Lihatlah pada gambar dibawah ini PAS kawasan Miri bersama YB Dr Zulkifly Ahmad berkesempatan membuat tinjauan di tapak kebakaran yang berlaku di sebuah penempatan dipinggiran sungai Miri. Apa yang sedihnya nasib penduduk kampung terbabit sudah jatuh di timpa tangga... sudahlah rumah mereka terbakar nak mohon tanah lot pun susah...

Lawatan YB Dr Zulkifly Ahmad yang pertama kali datang ke Bandaraya Miri bersama Pas kawasan turut berkunjung ke kawasan DUN Sanadin, Pujut dan juga kawasan Piasau utara untuk mendekati penduduk-penduduk yang tinggal dalam keadaan yang agar menyedihkan. Mereka masih lagi belum mendapat atau memiliki tanah sendiri walaupun sudah tinggal dalam bandar Miri hampir 30 tahun tapi masih lagi menumpang di tanah kerajaan.


Menurut salah seorang penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai Miri mereka sudah banyak kali memohon tanah lot untuk membina rumah yang berstatus tetap atau memohon grant tanah tapi sentiasa diberi berbagai-bagai alasan oleh pihak yang berwajib seperti 'Land and Survey' kununnya mereka tidak layak untuk mendapat tanah lot yang berhampiran dengan sungai. Apabila kroni-kroni BN atau pihak swasta yang memohon dengan mudah sekali mereka mendapat tapak untuk membina perumahaan yang harganya sudah tentu mahal dan sukar untuk rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah untuk membelinya, jadi inilah yang dikata yang kaya bertambah kaya yang miskin hidup menderita dan merana kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang daif lagi susah.

Lihatlah apa yang berlaku berapa bulan yang lalu dimana beberapa buah rumah yang terbakar dipinggiran sungai Miri tidak lagi dibenarkan mendirikan rumah mereka ditapak kebakaran tersebut dengan alasan sudah tidak sesuai lagi untuk membina dalam kawasan tersebut.

Menurut penduduk kampung terbabit mereka terpaksa membina rumah sementara di tepi sungai sebab tapak rumah yang terbakar tersebut sudah dilarang oleh pihak berwajib untuk membinanya semula, sudahlah rumah terbakar ada yang meninggal dunia semasa kebakaran tersebut, kerajaan BN langsung tidak perihatin tentang masalah penduduk kampung tersebut. Mereka sudah banyak kali memohon bantuan dan juga meminta agar tapak tanah yang mereka sudah diami itu hampir 30 tahun sampai sekarang belum dapat grant tanah lagi.

Mengapa kerajaan tidak mahu atau susah sangat nak bagi grant tanah kepada rakyat marhaen? Adakah tanah atau kawasan tersebut sudah dimiliki oleh kroni2 atau syarikat2 swasta yang mempunyai kepentingan dengan BN?

Fikir2lah wahai rakyat Sarawak, dimana hak kamu sebagai peribumi tanah sendiri susah sangat untuk mendapat hak kamu untuk hidup senang tanpa gangguan dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan telah menyalahgunakan kuasa. Adakah kita sanggup bertuankan orang yang tidak bertanggungjawab serta tidak amanah ini terus berkuasa?

Sedarkah tuan2 semua bahawa kita sudah kehilangan hak keatas tanah kita sendiri? Dimanakah maruah kita kalau kita masih lagi sanggup bertuan dengan mereka ini.Mereka menipu kita dengan janji2 kosong semasa pilihanraya sesudah selesai pilihanraya mereka akan jadi angkuh semula dengan rakyat yang menyokong mereka selama ini. Kalau tidak percaya lihat saja berapa kali sudah pilihanraya BN berjanji akan menyelesaikan masalah rakyat seperti kemudahan api elektrik, bekalan air bersih,jalanraya yang bertar, peparitan yang teratur serta lain2 lagi keperluan asas rakyat. Semuanya tinggal janji kosong. Kalau ada pun kemudahan tersebut hanya di tempat2 tertentu saja dimana pembangkang selalu bersama rakyat menyuarakan masalah mereka tetapi di tempat dimana kawasan BN kuat dan mudah untuk mendapat undi rakyat kawasan tersebut agar mundur sebab BN tahu samaada diberi atau tidak rakyat kawasan tersebut tetap juga mengundi BN sebab bagi mereka BN ini macam tuhan mereka. Kalau tidak sokong BN segala2nya akan hilang, hidup susah, tidak ada sekolah, tidak ada jalanraya, seolah2 semuanya akan hilang bila mereka tidak menyokong BN. Inilah yang disukai oleh BN sebab itu mereka suka melihat rakyat marhaen terus mundur dan tidak ada kemudahan asas seperti internet agar rakyat tersebut tidak dapat maklumat terkini.

Bah mari kita sama-sama berpakat sokong PAS dan PAKATAN RAKYAT untuk merubah dari kerajaan zalim BN kepada kerajaan berkebajikan rakyat PAS dan PAKATAN. Semoga hidup kita berkat dan selamat.INSYALLAH