Abdul Karim: Tak adil halang Taib kumpul kekayaan
Keruah Usit Dec 8, 10 4:29pm
Abdul Karim Hamzah, ketua setiausaha politik kepada Menteri Besar Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, memberitahu Radio Free Sarawak (RFS) bahawa adalah “adil” bagi membenarkan Taib mengumpul kekayaan semasa memegang jawatan. Dalam wawancara dengan RFS, sebuah radio gelombang pendek yang di luar kawalan kerajaan negeri, Abdul Karim menolak laporan sesawang Sarawak Report bahawa keluarga Taib telah mengumpulkan kekayaan yang agak luar biasa. Beliau juga membincangkan Kertas Putih yang kontroversial berhubung ‘amalan politik yang tidak sihat’ seperti yang dicadangkan oleh Abdul Karim sendiri.“Secara peribadi, saya lihat mesti ada had kepada segala-galanya, awak tidak boleh ada kebebasan mutlak... kebebasan bersuara, ada batasnya. Maksud saya untuk bertindak (bagi kes fitnah) bukan sesenang yang difikirkan... ada kalanya lebih baik membiarkannya saja, selepas seketika, ia akan lenyap.”Beliau juga menafikan laporan di Sarawak Report yang memaparkan kekayaan Taib dan keluarganya yang dikumpul di Eropah, Amerika Utara dan juga beberapa skim tanah yang dibolotinya di Sarawak.“Cara saya lihat, tiada masalahlah. 
Apa masalah Sarawak Report? Adakah mereka memperkatakan sesuatu yang berbentuk fitnah atau berniat jahat? Saya tidak fikir menjadi kesalahan kerana menjadi kaya,” kata Abdul Karim.Apabila ditanya bagaimana gaji Taib sebagai ketua menteri dan anak-anaknya mampu mengaut kekayaan sebegitu rupa, jawapannya: “Bagaimana anda boleh menggunakan gaji sebagai kayu pengukur? Maksud saya, setiap orang harus diberi peluang, jika Taib adalah ketua menteri, saya tidak fikir kita patut hentikan anak-anaknya daripada menjadi kaya ataupun kelurga itu dari menjadi kaya.”
Cuba tengok sendiri gambar di sebelah, masih ada lagi rakyat Sarawak yang tinggal di rumah usang yang serba kekurangan. tiada kemudahan asas seperti api elektrik,bakalan air bersih dan sebagainya. Mereka hidup dalam keadaan daif sedangkan pemimpin Bn hidup mewah hasil dari sokongan rakyat Sarawak yang setia kepada Bn selama ini tapi apa yang mereka dapat? Adakah mereka juga dapat menikmati hasil bumi Sarawak yang kaya dari sumber galian seperti minyak, kayu balak, kelapa sawit dan lain2. Siapa yang menguasai semua itu? Kalau bukan pemimpin Bn dan kroni2nya. Inilah yang menjadi persoalan rakyat Sarawak bukan mereka cemburu melihat kekayaan pemimpin Bn, cuma mereka terasa tersingkir dari segi pembangunan. Sepatutnya negeri Sarawak bukan dalam ketegori negeri miskin dalam Malaysia kiranya pemimpin Bn pandai menggunakan hasil sumber bumi Sarawak ini dengan baik. Oleh sebab hanya pemimpin Bn dan kroni2nya saja yang menikmati hasil bumi Sarawak ini maka rakyat marhean jauh ketinggalan dari segi pembangunan dan hasil pendapatan di mana mereka hidup dalam kesusahan.










0 Comments Received
Post a Comment