Lawatan kali pertama YB Dzulkefly ke Miri hujung minggu lalu membawa satu perkembangan positif dek penerimaan rakyat pelbagai budaya di bandaraya Miri. Setiba jam 730 petang,YB dr Dzul terus ke program Makan Malam Anjuran PR dan Wanita SNAP yang dihadiri hampir 1,000 penduduk setempat yang majoritinya berbangsa Iban dan orang Ulu. program meraikan Wanita SNAP dan Sambutan Pre-Hari Natal turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat Miri;termasuk YDP PAS,Tuan Haji Jofri Jaraiee,Fong P. Teck (DAP),Jemat (PKR) dan Presiden dan Timbalan Presiden SNAP,EN Edwin Dundang dan Kebing Wan.
Dalam ucapan penuh semangat dan fakta Dr Dzul selama hampir 45 minit yang menerima tepukan gemuruh dari hadirin,beliau telah menegaskan peri penting politik baru Pakatan Rakyat dalam membebaskan cengkam Kerajaan zalim Barisan Nasional.Antara ciri utama Politik Baru ialah rakyat dan pengundi tidak lagi mampu digula-gulakan oleh pihak yang berkuasa. Pengundi bertindak dengan maklmat. Media baru memerdekakan mereka. Pemberian saat saat akhir meskipun berjumlah jutaan ringgit tidak akan dinilai oleh rakyat/pengundi. Mungkin mereka mengambil segala pemberian tetapi mereka tidak jamin akan memberi undi kepada si pemberi kalau pun mereka itu Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.Kelompok pengundi bandar atau pinggir bandar atau lebih tepat lagi yang memilikki maklumat dan informasi, lebih tegas pendirian mereka tentang hal ini.
Pengalaman di PRK Sibu sekali lagi;bagi beliau menunjukkan fenomena kesedaran yang sama. Peningkatan undi kepada calon Pakatan bukan sahaja disaksikan di kalangan pengundi Cina, bahkan di kalangan Melayu-Melanau, walaupun sedikit. Beliau yang berkempen di Sibu merentasi semua kaum etnik dan mendapati yang di rumah panjang sekalipun sudah faham siapa yang berkhidmat dan siapa yang hanya beri benda dan wang ringgit pada waktu berkempen sahaja. PBB/BN gagal membawa kembali rakyat/pengundi di negara ini kepada garis dan amalan Politik Lama tajaan mereka.Pengundi celik dengan gelagat pimpinan yang membolot kekayaan negeri. Mereka juga tidak mudah ditakut-takutkan dengan ugutan dan ancaman. Menakutkan pengundi Cina dengan negara Islam juga tidak semudah itu ditelan mereka. Bogey atau hantu itu tidak lagi mereka terima seperti zaman silam. PAS wajar memahami bagaimana untuk terus meruntuhkan tembok prajudis terhadap Islam dan parti Islam itu. Perjuangan Menegakan Keadilan Untuk Semua sebagai matlamat Syariat adalah konsisten dengan dasar Pakatan. Momokan ‘Satu Undi DAP adalah Satu Undi Untuk Negara Islam’ terkubur di Sibu!Kini rakyat tahu bahawa masalah utama mereka tidak kian selesai sebab pemimpin tidak peduli dan tidak bersungguh untuk menyelesaikan masalah mereka. Kalau di Sibu jelasnya ialah masalah banjir, tanah, kemiskinan dan pekerjaan untuk golongan remaja. Mereka telah sedar bahawa negeri mereka kaya tetapi mereka tetap miskin sementara pemimpin membolot kekayaan. Apabila Politik Baru sudah terbudaya dan capaian maklumat telah mula menular, tidak ada cara lagi gelagat buruk pemimpin mampu diselindungi dengan akta atau undang-undang.
Tegasnya,Apabila DAP dan Pakatan menang di Sibu, meskipun tipis yakni 398 undi sahaja, ia tetap merupakan isyarat bahawa PRU ke-13 akan bakal menyaksikan pertandingan paling sengit dalam sejarah politik pilihanraya. Kita akan saksikan ’prelude’ atau muqaddimahnya dalam pilihnaraya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ingat bahawa Sabah dan Sarawak adalah ’fixed deposit’ BN yang sukar ditembusi dahulu.Tambah beliau lagi,Pakatan pula jangan selesa kerana jelasnya mereka juga tidak kebal dari ciri-ciri kebobrokan dan kebejatan Politik Lama, peninggalan debu-debu Umno/PBB dan SUPP dan pelbagai penyimpangan dari tuntutan ’Fitrah’ yang bersih serta integriti yang tinggi.
Lawatan Kerja Dr Zulkefly:Perkukuh Pakatan Rakyat ,Perkasa Politik Baru
Search
Followers
Harga Minyak Dunia
Kalender Hijrah
Jaringan Lain
Ruang Pandangan dan Aduan
Archives
-
▼
2010
(255)
-
▼
December
(33)
- PAS Miri Bersyukur SMSains kekal,Mahukan Kerajaan ...
- Lapok oh Lapok..Retorik BN
- Perancangan Jahat BN Rampas Tanah SMSains Miri
- Harta Karun Diluar Negara Pemimpin BN
- Janji 100 Hari Pakatan Dan Majilis Kahwin Perdana ...
- Cuba Dulu Baru Tahu, Pilih Pakatan Tolak BN
- Pengantin Termahal Untuk Tahun 2010 !!!
- Umno Biadab Dengan Raja-Raja Melayu
- INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA KONVENSYEN PA...
- PAKATAN Mesti Bersatu Menumbang Kerajaan BN di Ten...
- Bencana Akibat Projek Empangan Bakun, Rakyat Menan...
- Selamat Menikmati Kehidupan Baru CM tapi Jangan Lu...
- Tanah Sarawak Dah Habis Di Mana Hak Rakyat???
- Kekejaman Baru. Sanggup Mengambil Hak Rakyat Demi ...
- Di Sebalik Keindahan Bandaraya Miri Ada Rakyat Yan...
- Kuasa Ketiga Mampukah Menukar Kerajaan BN?
- AIR MATA BUAYA - PEMIMPIN BN MERAYU SYMPATI KEPADA...
- Sarawak - Kecurian Di Hujung Senjata - Keganasan T...
- Lawatan Kerja Dr Zulkefly:Perkukuh Pakatan Rakyat ...
- Pemimpin BN Hanya Penting Diri Sendiri Tanpa Memik...
- Boleh percayakah janji2 BN?Hari ini berjanji Esok ...
- PERINGATAN BUAT PEMIMPIN PAKATAN. JANGAN LUPA DIRI...
- Kerajaan BN Tidak Kesah Penderitaan Rakyat Marhean
- Hasil Bumi Sarawak Hanya Dikaut Oleh Pemimpin BN
- Perutusan Maal Hijrah dari PAS Miri
- Rasuah dan Penyalahguna Kuasa oleh Pemimpin BN sem...
- Hijrah: Tegak Negara, Daulat Syariat
- Skandal Kekayaan Pemimpin BN & Kroni, Rakyat terus...
- Kroni diutamakan, Rakyat ditindaskan!!!
- Orang Bukan Islam Yang Amanah Lebih Baik Dari Oran...
- BN = Bila Naik? Baru Naik !!!! BN terus menindas R...
- Harga Petrol Naik Lagi!!! Satu Hadiah BN utk Sambu...
- Akibat Sokong BN harga Barang Semakin Naik
-
▼
December
(33)
Episode Sebuah Perjuangan
林川興
Local Previews:
National Previews:
0 Comments Received
Post a Comment