AlhamduliLLAH,18 orang diketuai oleh YDP PAS Miri,Tuan Hj Jofri telah diluluskan sebagai Penolong Pendaftar Pilihanraya hari ini. Untuk makluman boleh hubungi Ketua Penerangan PAS Miri ,M Azwan di talian 0133603290.
Sementara itu, PAS Kelantan antara paling tinggi berjaya menarik pengundi baru di negeri itu mendaftar sebagai pemilih berbanding di negeri Pakatan Rakyat yang lain.
Dalam rekod senarai pemilih didaftar Penolong Pendaftar dari Januari hingga Jun 2010, bagi parti-parti utama di Semenanjung, PAS Kelantan merekodkan sejumlah 15,853 pendaftaran pemilih baru yang majoritinya adalah Melayu.
Berbanding di Terengganu, PAS negeri itu berjaya mendaftarkan 4,291 pengundi baru manakala di Kedah (6,583) dan di Selangor (4,516).
Jika dilihat dari sudut keberjayaan dan kesungguhan menarik pengundi baru mendaftar sebagai pemilih, maka tidak hairanlah kenapa PAS Kelantan mampu mengekalkan kuasa mereka lebih dari 20 tahun.
Untuk parti politik pula, DAP paling ramai mendaftar pemilih baru iaitu 55,321, diikuti Umno (54, 872 dan PAS (38,631).Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Harun , PAS negeri itu mempunyai strategi tersendiri dalam usaha menarik pengundi baru mendaftar.
"Daftar pemilih satu kerja yang orang yang kata kalau tak gigih tak boleh buat, kalau tak bersemangat betul tak boleh buat dan kita ada strategi sendiri yang tak boleh didedahkan," katanya.
Menurutnya lagi, kejayaan tersebut juga didorong kesungguhan setiap ahli PAS negeri itu yang bergerak mencari pemilih baru boleh dikatakan hampir setiap hari.
"Daftar pemilih ini memang kita buat dari semasa ke semasa, setiap hari.
"Semua terlibat, setiap ahli terlibat dengan daftar pemilih ini sebab kalau mak ayah dia kuat PAS sekalipun, tapi anak tak mendaftar sebagai pemilih, tak guna juga," tambahnya lagi.
Selain itu menurutnya, ianya juga sebagai bukti kesungguhan PAS Kelantan merealisasikan harapan menuju Putrajaya seperti yang disasarkan Pakatan Rakyat.
Harapan tanpa perancangan dan gerak kerja dari akr umbi katanya hanya akan menjadi angan-angan kosong."Kalau kita buat kerja untuk menuju Putrajaya, insya Allah ia akan berjaya."Tapi kalau setakat bercakap sahaja, tapi tinggalkan kerja-kerja lain, maka harapan untuk melangkah ke Putrajaya itu hanya angan-angan sahaja.
"Syarat-syarat untuk menawan Putrajaya itu semua orang sudah tahu cuma tinggal fasa gerak kerja sahaja," katanya.
SPR luluskan 18 Penolong Pendaftar dari PAS Miri,tekad contohi PAS Kelantan
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
August
(24)
- KENYATAAN MEDIA: PAS Seru PBB,UMNO Kembalilah Pa...
- Separuh Masa Kedua Ramadhan ...Piala Taqwa
- Anak Beranak Taib Rampas Hak Rakyat
- SPR luluskan 18 Penolong Pendaftar dari PAS Miri,t...
- Tabung Kemanusiaan HARAKAH
- Ramadhan perkukuh ikatan Pakatan Rakyat Miri
- Hudud ALLAH Untuk Kebaikan Ummah
- Whither the Malaysian Economy
- ISLAM Penyelesai Masalah Kebejatan Moral
- PAS Rentasi Sempadan Masyarakat
- Projek BN Tiris Lagi!
- Bakun;antara lubuk Emas Taib dan Kroni serta nasib...
- Salam Ramadhan 1431H
- UNMASKED!Taib Mahmud owns Sakti International!
- 59 Keluarga Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran
- Race-based policies to help poor un-Islamic, says ...
- Bersama Pakatan Rakyat Lakukan Perubahan
- Ramadhan Bulan Tarbiah
- PAS desak isu Penan dibahaskan di Dewan Rakyat
- PAS Sarawak Reject Soon Koh Action
- Rm$20 million for NCR survey – for whose pocket?
- Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Negeri ...
- BN Terdesak
- Soon Koh Decision Stupid!
-
▼
August
(24)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment