Anwar: Kenapa subsidi syarikat kroni tak dipotong?
Dec 4, 10 10:17pm
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.Katanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.“Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan.“Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat,” kata Anwar.Selain petrol, turut dinaikan harga, hari ini adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen.Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar.Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.Bayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan. “Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi,” katanya.
PS: Kroni diutamakan, Rakyat dikenakan dahulu itulah konsep sebenar BN terhadap rakyat Malaysia, tapi yang jadi masalahnya sekarang adakah rakyat Malaysia masih sanggup bertuankan BN selamanya??? Fikir2lah sendiri, Bah mari berubah, mari kita semua undi PAS dan PAKATAN Rakyat dalam PRU13 nanti dan juga PRU Sarawak nanti. Selamat berjuang & semoga kita selamat & bebas dari cengkaman BN.
Kroni diutamakan, Rakyat ditindaskan!!!
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
December
(33)
- PAS Miri Bersyukur SMSains kekal,Mahukan Kerajaan ...
- Lapok oh Lapok..Retorik BN
- Perancangan Jahat BN Rampas Tanah SMSains Miri
- Harta Karun Diluar Negara Pemimpin BN
- Janji 100 Hari Pakatan Dan Majilis Kahwin Perdana ...
- Cuba Dulu Baru Tahu, Pilih Pakatan Tolak BN
- Pengantin Termahal Untuk Tahun 2010 !!!
- Umno Biadab Dengan Raja-Raja Melayu
- INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA KONVENSYEN PA...
- PAKATAN Mesti Bersatu Menumbang Kerajaan BN di Ten...
- Bencana Akibat Projek Empangan Bakun, Rakyat Menan...
- Selamat Menikmati Kehidupan Baru CM tapi Jangan Lu...
- Tanah Sarawak Dah Habis Di Mana Hak Rakyat???
- Kekejaman Baru. Sanggup Mengambil Hak Rakyat Demi ...
- Di Sebalik Keindahan Bandaraya Miri Ada Rakyat Yan...
- Kuasa Ketiga Mampukah Menukar Kerajaan BN?
- AIR MATA BUAYA - PEMIMPIN BN MERAYU SYMPATI KEPADA...
- Sarawak - Kecurian Di Hujung Senjata - Keganasan T...
- Lawatan Kerja Dr Zulkefly:Perkukuh Pakatan Rakyat ...
- Pemimpin BN Hanya Penting Diri Sendiri Tanpa Memik...
- Boleh percayakah janji2 BN?Hari ini berjanji Esok ...
- PERINGATAN BUAT PEMIMPIN PAKATAN. JANGAN LUPA DIRI...
- Kerajaan BN Tidak Kesah Penderitaan Rakyat Marhean
- Hasil Bumi Sarawak Hanya Dikaut Oleh Pemimpin BN
- Perutusan Maal Hijrah dari PAS Miri
- Rasuah dan Penyalahguna Kuasa oleh Pemimpin BN sem...
- Hijrah: Tegak Negara, Daulat Syariat
- Skandal Kekayaan Pemimpin BN & Kroni, Rakyat terus...
- Kroni diutamakan, Rakyat ditindaskan!!!
- Orang Bukan Islam Yang Amanah Lebih Baik Dari Oran...
- BN = Bila Naik? Baru Naik !!!! BN terus menindas R...
- Harga Petrol Naik Lagi!!! Satu Hadiah BN utk Sambu...
- Akibat Sokong BN harga Barang Semakin Naik
-
▼
December
(33)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment