masing juga memegang 12 saham.
Chong, yang mengesan kaitan keluarga Taib itu melalui semakan pendaftaran tanah dan syarikat berkata pengasingan tanah itu adalah yang terbesar pernah dilakukan.
"Tanah ini sekarang adalah kosong dan Monarda tidak menjalankan sebarang urusniaga sejak ia ditubuhkan,” katanya.Awal tahun ini, tiga aduan dibuat kepada Suruhanjaya Anti Pencegahan Rasuah Malaysia yang mendakwa Taib dan keluarganya menggunakan kedudukan mereka bagi menguasai empayar hartanah bernilai RM3 bilion.
Dua dokumen didedahkan di laman sesawang Sarawak Report yang mendakwa Taib menggunakan proksi bagi mengawal kepentingan sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Sakti International Corporation, yang ketika itu bernilai US$80 juta (RM250 juta).
0 Comments Received
Post a Comment