Lapok oh Lapok..beberapa hari ini Lapok menjadi bualan hangat di kalangan orang ramai terutama masyarakat di sekitar Miri. Bukan nya cerita Pendekar Bujang Lapok, tetapi Pekan Lapok di mana terletak nya SMK Tinjar. Bagi ibu bapa yang ada anak belajar di SM Sains Miri, nama Pekan Lapok mungkin boleh menyebabkan mereka histeria, ini kerana ada ura-ura mahu memindahkan pelajar-pelajar dan guru-guru SM Sains Miri ke SMK Tinjar yang jaraknya lebih kurang 120KM dari Bandar Miri. Sebabnya kerana SM Sains Miri dikatakan tidak selamat untuk diduduki.
Menurut sumber tidak rasmi 90% daripada ibu bapa dan guru-guru tidak bersetuju dengan cadangan untuk memindahkan sekolah ini ke SMK Tinjar. Ini kerana menurut mereka, Pekan Lapok serba kekurangan dari segi keperluan asas. Tidak ada bekalan elektrik 24 jam, tidak ada bekalan air yang bersih dan paling menjadi kerisauan ialah jalan raya yang berlubang dan tidak berturap. Selain daripada agak terpencil dan boleh dikategorikan terletak di pedalaman Pekan Lapok di mana terletak nya SMK Tinjar (500 meter dari Pekan Lapok) memiliki banyak kekurangan.
Benar kata orang, ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Jika sebelum ini, tidak ada orang yang peduli dan ambil tahu akan Pekan Lapok, apatah lagi hendak memahami kesengsaraan penduduk di sekitar Pekan Lapok. Ibu bapa merungut apabila sekolah ingin dipindahkan kerana selain daripada tidak memiliki kemudahan asas, Pekan Lapok juga tidak ada Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba dan ada orang menggelarkan Pekan Lapok sebagai pekan koboi.
Saya dilahirkan dan dibesarkan di persekitaran Pekan Lapok sejak 29 tahun yang lalu. Saya amat tahu jatuh bangun Pekan Lapok. Dan saya amat arif tentang kesengsaraan penduduk di sekitar Pekan Lapok. Bagi mereka yang risau akan kesengsaraan pelajar-pelajar dan guru-guru yang hendak dipindahkan ke SMK Tinjar, itu ada rasionalnya.
Untuk pengetahuan semua, sudah hampir 8 tahun Pekan Lapok tidak dihubungkan dengan pengangkutan awam atau tepat sekali bas. Jika dulu tambang menggunakan bas dari Pekan Lapok ke Miri sekitar RM10 untuk perjalanan satu hala, tetapi pada hari ini kos perjalanan adalah RM30 untuk satu hala menggunakan kereta sapu atau lebih dikenali “pribit”, dan kereta sapu ini bukan calang-calang kereta, hanya yang ada 4WD sahaja berani melalui Jalan Lapok. Selain daripada itu, harga barang keperluan asas di Pekan Lapok agak mahal jika dibandingkan dengan harga di Miri, ini kerana peniaga terpaksa menampung kos pengangkutan lebih.
Setiap kali kerajaan menaikkan harga minyak dan kononnya mahu mempertingkatkan tahap pengangkutan awam, penduduk di Pekan Lapok makin ketinggalan, jangankan LRT atau kereta api, bas pun tidak dihubungkan dengan Pekan Lapok. Dan setiap kali kenaikan harga minyak, setiap kali itu juga harga barang keperluan asas akan meningkat. Dan rata-rata penduduk di sekitar kawasan Pekan Lapok adalah petani dan ada yang hidup di bawah paras kemiskinan. Namun begitu tidak ada orang pernah peduli akan kesengsaraan mereka.
Sarawak sudah merdeka hampir 48 Tahun dan kita masih melihat ada kawasan yang masih mundur dan ketinggalan dari arus pembangunan. Pekan Lapok yang terletak di ulu Tinjar di dalam kawasan Baram merupakan antara penyumbang kepada kayu balak samada yang halal atau haram untuk negeri Sarawak dan Malaysia. Berbillion-billion ringgit hasil balak sudah dikeluarkan melalui Pekan Lapok namun Pekan Lapok masih daif dan serba kekurangan. Benar kerajaan sudah berusaha membawa pembagunan ke kawasan Lapok dan kita bersyukur kerana hampir 50% penduduk di sekitar jalan ke Pekan Lapok sudah menikmati elektrik dan kerajaan juga nampak nya sudah mula mahu menurap jalan ke Pekan Lapok. Tetapi nampaknya kerajaan tidak begitu ikhlas kerana jalan itu diturap disebabkan mereka mahu membina satu lagi empangan Baram yang menjadi bantahan penduduk di sekitar Baram.
Kepada mereka yang merasa bimbang akan perpindahan SM Sains Miri ke SMK Tinjar saya harap akan ada jalan penyelesaian. Saya percaya penduduk di sekitar Pekan Lapok tidak sangat mengharapkan pelajar-pelajar ini berpindah ke sana, selain menambahkan kerosakan jalan raya dengan pertambahan kenderaan ibu bapa dan guru-guru, saya kasihan kepada pelajar-pelajar SM Sains Miri, guru-guru dan ibu bapa yang tidak biasa dengan kesusahan, kesengsaraan, kedaifan penduduk sekitar Pekan Lapok, selain itu ia akan menambahkan bilangan manusia yang menyedut oksigen segar di kawasan pedalaman Pekan Lapok. Biarlah SMK Tinjar digunakan oleh anak-anak di sekitar Pekan Lapok, mungkin dengan cara itu, anak-anak itu kelak akan belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kesengsaraan hidup agar setanding dengan pelajar-pelajar SM Sains Miri.
Kepada pengkritik-pengkritik yang menghina Pekan Lapok, hentikan lah, kami penduduk Pekan Lapok tidak mengharapkan penghinaan, sejak merdeka kami sudah biasa dengan kedaifan di Pekan Lapok. Bak kata pepatah, datang tidak di undang, pergi tidak di halang.Kepada pihak berkuasa yang membuat keputusan, carilah tempat yang sesuai di sekitar bandaraya Miri untuk menempatkan pelajar-pelajar dan guru-guru ini, kasihan anak-anak, isteri dan suami mereka jika dipaksa berpindah ke SMK Tinjar. Jika tidak ada sekolah yang sesuai untuk menempatkan mereka, sewa sahaja bangunan Yu Lan Plaza atau mana-mana bangunan komersial lain di bandar miri dan jadikan ia SM Sains Miri sementara kerja-kerja membangun sekolah baru selesai.
Kepada kerajaan BN, terima kasih diatas pembangunan yang telah dibawa ke Pekan Lapok, tidak dinafikan, sejak merdeka kami penduduk di sekitar Pekan Lapok sangat gembira dengan keadaan pembagunan yang kami rasai. Jika tidak kerana kami penduduk-penduduk di kawasan Pekan Lapok, mungkin penjualan kereta 4WD tidak berapa laku. Oh ya, diharapkan pihak kerajaan juga membangunkan seluruh negeri Sarawak terutamanya kawasan-kawasan pedalaman yang masih tidak memiliki kemudahan asas. Bukankah Ketua Menteri sering berkata, “Tidak ada parti lain yang boleh membangunkan Sarawak, hanya BN yang boleh membangun, membela nasib rakyat Sarawak” dan ini lah yang dikatakan pembangunan 47 Tahun sudah merdeka.
Lapok oh Lapok..Retorik BN
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
December
(33)
- PAS Miri Bersyukur SMSains kekal,Mahukan Kerajaan ...
- Lapok oh Lapok..Retorik BN
- Perancangan Jahat BN Rampas Tanah SMSains Miri
- Harta Karun Diluar Negara Pemimpin BN
- Janji 100 Hari Pakatan Dan Majilis Kahwin Perdana ...
- Cuba Dulu Baru Tahu, Pilih Pakatan Tolak BN
- Pengantin Termahal Untuk Tahun 2010 !!!
- Umno Biadab Dengan Raja-Raja Melayu
- INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA KONVENSYEN PA...
- PAKATAN Mesti Bersatu Menumbang Kerajaan BN di Ten...
- Bencana Akibat Projek Empangan Bakun, Rakyat Menan...
- Selamat Menikmati Kehidupan Baru CM tapi Jangan Lu...
- Tanah Sarawak Dah Habis Di Mana Hak Rakyat???
- Kekejaman Baru. Sanggup Mengambil Hak Rakyat Demi ...
- Di Sebalik Keindahan Bandaraya Miri Ada Rakyat Yan...
- Kuasa Ketiga Mampukah Menukar Kerajaan BN?
- AIR MATA BUAYA - PEMIMPIN BN MERAYU SYMPATI KEPADA...
- Sarawak - Kecurian Di Hujung Senjata - Keganasan T...
- Lawatan Kerja Dr Zulkefly:Perkukuh Pakatan Rakyat ...
- Pemimpin BN Hanya Penting Diri Sendiri Tanpa Memik...
- Boleh percayakah janji2 BN?Hari ini berjanji Esok ...
- PERINGATAN BUAT PEMIMPIN PAKATAN. JANGAN LUPA DIRI...
- Kerajaan BN Tidak Kesah Penderitaan Rakyat Marhean
- Hasil Bumi Sarawak Hanya Dikaut Oleh Pemimpin BN
- Perutusan Maal Hijrah dari PAS Miri
- Rasuah dan Penyalahguna Kuasa oleh Pemimpin BN sem...
- Hijrah: Tegak Negara, Daulat Syariat
- Skandal Kekayaan Pemimpin BN & Kroni, Rakyat terus...
- Kroni diutamakan, Rakyat ditindaskan!!!
- Orang Bukan Islam Yang Amanah Lebih Baik Dari Oran...
- BN = Bila Naik? Baru Naik !!!! BN terus menindas R...
- Harga Petrol Naik Lagi!!! Satu Hadiah BN utk Sambu...
- Akibat Sokong BN harga Barang Semakin Naik
-
▼
December
(33)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
PAS leh gi ke kat Sarawak tu... kawan tenngok Tok Guru pun dah xberape nak sihat, kayuh la pelan2 kut ade yg nak tumpang naik ke bulan... . tapi Taib mahmud dah lena tido dibuai gelek pompuan Lubnan....,Ayoyo samy...baik punya roti nan dan epal Lubnan tak payah basuh dan cuci dah segar....hahahaha, bahagia la....taib mahmud sedangkan kamek rakyat Sarawak, khasnya Bumiputra lagi banyak yg diparas kemiskinan, taib hidup senang lenang siang dan malam.......Rakyat Sarawak ....fikir la sendiri...!!!
http://dygsenandung.wordpress.com/category/bicara-hati-3/smk-tinjar-perjalanan-ke-sana/
http://sainsrihem.blogspot.com/2010/12/liku-liku-perjalanan-ke-smk-tinjar.html
http://www.miricommunity.net/viewtopic.php?f=1&t=34292
Orang Sarawak tidak sedar diri lagi
yg Taib Mahmud tak pandang pun walaupun secantik semanis manapun wanita & gadis sarawak
Taib Mahmud sampai sakit ari-ari, sakit perut,berjalan pun merangkak hati2 silap2 nanti tabung plastic kencing/taik pecah dong!!!!
kok..memnya lebnon terlalu muda,nafsu arab huhuhu
terhenjut-henjut mendaki jalan LAPOK
LAPOK ooooo LAPOK pi lah kau cepat2 jumpa Taib minta sign harta2 kekayaan sarawak