Rumah Terbuka Idul Fitri PAS Miri Mendapat Sambutan Dari Berbagai Kaum dan Agama

PAS Miri telah mengadakan ramah-tamah rumah terbuka Idul Fitri di sebuah restoran di Permyjaya pada 1hb september yang lalu. Kali ini PAS Miri meraikan sambutan Hari Raya Idul Fitri bersama anak-anak yatim dan juga penduduk di sekitar kawasan perumahan Permyjaya dalam DUN Senadin, Miri.

Terdapat berbagai jenis hidangan makanan tempatan dan minuman disediakan untuk para pengunjung pada majlis tersebut. Beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat seperti YB Ling (DAP), YB Fong (DAP) YB Dr Teo  (PKR), YDP PAS Miri, Dewan Himpunan Penyokong PAS, ahli, penyokong dan juga penduduk tempatan dari berbilang bangsa dan agama turut  hadir meraikan majlis tersebut. Selain itu Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi juga turut hadir bersama pimpinan Muslimat PAS negeri Sarawak.

Pada majlis tersebut juga diadakan pemberian ‘duit raya’ kepada kanak-kanak dari berbilang kaum dan agama. Dengan adanya majlis seperti ini PAS Miri berjaya merapatkan dan mengeratkan hubungan silaratulrahim antara semua kaum dan juga dengan penduduk tempatan yang sebelum ini belum mengenali PAS secara dekat. Bila mereka hadir pada majlis PAS bersama rakyat, ini akan dapat memberi gambaran yang jelas bahawa PAS adalah Parti yang sesuai diterima oleh semua golongan.

Sambutan yang sungguh mengalakan ini akan diteruskan, supaya masyarakat akan dapat menilai yang PAS boleh diterima oleh semua golongan tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

PAS Miri Edul-Fitr Open house get well received from various races and religion

PAS Miri held cordial Eid ul Fitr open house at a restaurant in Permyjaya on 1st September ago. This time PAS Miri celebrate Hari Raya Eid ul Fitr together with the orphans and also the surrounding neighborhoods of Permyjaya in Senadin Constituency, Miri.

There are a variety of local dishes and drinks available for the visitors at the event. Several Pakatan leaders like YB Ling (DAP), YB Fong (DAP) YB Dr Teo (PKR), PAS Miri Chief, PAS Supporters Congress, members and local residents of different races and religions were present celebrated the occasion. In addition the Central PAS Muslimat information chief, Aiman Athirah Al Jundi also present together with the Sarawak PAS Muslimat leader.

At the occasion there is also giving ‘Raya money’ to the children of all races and religions. By having this kind of occasion, PAS Miri successfully bridging and bonding a good relationship among the races and also with the locals who are previously were not familiar with PAS.  
When they are present at the function of PAS with the people, this will be giving a clear picture that PAS is an appropriate party acceptable to all groups.

The encourage overwhelming response will be continued, so that the community will be able to evaluate that PAS can be accepted by all people regardless of religion, race or political affiliation.